KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee mahukan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon terlebih dahulu menasihati pemimpin Cina di negara ini supaya memahami istilah ketuanan Melayu sebelum mengajak rakyat merujuk kepada Perlembagaan Malaysia di bawah Artikel 153.Katanya, istilah ketuanan Melayu tidak menimbulkan pelbagai tafsiran meragukan sepertimana didakwa oleh Tsu Koon kerana rakyat lebih memahami jaminan yang sudah termaktub di dalam perlembagaan negara.
Menurut beliau, orang Melayu dan bukan Melayu sudah menerima hak-hak keistimewaan seperti yang terkandung dalam artikel tersebut, tetapi hanya pemimpin politik kaum Cina yang sengaja buta sejarah dan enggan menerima hakikatnya.
“Ini terbukti apabila Tsu Koon sendiri dilihat seperti menyokong kenyataan Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang sebelum ini telah menolak ketuanan Melayu,” tegasnya.
Beliau menegaskan, mempersoalkan konsep ketuanan Melayu samalah dengan meragui kedudukan institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak pemerintahan negara.
Beliau turut menyelar sikap Presiden Gerakan itu yang suka bercakap di luar saluran tertentu dan membelakangkan kepentingan Barisan Nasional (BN).
Sebagai bekas Ketua Menteri Pulau Pinang kata Syed Ali, Tsu Koon perlu lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengundang pertelingkahan kaum.
“Tsu Koon kononnya menyeru supaya isu ketuanan Melayu jangan dipertikaikan, tetapi dalam masa yang sama beliau pula yang lantang bercakap mengenai hak dan kepentingan orang Melayu,” katanya.
Syed Ali mengulas kenyataan Tsu Koon di dalam akhbar tempatan hari ini yang mendakwa bahawa istilah ketuanan Melayu di negara ini tidak sesuai digunakan kerana ia menggambarkan seolah-olah seperti hubungan ‘tuan dengan hamba’.
“Nada beliau sama dengan kenyataan pemimpin parti pembangkang termasuk MCA yang cuba menonjolkan diri masing-masing untuk dilihat sebagai jaguh memperjuangkan kepentingan kaum Cina di negara ini,” tegas lagi.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali melahirkan rasa kecewa kerana sejak akhir-akhir ini rakan parti komponen BN semakin lantang menyerang kepentingan orang Melayu khususnya menjelang Perhimpunan Agung UMNO.
Beliau tidak menolak kemungkinan pemimpin politik bukan Melayu seperti mempunyai agenda tersembunyi untuk menguji sejauhmana kekuatan UMNO dengan sengaja mencetuskan pelbagai isu sensitif.
“Sejak kebelakangan ini semua pemimpin parti yang menjadi sekutu UMNO dalam BN menampakkan belang masing-masing yang lebih menjuruskan kepada sentimen perkauman kearah menjejaskan perpaduan rakyat pelbagai kaum,” katanya.
Sehubungan itu, Syed Ali menyeru pemimpin UMNO dan orang Melayu supaya kembali bersatu mengekalkan semangat perpaduan bagi memastikan ketuanan Melayu tidak tergugat.
Semakin lama perkataan Ketuanan Melayu semakin tidak difahami. Saya tercari-cari didalam Perlembagaan Persekutuan dimanakah letaknya peruntukan Ketuanan Melayu, Tak terjumpa.
BalasPadamYang mudah dijumpa ialah perkataan Tuan didalam pelbagai kamus. "Tuan" bererti pemilek. Kalau diaplikasikan kepada manusia dan manusia, maka manusia yang dipanggil "tuan" itu adalah lebih besar dari yang memanggilnya.
Didalam perkhidmatan polis, mereka yang berpangkat lebih rendah memanggil mereka yang berpangkat lebih tinggi sebagai "tuan", begitu juga dengan pasukan tentera.
Tetapi kalau pangkat-pangkat yang tak banyak berbeza seperti antara "private" dengan koperal, atau antara koperal dengan sarjan, maka lebih kerap dipanggil Encik sahaja, itu juga menandakan orang yang dipanggil encik itu adalah lebih besar dari pemanggilnya.
Kalau dihubungkan dengan tanah atau rumah, maka ujudlah Tuan Tanah atau Tuan Rumah. Maka kalau ada seseorang yang nak menyewa tanah atau rumah, biasanya yang memilikki tanah atau rumah itu dipanggil "Tuan Tanah" atau "Tuan Rumah" dan yang menyewa itu dipanggil "penyewa" dan didalam konteks itu Tuan Tanah atau Tuan Rumah itu adalah lebih "besar" dari penyewa.
Sedikit masa dulu ujud sistem perhambaan, dan yang menghambakan orang lain itu dipanggil "Tuan Hamba" dan yang kena hamba itu dipanggail "Hamba" atau lebih teruk lagi "Hamba Abdi".
Dari contoh-contoh ini "Tuan" itu menunjukkan "superiority", maka apabila disebut "Ketuanan Melayu" tentulah bererti bahawa Melayu itu"besar", "lebih kuat", "lebih kaya", "pemilek" dan sebagainya.
Lawan kepada Ketuanan Melayu adalah Pehambaan Bukan Melayu.
Disinilah letaknya persoalan-persoalan yang sukar dijawab. Betulkah Melayu itu besar, lebih kuat, lebih kaya, pemilek dsb.
Dari segi ekonomi, tak nampak pun Melayu itu besar, kuat, kaya
Saya sangat bersetuju dengan pandangan kebanyakan parti-parti politik termasuk dari Gerakan, PPP, MCA dan MIC mengenai Ketuanan Melayu.
Tanpa perlu mengulangi pandangan dari setiap pemimpin parti-parti kompnen BN itu tentang Ketuanan Melayu, memadai bagi saya memetik pandangan yang sangat bernas dari Tan Sri Koh Tsu Khoon.
Dr Koh berkata bahawa Ketuanan Melayu tidak terdapat didalam Perlembagaan Malaysia, yang ada adalah Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan hak-hak orang bukan Melayu.
Biarlah UMNO dan Utusan Malaysia saja yang bercakap tentang Ketuanan Melayu, biarlah UMNO saja yang menghunus keris yang tidak lagi bersarung itu.
Biarlah UMNO merasakan diri mereka tuan, kerana pemimpin mereka sememangnya masih feudal dan berperangai feudal untuk mewajibkan diri mereka diagung-agungkan oleh ahli-ahli mereka.
Kenapa? Kerana pemimpin-pemimpin UMNO itu kaya raya manakala ahli-ahli UMNO yang ramai itu masih miskin, bahkan ada yang papa kedana.
Mereka makan diatas tapak tangan dengan bantuan dan subsidi.
Ahli-ahli UMNO adalah kaum dan bangsa subsidi, tanpa subsidi mereka tak boleh hidup. Dan patutlah mereka itu jadi hamba dan pemimpin-pemimpin mereka itu tuan hamba. Maka ujudlah Ketuanan Melayu didalam UMNO.
Kami, orang-orang Melayu bukan ahli-ahli UMNO, kami bukan makan diatas tapak tangan, kami bekerja, kami berikhtiar, kami berusaha, susah-senang kami sebagai orang Melayu, kami buat kerja sendiri. Kami bebas dari cengkaman masyarakat feudal dan perhambaan.
"Ape-apa aje"...amboi panjang lebarnya posting awak. Memanglah tak jumpa perkataan "ketuanan Melayu" dalam perlembagaan tu. Tapi prinsip dan semangat perlembagaan itu sendiri, bila merujuk kepada Islam sebagai agama rasmi dan kedudukan raja-raja Melayu, itulah dinamakan "ketuanan melayu". Itulah prinsip yg tersirat dibelakangnya. Orang2 lama macam saya ni, faham apa yg tersirat dibalik perlembagaan itu kerana kita melalui keadaan dan suasana pelbagai kaum pendatang khususnya cina dan india yg diberi tahap kerakyatan selepas merdeka. Sebab itu melayu diberi hak peribumi dan kedudukan islam dan raja2 diberi kedudukan tinggi supaya pendatang yg diberi kerakyatan itu faham yg kita ni tuan dan benarkan mereka sama2 "cari makan". Orang cina dan india masa tu setuju dan amat berterima kasih pada melayu sebab hati budi melayu yg sanggup terima mereka. Yg jadi masalahnya, orang2 muda sekarang. Baik melayu, cina atau india, semua dah tak tahu pasal cerita asal usul ini. Sebab itu mereka tak faham apa itu "ketuanan melayu". BIla tak faham, maka dipersoalkanlah. Tugas pemimpin melayulah, khususnya UMNO nak kena perjelaskan ini semua. Biar yg muda ini, termasuk "ape-ape aje" faham hakikat sejarah yg sebenarnya taklah berapa lama,,, baru 50 tahun sahaja. Faham?
