Halaman

Jumaat, 2 Januari 2009

Kenyataan Saifuddin karut & provokasi politik – Syed Ali

KUALA LUMPUR : Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution bahawa rakyat akan terus menolak UMNO walaupun berlaku peralihan kuasa antara Perdana Menteri kepada timbalannya Mac ini, sebagai karut dan hanya provokasi pollitik.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, provokasi politik yang dicetuskan oleh Saifuddin bertujuan untuk memancing simpati rakyat khususnya pengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu 17 Januari ini.

Sebaliknya kata beliau, seluruh ahli-ahli UMNO menyambut baik proses peralihan kuasa itu dan telah menyatakan sokongan padu kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang bakal memegang jawatan Presiden UMNO.

Oleh sebab itu katanya, tidak ada sebarang nama lain (kecuali Najib) telah dicalonkan bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada mesyuarat bahagian-bahagian seluruh negeri baru-baru ini.

Menurut beliau lagi, kemenangan tanpa bertanding Najib untuk jawatan Presiden UMNO jelas membuktikan ahli-ahli parti menerima-pakai pelan peralihan kuasa selaras dengan tradisi peralihan kepimpinan dalam parti.

“Saifuddin cuba mengeksploitasikan rancangan peralihan kuasa kepimpinan UMNO yang berjalan lancar dan diterima rakyat dengan harapan undi akan memihak kepada calon parti pembangkang,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau menasihatkan ahli-ahli UMNO supaya tidak terpedaya dengan helah politik yang dirancangkan oleh Saifuddin untuk terus melihat UMNO berada di dalam keadaan tidak tenteram.

“Dakwaan beliau itu karut semata-mata. UMNO akan kembali kuat dan tidak ada masalah dalaman yang berlaku dalam parti. Proses peralihan kuasa kepada Najib berjalan baik sepertimana yang dirancangkan,” jelasnya.

Saifuddin dalam satu kenyataannya di dalam sebuah akhbar tempatan hari ini berkata bahawa peralihan kuasa itu tidak akan dapat memperbaiki kapal UMNO, sebaliknya makin tenggelam ditolak rakyat.

Syed Ali menegaskan, kenyataan seumpama itu sengaja dijadikan isu bertujuan menutup kepincangan dan kelemahan yang semakin ketara berlaku dalam organisasi kepimpinan PKR khususnya di Selangor.

“PKR semakin hanyut dan tidak lagi mempunyai hubungan baik dengan PAS, malah mereka amat kecewa kerana gagal meletakkan calonnya bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu,” jelasnya.

Katanya, PKR kecewa kerana kepimpinan PAS Terengganu yang diketuai Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang tetap bertegas dengan pendiriannya untuk menamakan Mohd. Abdul Wahid Endut sebagai calon.

Pemilihan Mohd. Abdul Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Mempelam telah menerima restu daripada Mursyidul Am PAS, Datuk Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Keputusan PAS itu ternyata amat mengecewakan PKR yang sebelum ini telah mencanangkan akan mengemukakan calonnya bagi pilihan raya kecil tersebut,” katanya.


Syed Ali tidak menolak kemungkinan kerana kecewa tidak dapat meletakkan calon PKR di Kuala Terengganu, menyebabkan Penasihat Umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan tidak akan hadir pada hari penamaan calon, 6 Januari ini.

5 ulasan:

  1. DWSA,
    Pemimpin yg pandai adalah pemimpin yg tidak mudah melatah dengan jolokan mana2 pihak, terutama pihak lawan.
    Pemimpin yg cerdik juga bijak menilai persepsi dan kehendak rakyat.
    Bagi saya apa yg YB Saifudin kata ada kebenarannya. UMNO/BN di tolak bukan semata2 kerana Pak Lah. Justeru, sekalipun pimpinan UMNO bertukar tanagn kepada DS Najob, tidak bermakna semua masalah dah selesai dan pengundi akan undi UMNO/BN kembali. Ianya tidak semudah itu.
    UMNO/BN kena nilai diri sendiri kenapa mereka ditolak di banyak tempat hingga hilang 5 negeri (6 kalau masuk WP) dan tak dapat 2/3 majoriti.
    Pak Lah mungkin satu faktor tapi ia bukan satu2nya faktor.
    Banyak lagi faktor2 lain.
    Antaranya:
    1. Org UMNO sombong
    2. Rasuah
    3. Projek dpt kat org UMNO sj
    4. Skandal2 banyak libatkan pemimpin UMNo
    5. Rakyat dah muak dgn UMNo
    6. KJ
    7. UMNO tak bawa imej Islam.
    8. Kes Altantuya
    9. Kes Rafidah Aziz
    10. Rakyat meluat lihat UMNO gaduh sama sendiri rebut jawatan

    BalasPadam
  2. DWSA

    lebih baik DSAI tak hadir hari pencalonan sebab
    1. bodyguard beliau terlalu ghairah dan bosan nak ambil gambar beliau sebab takut kena hantam
    2. selepas projek sep 16 yg gagal DSAI telah menjadi satu liability kpd Pakatan/PAS/DAP
    3. kita dah mendengar ceramah2 DSAI yang pun dirakamkan dan dijual sbg DVD, VCD, dll dan dengar satu kali dah cukup-lah, apa-kah dia akan kata yg boleh menarik hati penduduk KT?
    sekian.

    BalasPadam
  3. Salam anonymous...Saya bukan nak mempertahankan UMNO tetapi kita kena terima hakikat berpolitik...
    Banyak lagi faktor2 lain.
    Antaranya:
    1. Org UMNO sombong- Orang PR tak sombong? saya nampak 2x5 sahaja.
    2. Rasuah-Kerajaan PR tak rasuah? PBT di selangor lagi teruk rasuah "bawah meja" walaupun "tender terbuka" orang cina lagi "cerdik" mengunakan kuasa yang ada berbanding melayu (melayu guna kuasa 1.untuk memenuhi tuntutan sendiri,keluarga dan kroni. 2Cina guna kuasa untuk memenuhi tuntutan kaum semata-mata)
    3. Projek dpt kat org UMNO sj-Sekarang ni pun orang UMNO dah tak dpat projek dah di bawah kerajaan PR, semua dapat pada puak-puak PR je.Ramai kontraktor dah tukar kenderaan beso dan elit (2x5 je)
    4. Skandal2 banyak libatkan pemimpin UMNo- masalahnya jika dideahkan skandal puak PR tak nak percaya ,,itu je (contoh :dsai-siapa yang percaya dia buat (sondol) si saiful, nuar ni dari dlu lagi perangai macam tu
    5. Rakyat dah muak dgn UMNo-rakyat muak selepas segala-gala dah diberi kepada rakyat (zon selesa) itulah namanya tak kenang budi.
    6. KJ-ni saya setuju -Tapi puak PAS sama je di kelantan pasar MPKB dah dibeli oleh Takiyudin dengan 14 juta untuk dibuat hotel madinah, kelulussan dibuat semasa mesyuarat exco ketika nik aziz duduk dalam hospital.
    7. UMNO tak bawa imej Islam.-Umno bawa imej islam tetapi kita kena berlapik dalam menangani pelbagai kaum dan agama.Habis PAS di kedah dan Perak tu dah banyak mana dah bawa imej Islam. jangan dok kata sebab baru belum setahun macam mana nak laksanakan....
    8. Kes Altantuya-najib tak bodoh nak libatkan diri beliau pada waktu kejadian itu dalam 2-3 tahun kebelakang, kerana dia tahu beliau seharusnya jaga imej dan moral untuk duduk kerusi PM. Puak-puak PR ni bila sseorang pemimpin naik akan dicarinya ,dikoreknya sehingga "real" sesatu kes. Contohnya ;kalaulah ditakdirkan Muhyidin Yassin menanh Timbalan presiden, esoknya "konform " keluar muka depan skandal /salahlaku muhyidin di harakah,siasah,suara keadilan..
    9. Kes Rafidah Aziz -AP janganlah diungkit kerana pengasas naza dah tiada. Kalau bangsa melayu naik apa salahnya, kita tengok, bila naza naik,tak lama mati, yahya bangunkan hicom tak lama mati, adakah ini konspirasi puak DAP dan MCA???? kita orang melayu kena sedar "modus operandi" diaorang terhadap jutawan melayu.
    10. Rakyat meluat lihat UMNO gaduh sama sendiri rebut jawatan: seharusnya jika bekas ahli UMNO untuk menyertai PAS,DAP,PKR jangan la ambik najis UMNO ni. Bekas ahli UMNO yang keluar disebabkan tak dapat projek ni lagi teruk najisnya dari BABI.

    semuga anonymous menjelmakan diri anda dan berdepat/beri pendapat dengan cara identiti diri yang sebenar...jemput ke blog saya,,,,

    BalasPadam
  4. Jangan buat provokasi yang keterlaluan ;-)

    Selamat Tahun Baru 2“00”9 :-)













    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Kite Pakat Undi BN Deh :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Add,

    "pengasas naza dah tiada. Kalau bangsa melayu naik apa salahnya, kita tengok, bila naza naik,tak lama mati, yahya bangunkan hicom tak lama mati, adakah ini konspirasi puak DAP dan MCA???? kita orang melayu kena sedar "modus operandi" diaorang terhadap jutawan melayu."

    EH! Macam mana akan jadi konspirasi Cina kematian Yahya? Tak kan saudara tak tau cerita/rumours belakang kematian Yahya yang berlaku di sekitar tragedi Highland Towers dimana keluarganya pun terbabit?

    "(melayu guna kuasa 1.untuk memenuhi tuntutan sendiri,keluarga dan kroni. 2Cina guna kuasa untuk memenuhi tuntutan kaum semata-mata)"

    Org Cina pertamanya adalah MERITOKRATIK dan terbuka. Biasanya, jika tidak diBarisan-kan, siapa yang pandai, rajin, dll akan dihormati dan dapat naik.
    Dalam kaum Cina sendiri terdapat pertandingan yang dasyhat + "bloodY".
    Kata-lah saudara/Tuan bahawa Cina hanya tau jaga kaum sendiri sahaja, tapi tau-kah saudara perang2 yang berlaku di dalam keluarga n "kwn" / "saudara2" sebab harta dan wang?
    Sifat bertanding merupakan satu survival instinct dari negara China yang penuh dengan perang, samada perang zaman dulu ataupun "perang" demi "survival".
    Janganlah take it personally.
    Pada masa yang sama, saya rasa kaum Cina pun kena belajar sikit dpd kaum Melayu yg lebih tidak apa, bertolak ansur dan kurang materialistik.
    Tapi kini, dgn permodenan dlm sistem kapitalism, Melayu pun menjadi semakin tamak tapi belum sekejam kaum Cina lagi, secara keseuluruhannya. "Melayu" ni saya refer kpd Melayu asal beratus tahun di Tanah MElayu dan bukan Melayu baru spt Dr yang berdarah India.
    Ambilah "ancaman" Cina ini sebagai satu challenge untuk memperbaiki diri.
    Sekian.

    BalasPadam