KUALA LUMPUR – Parti Progresif Rakyat (PPP) pimpinan Datuk M. Kayveas dicabar supaya segera keluar daripada menjadi angota komponen Barisan Nasional (BN) dan tidak perlu menunggu sehingga pilihan raya umum ke-13 pada 2012.Ketika membuat gesaan tersebut, Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata PPP sering membuat ‘kacau’ dalam BN dan terbaru mengeluarkan ugutan akan meninggalkan BN jika kerajaan tidak meminda akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
“Saya minta Pengerusi BN, Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyahut ugutan M. Kayveas dengan menyingkirkan segera PPP , lagipun parti kecil itu tidak memberi banyak sumbangan dan kepentingan kepada perpaduan BN,” tegasnya.
Syed Ali mengulas kenyataan M. Kayveas bahawa PPP akan bertindak keluar dari BN sekiranmya kerajaan tidak membuat sebarang pindaan yang bersesuaian ke atas akta ISA sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
Laporan akhbar hari ini memetik M. Kayveas sebagai berkata bahawa akta ISA seharusnya hanya dikenakan ke atas kegiatan keganasan yang membahayakan keselamatan sahaja dan bukan ke atas penduduk awam.
“Siapa dia yang nak ugut kerajaan dan perbuatan tersebut seolah-olah PPP kini sudah senada dengan parti pembangkang,” tegasnya.
Menurut Syed Ali lagi, parti kerdil yang mewakili minoriti kaum India itu tidak perlu menunggu terlalu lama untuk meninggalkan BN kerana perlakuan politik M. Kayves amat bertentangan dengan semangat BN.
“Kenapa nak tunggu sehingga tahun 2012 ?, UMNO tidak akan berasa rugi dan terkilan jika PPP bertindak keluar BN, tidak ada untungnya dia berada bersama kita jika sekadar untuk menyusahkan kerajaan BN,” tegasnya.
Beliau kecewa kerana M. Kayveas mengeluarkan kenyataan tersebut secara terbuka yang menggambarkan bahawa kerajaan sewenang-wenangnya menggunakan akta ISA untuk menekan mana-mana pihak kerana kepentingan politik.
Katanya lagi, pemimpin PPP itu sewajarnya mengemukakan rasa tidak puas hati beliau mengenai akta tersebut melalui saluran tertentu atau di dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN.
“Beliau harus faham bahawa akta ISA dikekalkan untuk mengekang sebarang bentuk keganasan atau kegiatan bercorak militan yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang berselindung disebalik Pertubuhan Bukan Kerajan (Ngo) sama ada yang berdaftar atau pertubuhan haram,” tegasnya.
Menurut Syed Ali lagi, kerajaan tetap bertegas menggunakan akta ISA kerana tidak mahu negara ini terjebak dengan kegiatan keganasan sepertimana berlaku di Thailand, Filipina dan India.
“ISA dikekalkan dengan peruntukan sedia ada untuk membendung kegiatan anasir subversif yang boleh menggugat keselamatan negara dan ketenteraman awam,” jelasnya.
Sehubungan itu, Syed Ali menyeru orang Melayu yang menyertai PPP supaya bertindak keluar daripada parti itu dan menyertai UMNO kerana pemimpinnya hanya mengutamakan agenda politik peribadi daripada kepentingan negara.
Saya yakin M Kayveas tidak berani dgn cabaran itu bak kata orang "dia mau test market je tu!"
BalasPadamKayveas ni memang dari dulu opportunist. Dia claim ahli dia ramai...mana ada? Tarik balik kerusi yg diberi pada PPP.
BalasPadamKayveas ni sombong. Keras kepala. Dia nampak UMNO lemah sekarang ni..tu yg kadok naik junjung. Kadok macam dia ni, tendang sahajalah. Dah berapa kali dia ugut-ugut. Apa BN/UMNO dayus ke?
Kalau di ibaratkan suami, bila isteri dah kata " Abang kalau tak belikan saya rantai, saya nak cari boyfirend lain". Dan kalau suami kata "jgnlah macam tu. Kita bincang elok2", maknanya suami tu dayus. Lepuk je muka dia dan ceraikan. Banyak lagi bunga lain.
Sepatutnya BN kena tegas. Pak Lah kena panggil Kayveas dan hempuk muka dia. Lepas tu BN kena disiplinkan PPP. Bagi dia kata 2. You ikut cara BN or you keluar. Pi lah PPP. Pi jahannam.
.
BalasPadamBETUL TU DATUK...
BalasPadamKita lihat kembali zaman DR M
ada ke bangsa2 india ni nak bersuara?
jawapan dia :sebab DR M tu tegas n bijak dia tahu apa nak buat sebelum orang bersuara dia dah ada strategi. kalau mula bersuara sket siap la kau tak boleh tidok malam... baru depa boleh takut....
Ni dah berusuara banyak tapi P... tidok tu yg sabaq2 pikiaq2.
jangan... tak boleh macam tu... kena ambil la langkah yang proaktif cantas cepat kaum2 hindraf kerana jika cantas cepat maka tak sempat lah mereka nak bertunas. ajar sket orang2 yang tak sedar diri ni...
Just my 2 cents worth: http://dottme.blogspot.com/
BalasPadam