BalasPadamKetuanan disini bukan bermaksud antara tuan dan hamba...tapi lebih kepada hak keistimewaan dan Raja2 adalah simbol kepada keistimewaan Melayu.
BalasPadamTuan disini juga bermaksud empunya..bukan kah dulu disebut Tanah Melayu?
Semoga UMNO akan kembali bertaring selepas perubahan kepimpinan Mac ini.
BalasPadamSalam perjuangan dari:
Pemuda UMNO Bhg Lembah Pantai
kepada APA-APA AJE,
BalasPadamada betulnya dan ada salahnye apa yang En. perkatakan itu.
Betul, dari segi subsidi dimana kebanyakan orang melayu yang terlalu bergantung dengan subsidi dari kerajaan, tetapi itu yang membantu ekonomi orang kita juga, tetapi kerajaan sepatutnya memikirkan cara2 yang lebih baik untuk memberi orang kita cara lain instead subsidi.
salah, kenapa En. tulis article ini berasakan "kata lawa"? sepatutnya apa yang betul En. elabrate apa yang dimaksudkan dengan TUAN orang melayu dia bumi sendiri dan bukan pertikaikan orang melayu layak atau tidak untuk digelar sebagai Tuan. saya mengaku memang orang melayu di Malaysia ini ekonominya adalah dipegang oleh bangsa asing tetapi orang melayu di Malaysia ini adalah TUAN TANAH dan TUAN NEGARA dan tidak mengira samada rakyatnya miskin atau kaya, hak tetap hak.
kerana apa yang jadi sekalipun kita tetap berada dia Malaysia ini dan bukan lari seperti bangsa cina atau india yang boleh lari ke Negara China atau ke negera India.
orang-orang cina dan india kalau rasa nak jadi tuan, baliklah ke negara masing-masing. Disana negara mereka.
BalasPadamApa nak bising-bising dengan istilah ketuanan melayu.
Selama 50 tahun merdeka, apa yang mereka tidak dapat??? Sekolah ada, ekonomi tersangat baik. Kebanyakan yang berniaga orang-orang cina. Orang melayu adalah berapa kerat saja.
Dalam 10 lot ruang perniagaan, 8 dimonopoli orang cina. Apa lagi yang mereka tak puashati.
Selama ini, bila kata ada istilah Ketuanan melayu pun, orang melayu taklah macam tuan besar sangat.
Sebenarnya, sekarang ini, cina dan india ni mengada-gada lebih. Ini disebabkan orang melayu juga yang terlalu baik dan lembut hati demi menjaga hati keparat-keparat khinzir ni.
Orang melayu harus sedar, jangan lagi leka diulit mimpi.
Cina-cina dan india khinzir ni, kalau dah rasa macam hamba di sini, balik ke negara masing2. Biar kena bom macam kat mumbai.
Malangnya..keTUANan Melayu itu sendiri di guna pakai ke atas orang MELAYU sendiri!! Itu bukan keTUANan tapi PENINDASAN! Akhirnya yang ditindas bangsa sendiri..bangsa lain boleh bersuara lantang! Slah Siapa?
BalasPadamKetuanan Melayu hari ini disanggah kali kedua selepas disanggah oleh penjajah masa dahulu. Hari ini ketuanan Melayu diasak oleh bukan Melayu dan orang Melayu sendiri. Orang Melayu sudah tidak sayangkan bangsanya kerana mementingkan diri. Lalu memberi laluan mudah untuk bukan Melayu memijak kita.
BalasPadam