KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menyifatkan PAS sengaja mempolitikkan isu pelaksanaan hukum hudud bagi meraih sokongan pengundi pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu pertengahan bulan depan.
Katanya, parti itu sanggup memperalatkan isu hudud bagi mencapai cita-cita politik walaupun sedar akan mendapat tentangan keras daripada sekutu mereka dalam Pakatan Rakyat (PR), iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
“PAS hanya bermimpi di siang hari untuk melaksanakan hukum hudud kerana di antara ketiga parti politik pembangkang itu mempunyai perbezaan ideologi yang amat ketara dan ini mustahil akan berlaku,”
Katanya, mereka bersekongkol atas kepentingan politik dan masing-masing taksub dengan fahaman perjuangan yang tidak menjuruskan kepada kepentingan rakyat khususnya masyarakat majmuk di negara ini.
Menurut Syed Ali, isu pelaksanaan hukum hudud mula dicanang oleh PAS apabila berjaya menguasai Kelantan pada tahun 1990 tetapi sehingga kini tidak dapat dilaksanakan kerana berlaku beberapa percanggahan.
Katanya, selepas 18 tahun beralu isu hudud dihidupkan semula oleh Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dilihat sebagai salah satu propaganda untuk memancing pengundi khususnya menjelang pilihan raya kecil di Kuala Terengganu.
Katanya, sejak PAS meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan 18 tahun lalu bagi membolehkan hukum hudud dan qisas dilaksanakan, DAP sudah menunjukkan penentangannya shingga kini.
“18 tahun berlalu dan PAS sedar bahawa DAP tetap menentang dan memusuhi pelaksanaan hukum hudud, tetapi dipolitikkan semula sekadar untuk mengelirukan pemikiran umat Islam,” tegasnya.
Sehubungan itu kata Syed Ali, usaha PAS untuk berbincang dengan DAP dan PKR bagi melaksanakan hukum hudud dan qisas jika berjaya memerintah negara ini adalah amat tidak bersesuaian.
“Sepatutnya PAS kononnya sebagai sebuah parti Islam perlu terlebih dahulu duduk berbincang dengan UMNO yang terbukti telah berjaya meningkatkan syiar Islam di negara ini,” tegasnya.
Menurut beliau, jika PAS benar-benar ikhlas untuk memperjuangkan kepentingan Islam, parti itu tidak perlu bersekongkol dengan DAP yang secara lantang mengecam dan menentang pelaksanaan hukum hudud.

Tuan,
BalasPadamHudud adalah hukum Allah. Bukan hukum PAS atau UMNO. Hudud adalah wajib dilaksanakan oleh mana-mana negara yang mengaku sebagai negara Islam. Inilah kenyataan yang perlu difahami dan diterima oleh anda dan UMNO.
Soal sekongkol PAS dengan DAP adalah sama seperti sekongkolnya UMNO dengan MCA, MIC dan Gerakan.
PAS dan UMNO adalah sama saja.
PAS harus menerima hakikat walaupun PR berjaya memerintah negara, hukum hudud tdk akan dpt dilaksanakan. PAS sengaja memperbesarkan isu ini semata2 utk menipu ahlinya dan meraih simpati dr umat Islam Malaysia. PAS sebenarnya mengharapkan UMNO utk melaksanakannya dan menyalahkan UMNO krn tdk melaksanakannya. Ahli PAS telah lama diperbodohkan dan hingga hari ini masih lagi diperbodohkan.
BalasPadamPAS di Selangor telah mengambil alih pengurusan masjid dan telah menukar status masjid menjadi maskas/sarkas PAS. Sebelum ini batang hiduppun tak pernah nampak kat masjid tup-tup dah jadi AJK masjid. Lepas tu jadikan masjid markas/sarkas politik.
baru2 ini diadakan pendaftaran anak kariah dan AJK masjid hanya memastikan org2 dia berdaftar. Yg lain, walaupun jiran sebelah rumah tdk dipedulikan. Di Ampang Jaya pd 20/12 diadakan program Himpunan Kasih Ibu Tunggal dirasmikan oleh isteri ADUN Lembah Jaya. Maka berpusu-pusulah ibu tunggal hadir setelah dijanjikan bantuan. Tapi malangnya yg dpt 1 tappawear dan 1 purse juga demo pasal air tapisan. Inilah ahli PAS tak habis2 nak menipu hinggakan isteri mereka pun turut menipu sama
Mr Foss
Mengharapkan UMNO laksanakan Hudud? Tunggulah sampai kiamat.
BalasPadamUMNO tidak akan laksanakan HUDUD. Cuma PAS sahaja akan laksanakan.
PAS mimpi? Sebenarnya Syed Ali yg mimpi nak duduk kerusi MT.