KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyeru seluruh umat Islam di negara ini mengadakan solat hajat bagi menghentikan keganasan rejim Israel membunuh ratusan penduduk Palestin di Genting Gaza.
Katanya, solat hajat boleh dilakukan di surau dan masjid mulai hari ini (Jumaat) sebagai minggu pertama dalam bulan Muharam.
Sambil mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel itu, beliau menegaskan apa yang berlaku di Genting Gaza merupakan cabaran paling besar kepada kesatuan dan perpaduan negara-negara Islam di seluruh dunia.
Sehubungan itu katanya, umat Islam tidak ada pilihan lain kecuali memohon kepada kuasa Allah SWT untuk menyekat keganasan rejim zionis yang terus melakukan pembunuhan kejam ke atas umat Islam Palestin walaupun menerima kecaman daripada masyarakat antarabangsa.
“Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dilihat telah gagal menangani kekejaman tentera Israel dan dalam masa yang sama masih ada anggota OIC menjalin hubungan diplomatik dengan rejim tersebut,” tegasnya.
Katanya, Amerika Syarikat (AS) yang mengetuai Majlis Keselamatan PBB sepatutnya boleh mengenakan tekanan ke atas rejim Israel untuk menamatkan konflik tersebut dengan penyerahan Tebing Barat dan Gaza kepada Palestin.
“Tetapi kita amat kecewa kerana AS yang kononnya memperjuangkan keamanan dunia telah mengambil tindakan bertentangan dengan kemanusian sejagat apabila menolak usul Liga Arab pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan untuk mengutuk dan mendesak serangan tentera Yahudi dihentikan,” tegasnya lagi.
Sehubungan itu Syed Ali tidak menaruh keyakinan terhadap kemampuan Barack Obama yang akan mengangkat sumpah sebagai Presiden AS yang ke-44 pada 20 Januari ini dalam menangani konflik di bumi Palestin.
Katanya, biarpun masyarakat dunia menunggu beberapa perubahan dasar luar dan pandangan Obama terhadap negara-negara Islam tetapi pendekatannya terhadap konflik di Asia Barat tidak akan berubah.
“Rejim Israel pimpinan Perdana Menteri Ehud Olmert terus menggila dengan serangan bedilan roket dan kereta kebal ke sasaran pejuang Hamas di Genting Gaza dan kerajaan AS masih lagi meletakkan kesalahan kepada Palestin di atas konflik yang berlaku,” jelasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan