Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
berkata, Anwar telah menipu kesepakatan mereka dalam PR apabila PAS dan DAP
tidak pernah diajak berbincang mengenai perkara tersebut.
“Diafahamkan keputusan
Anwar menawarkan dirinya bertanding di DUN Kajang tanpa pengetahuan pemimpin PAS,”
ujarnya.
Menurut beliau, Anwar
mengambil keputusan secara mengejut setelah mencapai ‘persefahaman’ dengan Lee Chin Cheh, ADUN Kajang yang meletak
jawatan.
Berikutan itu dakwa
beliau, Lee mungkin telah dijanjikan sesuatu oleh Anwar sehingga sanggup mengorbankan
kerusi yang dimenangi beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.
“Bagaimanapun, Anwar dan
Lee terang-terang membohongi pengundi DUN Kajang,” tambahnya.
Oleh sebab itu katanya,
keputusan Anwar telah mencetuskan kemarahan dan rasa kurang senang pemimpin
PAS.
“Kepimpinan PAS Pusat dan
Dewan Pemudanya ternyata kecewa dan tersinggung dengan tindakan Anwar.
Pemimpin PAS tambah
beliau, mendakwa Anwar telah melanggar semangat setiakawan mereka dalam PR.
“Nampak seperti PAS telah
diperbodohkan oleh Anwar,” tegasnya.
Bertambah ironis jelas
beliau lagi, pemimpin PAS seperti takut untuk menentang hasrat Anwar walaupun
di peringkat akar umbi parti itu amat kecewa.
“PAS Selangor turut berdiam
diri, takut menyanggah hasrat Anwar.
DAP juga kata beliau, amat
kecewa dengan pengumuman awal Anwar kerana majoriti pengundi di DUN Kajang
adalah kaum Cina.
“DAP semestinya mahukan
kerusi berkenaan, bukannya calon Melayu seperti Anwar,” katanya lagi.
Perlakuan Anwar juga kata
Syed Ali, membuktikan Ketua Pembangkang itu sudah terdesak untuk menjadi
Perdana Menteri.
Ini kerana katanya, Anwar
mula menyedari impian beliau untuk ditabalkan sebagai Perdana Menteri tidak
akan tercapai.
“Kerana sedar tidak
berpeluang ke Putrajaya, Anwar mengambil langkah bertanding di DUN Kajang bagi
membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar,” katanya.
Tindakan itu juga tambah
beliau, menyerlahkan lagi sikap rakus Anwar yang gilakan kuasa.
Beliau menjelaskan,
perlantikan Menteri Besar dibuat atas perkenan Sultan Selangor dengan mengambil
kira pelabagi aspek.
"Paling tidak istana Sultan Selangor akan melihat kepada peribadi calon Menteri Besar, sama ada bersih atau tercalar dengan masalah moral," tegasnya.
Katanya, ‘penyingkiran’ secara halus Khalid
daripada kerusi Menteri Besar seperti membelakangkan istana Sultan Selangor.
Tambah belia lagi,
penyokong Khalid di Selangor juga amat terhina dengan permainan politik Anwar.
“Walaupun tindakan Anwar
bertanding di DUN Kajang menggembirakan Azmin Ali, tetapi PKR Selangor bakal
berdepan dengan perpecahan,” tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan