Halaman

Sabtu, 29 November 2008

Lucutkan gelaran Datuk Seri dianugerahkan kepada Chua Soi Lek dan Mei Fun kerana terlalu biadab, menghina Raja-Raja Melayu – Syed Ali

KUALA LUMPUR : Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bersikap biadab dan sengaja menghina institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu apabila secara terbuka menolak konsep Ketuanan Melayu, tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee.

Beliau berkata, Soi Lek sudah melampau dan jelas meniupkan api perkauman yang mana perbuatan tersebut tidak diboleh dimaafkan.

“Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun pula membabi-buta menyokong kenyataan Soi Lek, nampaknya mereka seperti berpakat untuk menguji tahap kesabaran orang Melayu,” tegasnya.

Syed Ali kesal kedua-dua pemimpin MCA itu sudah melupai asal-usul mereka dan tidak tahu berterima kasih setelah menikmati pelbagai kemewahan termasuk diberikan kuasa politik.

Sehubungan itu, beliau mendesak supaya anugerah Datuk Seri yang dikurniakan oleh Raja Melayu kepada mereka berdua ditarik balik.

“Mereka sudah menghina Raja-Raja Melayu dan pemimpin UMNO, keduanya lupa asal-usul nenek moyang mereka, maka tidak ada faeadahnya pelbagai gelaran dianugerahkan kepada mereka,” tegasnya lagi.

Laporan akhbar Jumaat lalu memetik kenyataan Soi Lek sebagai berkata konsep Ketuanan Melayu di negara ini tidak lagi relevan dan ditolak rakyat pelbagai kaum khususnya generasi muda.

Manakala hari ini pula Mei Fun menjelaskan bahawa di tanah air ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

Menurut Syed Ali, pengertian Ketuanan Melayu adalah luas termasuk fungsi kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai tonggak negara dan tidak perlu dipertikaikan.

“Kerana semangat Ketuanan Melayu itulah, orang Melayu sanggup bermandi darah mempertahankan tanah airnya daripada dicengkam penjajah Inggeris dan ancaman komunis serta Bintang Tiga yang dianggotai orang Cina,” tegasnya.

Syed Ali turut mencabar Presiden MCA, Dato’ Seri Ong Tee Kiat supaya mengambil tindakan tegas ke atas kedua pemimpin tersebut kerana sikap mereka sudah melampau batasan dan tidak menghormati semangat setiakawan Barisan Nasional (BN).

“Saya cabarTee Kiat selaku pemimpin BN dan Presiden MCA supaya bertindak, kalau takut bersuara, lebih baik jangan jadi ketua,” jelasnya.

Beliau juga meminta kerajaan khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) melihat kenyataan Soi Lek daripada sudut undang-undang kerana secara jelas mempunyai unsur menghasut dan boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat.

Menurutnya, kerajaan tidak perlu bersikap double standard kerana jika pemimpin pembangkang bersikap seperti Soi Lek, semua pihak mendesak supaya dikenakan tindakan tegas.

“Sekarang jelas Soi Lek dan Mei Fun telah menghina Raja-Raja Melayu dan seluruh umat Melayu, maka wajarkah kerajaan berdiam diri?” soalnya lagi sambil menegaskan sikap terlalu berlembut di atas sesuatu isu antara sebab rakyat hilang keyakinan kepada kerajaan BN.

“Sekarang bukan masanya lagi untuk UMNO berlembut kononnya ingin jaga perasaan rakan-rakan BN, kerana mereka khususnya MCA tidak pernah pun menghormati pemimpin Melayu,” ujarnya.

Katanya, Sio Lek bersikap terlalu biadab dan oportunis dengan menyalakan api perkauman dan perlu bertanggungjawab di atas sikap celupar kerana inginkan populariti murahan.
“Umat Melayu sudah lama bersabar dengan perangai pemimpin MCA dan Soi Lek jangan cuba menjadi jaguh untuk menebus kesilapan lampau beliau yang pernah mencemarkan maruah BN berkaitan skandal seks,” tegasnya lagi.

11 ulasan:

  1. dato,
    wow, with "frens" like umno....
    mca doesn't need enemies....
    jgn sebarkan lagi fitnah mengenai parti komunis yang bertumpah darah menentang penjajahan jepun.
    lepas tu british pun "membuangkan" parti komunis sebab parti tu menentang penjajahan british.
    siapa mencabar raja2 melayu? yg cabar pun tun mahathir ataupun umno terengganu yang berdemo di istana sebab tajol rosli tidak dipilih sbg MB.
    siapa nak jadi hamba tuan2 pada zaman ini?
    sekian.

    BalasPadam
  2. Salam perjuangan,

    Pemuda IKS menyokong penuh kenyataan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee terhadap kebiadaban Chua Soi Lek dan Mei Fun kepada Raja-raja Melayu. Mereka penderhaka Tanah Melayu!

    "Memperkasa Generasi Baru"

    Pergerakan Pemuda
    UMNO Cawangan Taman IKS
    Bahagian Batu WP

    http://pemudaiks.blogspot.com

    BalasPadam
  3. melayu ni tuan rumah tapi orang lain yang kutip sewa... tuan rumah kena tipu dan kena buli... terus papa kedana. ataupun sebagai tuan kebun getah dimana kuli yang toreh kaya raya sebab tuan kebun tak tahu apa yang ku li dia buat. maknanya tuan tak smart lah.

    melayu ni asal yunan betul tetapi bercampur dengan orang asli melayu proto dan melayu negrito. tengoklah biologi kita dan perangai kita yang susah nak faham macam orang asli kan?

    orang melayu ni tak nak jadi tuan tapi sanggup jilat dap. tak mau deb sebab liberalisasi dan reformasi. tak mau bahsa melayu sebab global. tak ngaku melayu dan tak bantu atau sokong bangsanya sendiri sebab kononnya perpaduan. itulah melayu yang kayakan orang lain dan tak sokong kedai bangsanya.tak sokong bos melayu tapi sanggup mati kerana taukeh cina atau india.pas pulak nak buat islam dengan dap. ketuanan rakyat tu... belum tentu melayu jadi tuan... macam singapura lah tu.

    itulah melayu yang pelik dan ajaib perangainya... tak pernah bersatu dan sokong melayu sendiri... gilakan psikologi kita... devian namanya dalam psikologi. jiwa hamba atau tiada keyakinan diri. melayu kaya dan pandai dah jadi mat salleh dan tak ngaku melayu dah.. cakap, makan dan hidup cara mat salleh.

    pelik melayu ni.

    November 29, 2008 4:46 AM

    BalasPadam
  4. salam.
    Nampaknya Datuk Ali saja yang bersuara mengecam perangai busuk hati MCA, pemimpin UMNO Wilayah Persekutuan semuanya dah jadi bisu, kerana mereka tidak ada hati perut nak bela Melayu bandar.Oleh sebab itu, orang Melayu KL terus terpingir dan melukut di tepi gantang-ada Menteri Wilayah, tapi tak ada makna. Alahai malangnya bangsaku-spt Pak Kadok, menang sorak tangga rumah tergadai.

    Seperkara lagi, saya sokong penuh apa yang Datuk Ali bangkitkan itu. Kalau dah tak ingat asal usul nenek moyang dan sejarah perjuangan orang Melayu bermandi darah kerana mempertahankan hak dan tanahairnya, maka jadilah kita spt Melayu yang ada hari ini, Melayu pada nama tetapi jiwa pengecut, pengecut yang tak ada telor.

    Cerita Datuk Ali bangkitkan isu komunis dan Bintang Tiga tu memang bagus, nak sedarkan anak Melayu betapa musuh mereka ada di mana-mana, hatta dalam selimit dan dibawah katil BN.

    Alangkah bagusnya jika semua Melayu Kuala Lumpur (Melayu UMNO+PAS)berhimpun di Stadium Kg. Baru,biar kita tenguk Datuk Ali bangun berucap menyedarkan orang Melayu yang sudah dipandirkan oleh MCA.

    Kepada Datuk Ali, kami generasi muda Kuala Lumpur berharapkan supaya Datuk terus lantang mempertahankan maruah dan air muka orang Melayu dan UMNO, kerana pemimpin UMNO yang ada di Kuala Lumpur sekarang ini dah tak ada harga diri, tak ada maruah dan tak ada jiwa kemelayuannya kerana dah kena lelong.

    Kerana sikap pemimpin UMNO sebegitulah maka orang Melayu dah meluat dan bosan, akhirnya mereka berikan sokongan kepada PKR dan PAS, sptmana berlaku di Wangsa Maju. Tetapi pemimpin UMNO di Wilayah Persekutuan masih buat-buat pekak bedak, masih sombong dan masih liat nak turun padang jumpa rakyat, kalau turun padang pun mesti bawa bini dan pastikan ada jurugambar akhbar arus perdana-alahai banyak songehnya pemimpin Melayu.

