Halaman

Jumaat, 5 Disember 2008

Zaid jangan salahkan orang lain, muhasabah diri sendiri – Syed Ali

KUALA LUMPUR : Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim tidak sewajarnya menuduh ada pihak lain mendalangi pemecatan beliau daripada UMNO yang berkuatkuasa Selalu lalu.

Sebaliknya kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee, Zaid perlu bermuhasabah diri dan mengakui kesilapan yang beliau lakukan tanpa meletakan kesilapan itu kepada orang lain.

“Beliau seperti masih tidak mahu mengakui kesalahan yang dilakukannya, sebaliknya bercakap dalam sidang akhbar dengan mengeluarkan tuduhan bahawa UMNO mengamalkan pilih kasih berhubung pemecatan tersebut,” katanya.,

Syed Ali percaya Majlis Tertinggi (MT) UMNO khususnya Lembaga Disiplin tidak melakukan kesilapan apabila mengambil keputusan untuk menyingkirkan Zaid daripada parti tanpa diberikan peluang membuat rayuan.

Ini katanya, tindak-tanduk politik Zaid sebelum ini amat bertentangan dengan dasar UMNO disamping beliau secara jelas dan terbukti telah menghadiri beberapa majlis anjuran parti pembangkang khususnya membabitkan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Adalah amat tidak munasabah bagi ahli UMNO, apatah lagi bekas seorang menteri boleh menghadiri majlis pembangkang yang dianjurkan oleh PKR yang sememangnya menjadi seteru politik kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” tegasnya.

Beberapa akhbar tempatan hari ini melaporkan kenyataan Zaid yang mempertikaikan cara pemecatannya daripada UMNO dan mendakwa berlaku pilih kasih dari segi pelaksanaan hukuman dalam parti.

Zaid juga berkata tindakannya menghadiri program parti pembangkang bukan punca utama pemecatan itu, sebaliknya ada pemimpin UMNO tidak menyukai idea reformasi yang pernah disuarakannya serta pendekatan yang bertolak ansur dengan pembangkang.

Menurut Syed Ali lagi, walau apapun alasan yang dihujahkan oleh Zaid berhubung pemecatan itu, perlakuan politiknya ternyata memberi implikasi kurang baik kepada UMNO.

“Apabila akhbar secara meluas melaporkan seorang bekas menteri duduk sebaris dengan pemimpin pembangkang, sudah tentu ianya seperti mencabar kredibiliti kepimpinan UMNO disamping menimbulkan kekeliruan kepada ahli-ahli parti,” ujarnya.

Sehubungan itu kata beliau, pemecatan Zaid merupakan pengajaran kepada mana-mana ahli dan pemimpin UMNO supaya lebih beretika dan tidak menimbulkan ketegangan dalam parti.

“Walaupun kita berasa kecewa dan tidak puas hati terhadap mana-mana pemimpin serta beberapa perkara dasar, cara terbaik ialah mengemukakan pandangan secara berhemah, bukannya bertindak melulu yang dilihat boleh menguntungkan parti pembangkang,” tegasnya.

3 ulasan:

  1. Salam,lama tak masuk,rindu la pulak kat blog ni.Pasal si Zaid ni,aku tak terkejut pon dia kena pecat.Sebelum ni pon,he is the target for an onslaught by the so-called defenders of race and religion...xnak komen

    p/s: To Datuk Wira Syed Ali,after 10 years,you are still Ketua UMNO Bahagian Cheras,and you still have more opportunity to leave more and more footprint in UMNO bahagian cheras.Jangan DWSA dirosakkan dengan orang sekeliling yang akan menghancur kan mu dengan titik2 hitam.

    BalasPadam
  2. Salam perjuangan,

    Ahli UMNO yang lain perlu ambil iktibar dari tindakan yang dikenakan ke atas Zaid Ibrahim. Semoga kita semua dapat lebih bermuafakat di masa hadapan.

    Pls check out datukshaifulkamal's comment on "Kenapa Tidak Memilih SETIAKAWAN?" at Pemuda IKS blog. We need your profesional point of view.

    “Memperkasa Generasi Baru”

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    BalasPadam
  3. saya setuju dengan Sir Lancelot...ada sebahagian orang keliling akan menggunakan datuk untuk habuan poket semata

    BalasPadam