KUALA LUMPUR : Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi tidak sepatutnya ‘menekan’ angkasawan pertama negara, Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor berhubung isu pendapatan RM1.2 juta yang diperolehi hasil daripada ceramah motivasi.
Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Wira Syed Ali Alhabshee menegaskan, tekanan yang dikenakan ke atas Dr. Sheikh Muzaphar berhubung isu tersebut adalah tidak sepadan dengan sumbangan dan pengorbanan yang telah beliau lakukan untuk kepentingan negara.
Katanya, pendedahan secara meluas berhubung isu RM1.2 juta itu telah memberi tekanan kepada tokoh angkasawan tersebut.
“Adalah tidak berbaloi tindakan dikenakan ke atas beliau hanya kerana dikatakan mendapat RM8 ribu setiap satu jam hasil daripada ceramah motivasi yang beliau lakukan,” ujarnya.
Katanya, pengalaman beliau menjalani latihan di Institut Kajian Angkasa Lepas di Rusia sebelum ini dan akhirnya berjaya dalam misinya mendarat di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) merupakan input amat berguna kepada rakyat negara ini.
“Dr. Sheikh Muzaphar merupakan idola kepada remaja khususnya pelajar sekolah dan Institut Pengajian Tinggi dan menjadi penyuntik semangat kepada mereka berjaya dalam bidang sains dan teknologi,” jelasnya.
Menurut Syed Ali yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, bayaran yang dikatakan di bayar kepada Dr. Sheikh Muzaphar adalah rendah berbanding dengan sesetengah artis popular tanahair yang mendapat lebih RM50 ribu hanya untuk lima lagu yang dinyanyikan.
“Dr. Sheikh Muzaphar memberikan ceramah motivasi untuk menyuntik semangat anak bangsa supaya mampu naik ke bulan sepertimana bangsa lain dan menerokai bidang angkasalepas, tetapi nyanyian hanyalah sekadar hiburan,” jelasnya.
Sehubung itu tegas beliau, tindakan kementerian berkenaan ke atas beliau secara tidak langsung akan melemahkan semangat generasi muda untuk berjaya sepertinya.
“Saya bimbang isu ini akan melemahkan semangat mereka yang berminat untuk menjadi angkasawan negara, termasuk angkasawan negara kedua yang sedia ada,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, kerajaan sebelum ini telah berbelanja ratusan juta ringgit bagi menjayakan misi penerbangan ke bulan yang merupakan projek pertama Malaysia dan mendapat pengiktirafan dunia.
“Adakah kementerian berkenaan berasa berpuashati dengan mengenakan tindakan ke atas Dr. Sheikh Muzaphar berbanding dengan kejayaan negara dalam bidang teknologi angkasalepas,” tembahnya.
Syed Ali berharap kementerian tersebut tidak akan mengambil tindakan secara melulu sehingga boleh membantut hasrat kerajaan meningkatkan keupayaan rakyat negara ini dalam bidang penerokaan angkasalepas.

Salam perjuangan,
BalasPadamKasihan Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor, setelah penat lelah beliau berbakti kepada negara, kini diletakkan dalam situasi sebegini pula. Kenapa perlu mempersoalkan periuk nasi orang lain? Rezeki masing-masing, Allah s.w.t. yang menentukan. Janganlah kita mencemburui kejayaan orang lain. Astaghfirullahalazim...
Apa pendapat Pemuda Cheras mengenai "Berani Berubah", "Setiakawan" dan juga "Pemuda Berani"? Sila komen di laman blog kami.
"Memperkasa Generasi Baru"
Pergerakan Pemuda
UMNO Cawangan Taman IKS
Bahagian Batu WP
http://pemudaiks.blogspot.com
Salam
BalasPadamSekiranya tindakan keatas Dr SMS betul-betul diambil dan Dr SMS bertindak pula dengan keputusan yang merugikan..ini adalah sebenar-benar PEMBAZIRAN yang diciptakan oleh MOSTI.
Diharap MOSTI tidak cepat melatah dengan desakan-desakan negatif.
Jangan Pandang Belakang!!
Pandang ke depan bersama DWSA.
RM1.2 juta tu tak ada apa jika dibandingkan denagn jumlah wang yg ditabur oleh calon UMNO utk pertandingan Mac 2009 nanti.
BalasPadamPaling kuat tabur ialah calon Timbalan Presiden. Tun Mahathir pun dah cakap pasal ni. Sangat memalukan...bakal No 2 dlm parti dan kerajaan adalah orang yg paling korup. Sebab itulah orang pandang jijik pada UMNO. UMNO kena tegas. DWSA pun tahu orang yg main duit ni, tapi apa tindakan beliau? Beranilah tampil sebut nama dia. Biar dia sedar dan berhenti buat kerja kotor ini. Berjuta dah habis tabur sana sini. Dekat Sabah sahaja kata orang habis nak dekat 8 juta. Itu baru masa pencalonan. Ni lepas ni sebelum Mac 2009 mesti lagi banyak tabur. Setakat RM1.2 juta Dr SMS dapat tak ada apalah.
Memang betul kata Datuk, mana bolih penyanyi dapat duit lebih dari angkasawan. Sudah lah DSMS telah mengorbankan masa dan kerjaya beliau hanya untuk menjayakan misi negara. Saya amat bangga dengan DSMS semacam mana saya bangga mempunyai ketua macam DWSA.
BalasPadamPembetulan fakta - sebenarnya kerajaan Malaysia tidak mengeluarkan apa-apa belanja untuk projek angkasawan kerana ia termasuk dalam pakej insentif pembelian pesawat pejuang Sukoi.
Macam mana pun TAHNIAH DSMS & SELAMAT BERJAYA DWSA.
Jangan menghukum dengan dalil 'kata orang'...hukum lah bersama bukti!!
BalasPadamKenapa. Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor difitnah pula?
BalasPadamIni memang sah bahawa terdapat ramai kalangan rakyat Malaysia sudah tersesat dan ilmu didada yang mereka miliki menjadikan mereka sebagai orang yang Pendengki, Irihati dan Tak ingin melihat orang lain senang.
Dalam kajian saya, di Malaysia ni, ramai orang kita yang suka duduk di warung, kedai kopi, Lounge Hotel, dan ditepi-tepi pantai berbicara 'menjaga tepi kain orang', Tersangatlah ramai. Pada hal yang mereka bicarakan itu, mereka sendiri habuk pun tak ada. Why? Kerana mereka suka sangat 'jaga hal orang lain' dan istilah dengki dan iri hati tetap menjadi kesukaan mereka@syaitan laknat. Kadang Uztas hanya pada gelaran semata.
Keluhan bapa Dr SMS didada akhbar hari ini. Sukar juga untuk diubah perangai orang Malaysia yang suka kan benda free...
BalasPadam