    Contohilah kepimpinan Datuk Ali di Cheras yang tidak pentingkan protokol dan sambutan permaidani merah. Tak ada jurang dengan rakyat jelata, yang miskin dimuliakan, yang cacat dipimpin dan yang kaya diperingatkan

    Kami berharap Datuk Ali akan terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT untuk memperjuangkan masa depan anak bangsa. Allahuakhbar.

    Salam perjuangan untuk Datuk Ali, Ketua UMNO Bahagian Cheras. Wasallam.

    BalasPadam
  5. MCA Chua Soi Lek dan Chew Mei Fub sama macam Ketua Wanita Gerakkan main politik perkauman pekat tebal hasad dengki terhadap orang melayu.
    DAP secara resmi menentang ketuanan Melayu.
    Sekarang MCA menentang orang Melayu dari belakang.
    Apa beza MCA daripada DAP ?
    Sikit pun tak beza,malah pelandok dua serupa.
    Apabila orang Melayu marah dia lari belakang barisan Nasional.
    Mesti tentang MCA dan DAP.
    Politik hypocrit dan perkauman.
    Ni Jed yong tiba tiba marah kat owang melayu apa hal, buku sejarah mana yang dia baca ?
    arjuna waspada

    BalasPadam
  6. Salam Dato.

    Belacak mencadangkan YB Dato membawa usul kpd MT UMNO utk menarik balik hukuman keatas Dato' Ahmad Ismail (Penang). MCA tak habis-habis mempertikaikan ketuanan Melayu tidak diambil tindakan apa-apa sedangkan ahli UMNO dikenakan tindakan!

    BalasPadam
  7. Saya sokong belacak. Tang org UMNO macam Datuk Ahmad Ismail, UMNO kecut dan tunduk pada desakan Gerakan Penang (yg kalah pilihanraya!) utk ambil tindakan. Bila tiba gelaran Tan Lian Ho, apasal UMNO tak desak tindakan diambil? Sekarrang MCA dah naik kepala. UMNO nak diam lagi? Memang bodohlah kalau diam saja. Orang dah pijak, ludah muka awak, awak boleh diam saja?
    Soi Lek yg terpalit dgn skandal seks lupa dia menag sebab undi Melayu. Suruh dia bertanding kat Kepong yg banyak Cina...boleh menang ke? Tapi UMNO pun memanglah bodoh...Soi Lek letak anak dia bertanding PRU pun orang melayu terima dan menangkan dia. Bodoh...

    BalasPadam
  8. Bila pemimpin MCA berlumba menjadi jaguh kaum nya..itu menjadi petunjuk yang jelas,parti itu sedang dalam krisis...

    BalasPadam
  9. Eloknya UMNO dan PAS bersatu dan MCA ditendang keluar daripada BN kerana MCA adik ipar kepada DAP manakala Gerakan abang tirinya - sama-sama anti Melayu.

    Allahuakhbar.

    BalasPadam
  10. 1. Hari-hari datuk syed ali buat kenytaan sampai saya rasa datuk macam takder kerja lain.

    2. Apapun, saya nak ucapkan syabas sebab berani bercakap.

    3. Tak pernah saya terbaca statement datuk yng hambar2...semuanya pedas. Bravo.

    4. Ada kalanya saya rasa ramai pemimpin UMNO lain pengecut. setiap kali parti cina india bercakap, pemimpin melayu asyik duk sebut: jangan bermain api..jangan guris hati melayu..jangan jolok sarang tebuan.

    5. Saya menyampah bila dialog sama diulang. Tolonglah....

    6.Pertanyaan saya: "Bila nak bertindak?"

    7. Jangan bagi mereka peluang lagi.

    8. Saya harap nanti datuk syed akan buat statement macam ni: "Cina dan India di Malaysia tak sedar diri".

    9. Jangan takut dicop perkauman sebab cina dan india tu lagi bapak perkauman.

    10. Setiap hari terngiang-ngian di telinga saya kenyataan rais yatim "Bila pokok rebah, kura-kura naik pucuk".

    11.Allahuakbar....takkan Melayu hilang di dunia

    BalasPadam
  11. Bukan DWSA tidak ada kerja lain 'Anak Melayu'! tapi ini adalah satu cara berkesan untuk nyatakan pendirian beliau...Kekuatan DWSA adalah beliau konsisten dalam pertahankan sesuatu isu yang dibawa tidak seperti ahli politik roller-coaster yang tidak tetap pendirian.

    BalasPadam