KUALA LUMPUR : Pihak berkuasa diminta supaya mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menganjur pesta tahun baru bagi menghormati awal Muharam 1430H dan sebagai sokongan kepada umat Islam di Palestin yang kini menjadi mangsa keganasan rejim Israel.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, usaha pihak tertentu untuk mengajurkan pesta termasuk ‘countdown’ pada malam tahun baru yang lebih menjuruskan kepada hiburan dan maksiat amat bertentangan dengan hukum syarak.Sebaliknya kata beliau, seluruh umat Islam disarankan mengadakan solat hajat pada malam tahun baru supaya negara tidak ditimpa sebarang mala petaka disamping berdoa untuk kesejahteraan rakyat Palestin yang tertindas.
“Kerajaan juga telah membatalkan acara sambutan tahun baru bagi menghormati kedatangan Awal Muharam dan sepatutnya langkah itu turut dipatuhi oleh semua pihak bagi mengelak berlakunya budaya songsang di kalangan generasi muda,” katanya.
Ini katanya, setiap kali pesta tahun baru di adakan akan berlaku gejala maksiat dan salahlaku moral yang membabitkan golongan remaja.
Sehubungan itu kata beliau, budaya menyambut tahun baru perlu dihapuskan kerana ianya tidak membawa sebarang menafaat kepada umat Islam sebaliknya lebih banyak menyumbangkan kepada keruntuhan akhlak.
Katanya, pesta menyambut tahun baru juga wajar dihentikan bagi menyatakan sokongan dan rasa simnpati kepada nasib umat Islam di Palestin yang saban hari disembelih oleh rejim Yahudi.
Menurut Syed Ali, rakyat negara ini tidak sepatunya berpesta menyambut tahun baru sedangkan tentera Israel terus bermaharajalela mengganas dan membunuh umat Islam termasuk kanak-kanak yang tidak berdosa.
“Bagi menzahirkan rasa simpati dan sokongan kita kepada nasib umat Islam di Palestin, maka adalah amat wajar segala bentuk hiburan untuk menyambut pesta tahun baru dibatalkan,” tegasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali mahukan kerajaan mendesak Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) supaya mengambil langkah segera bagi menghalang perbuatan Zionis membunuh penduduk Palestin di Genting Gaza.
“Hanya OIC yang lebih memahami penderitaan umat Islam di bumi Palestin berbading dengan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang seolah-olah begitu lambat untuk melakukan sesuatu bagi mengekang keganasan tentera Israel,” ujarnya.
Hey Datuk
BalasPadamKee Kee
Wishing you and your family a Blessed New Year (Muslim/Gregorian calendar..).
Warmest regards,
JED YOONG
Segunung harapan seikhlas hati dengan rasa hormatnya menjemput Datuk / Datin / Tuan / Puan / Encik / Cik :
BalasPadamBeserta barisan AJK, ke MAJLIS SAMBUTAN DIAMBANG 2009 pada :
Tarikh : 31 Disember 2009
Hari : Rabu
Masa : 9.00 malam
Tempat : Dewan Utama, PRC