‘Dialog Bersama PM ‘Nothing
2 Hide’ yang dibatalkan oleh pihak polis atas faktor keselamatan pagi ini
merupakan satu hikmah, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali
Alhabshee.
Majlis anjuran Pertubuhan Sukarelawan
Peguam Malaysia (SukaGuam) yang sepatutnya berlangsung di PWTC pagi ini
dibatalkan selepas kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun jelas Syed
Ali, kehadiran bekas Perdana Menteri itu menunjukkan beliau sanggup berdepan
dengan rakyat untuk memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang dibangkitkan
sebelum ini.
“Kita kena tengok secara
positif, dia (Dr. Mahathir) sanggup turun
untuk sertai majlis tersebut,” ujarnya.
Ini jelas beliau,
menunjukkan Dr. Mahathir masih sayangkan UMNO dan sanggup bersemuka dengan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Atas nasihat polis, Najib
tidak hadir selepas dikatakan berlaku kekecohan di luar
dewan tempat berlangsungnya majlis tersebut.
“Ini satu hikmah, saya
berharap Pejabat Perdana Menteri (PMO) boleh lakukan sesuatu untuk aturkan
pertemuan antara Dr. Mahathir dengan Perdana Menteri,” katanya.
Beliau menegaskan, melihat
kepada reaksi Dr.Mahathir dan Najib yang sanggup hadir pada majlis tersebut
membuktikan antara mereka masih boleh duduk berunding.
"Najib dan Dr. Mahathir sanggup hadir, ini mesej bahawa mereka ikhlas," tegasnya.
“PMO boleh aturkan pertemuan,
buat secara anak beranak, bincang antara mereka berdua, tak perlu depan
khalayak,” tegasnya.
Pejabat Dr. Mahathir juga
kata Syed Ali, boleh mengaturkan pertemuan dengan Perdana Menteri dalam mencari
jalan penyelesaian di atas konflik yang berlaku.
Katanya, jika Dr. Mahathir
dan Najib sanggup hadir ke majlis tersebut ini merupakan petanda baik kepada
mereka untuk berdialog.
“Perkara itu boleh (berbincang)
secara keluarga, anak dengan bapa, kita kena cari yang positif demi kepentingan
bersama,” tegasnya lagi.
Syed Ali menjelaskan,
beliau percaya Najib bersifat terbuka termasuk Dr. Mahathir dan mereka boleh
menerima pandangan masing-masing.
Tambah beliau lagi, kedua
pemimpin tersebut merupakan pemimpin UMNO yang berperanan untuk kepentingan
rakyat dan negara.
Pagi ini sepatutnya berlangsung
‘Dialog Bersama PM ‘Nothing 2 Hide’ di PWTC dengan kehadiran 2,500 peserta
termasuk 300 wakil Ngo tetapi atas nasihat Ketua Polis Negara, majlis itu terpaksa
dibatalkan kerana faktor keselamatan.

Orang Melayu kalau tak bertekak tak bergaduh sesam sendiri tak sah lah..
BalasPadamJika cara Rasulullah...dianjurkan mesyuarat dlm mencari penyelesaian kekusutan yg berlaku agar mendapat keputusan yg baik utk semua pihak.....
BalasPadamPrime Missinger Najib dikelilingi oleh orang yg memusuhi Tun Mahathir.
BalasPadamNajib kena jumpa Tun secara private dan sendirian. Rosmah jangan dibawa sama.
Mudah2han kemelut ini berjaya diselesaikan.
BalasPadam