Halaman

Sabtu, 20 Jun 2015

Stop It TV3! Jangan Jadi 'Batu Api' Lagakan Najib Dan Dr M!



KUALA LUMPUR, 20 JUN – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengulangi gesaan agar stesen TV3 jangan jadi ‘batu api’ dalam ‘perang dingin’ Tun Dr Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Njib Tun Razak.

Tegasnya, ‘perang dingin’ antara Dr Mahathir dengan Najib tidak akan ada kesudahannya selagi ada ‘batu api’ dan oportunis yang mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan kedua pemimpin terbabit.

Syed Ali melahirkan rasa kecewa apabila sejak kebelakangan ini stesen TV3 menyiarkan kenyataan-kenyataan negatif bekas pemimpin pembangkang seperti DAP dan PKR berkenaan Tun Dr Mahathir.

Ini termasuk tindakan mengungkit-ungkit pentadbiran mantan Perdana Menteri itu yang disifatkan boleh memecah-belahkan perpaduan orang Melayu di negara ini.

“Stop it TV3, jangan jadi ‘batu api’ laga-lagakan Dr Mahathir Mohamed dengan Najib. Tindakan stesen TV berkenaan menemubual bekas pemimpin DAP, PKR termasuk NGO untuk mengkritik Dr Mahathir boleh merosakkan imej UMNO yang selama ini pemimpin dari parti ini diangkat sebagai Perdana Menteri . Pada masa yang sama Dr Mahathir pernah menyandang jawatan Presiden UMNO dan memimpin parti keramat ini.

“Terus terang saya memang tidak bersetuju tindakan stesen TV3 menyiarkan kenyataan bekas pemimpin pembangkang sudah tentu mempunyai agenda dan matlamat tersurat untuk memporak perandakan perpaduan di kalangan pemimpin kita. Perbuatan mengungkit dan mengkritik Tun Dr Mahathir akan membuatkan rakyat bertambah marah dan menjauhkan diri daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sekali lagi Syed Ali menegaskan, walaupun Datuk Seri Najib dan pihak 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sudah menjawab kesemua dakwaan dibangkitkan Dr Mahathir tetapi beliau percaya tidak akan mampu memuaskan hati golongan berkepentingan atau sengaja mahu melihat perpecahan berlaku dalam UMNO.

“Golongan oportunis dan batu api ini akan melakukan apa sahaja usaha termasuk mengapi-apikan Dr Mahathir agar terus menyerang Najib dengan lain tujuan mahu menghancurkan UMNO . Tak cukup satu usaha pihak berkepentingan akan merangka cara lain pula dengan lain matlamat parti UMNO terkubur,” katanya.

Kata Syed Ali, seharusnya stesen TV3 tidak harus memanjangkan lagi ‘perang dingin’ Dr Mahathir dengan Najib bukan sahaja memberi kesan kepada UMNO juga institusi Perdana Menteri. Kebetulan kedua-dua pemimpin terbabit pernah menyandang jawatan Perdana Menteri.

Menurutnya, setiap Perdana Menteri mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam mentadbir negara. Sudah tentu Dr Mahathir dengan caranya dan Najib mempunyai kaedah tersendiri. Begitu juga bekas-bekas Perdana Menteri lainnya ada pendekatan dan caranya sendiri.

“Bagi saya era pentadbiran Najib lebih mencabar dengan adanya media sosial dan internet sampai ada di antara kita tidak dapat membezakan mana maklumat benar atau palsu. Yang palsu inilah yang payah untuk kita bendung apabila terdapat sesetengah pihak yang mengambil kesempatan tentang perkara ini,” katanya.

Pada ketika yang sama, Syed Ali mengulangi pendirian bahawa Najib masih mendapat sokongan padu daripada rakyat , pemimpin dan seluruh anggota UMNO. Malah ahli UMNO masih menghormati Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa dan berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

“Nasihat saya kepada golongan batu api dan oportunis ini kalau marahkan UMNO atau mahu menguburkan parti ini jangan peralatkan Dr Mahathir. Kita hormat beliau sebagai negarawan dan tidak sanggup melihat bekas pemimpin DAP dan PKR terutamanya berterusan mengkritik beliau,” katanya.

Sekali lagi beliau menggesa pihak TV3 agar lebih sensitif dengan isu perpaduan Melayu dan kaum-kaum lain juga. Dalam keadaan sekarang tidak sesuai bagi stesen berkenaan membakar kemarahan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bekas pemimpin pembangkang yang tujuan utamanya mahu menjahanamkan perpaduan di kalangan rakyat jelata.

Kata Syed Ali, pihaknya menerima aduan dan rungutan banyak pihak membantah tindakan stesen TV3 yang menyiarkan kritikan Che’GUBard SAMM dan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim terhadap Dr Mahathir yang disifatkan keterlaluan dan biadap.
 


3 ulasan:

  1. damage has been done, rakyat bukan bodoh, tv3 and the 'bangang' behind it hss proven itself...tunggu election...u people will go down the longkang....stupid

    BalasPadam
  2. Satu lagi biol UMNO. Kenapa nak salahkan TV3, salahkan ketua kamu NAJIB. Semua masalah berpunca daripada 1MDB. Sebab 1MDB UMNO terpalit dan TV3 juga sudah terpalit.

    BalasPadam
  3. Tak ada harapanlah PRU14 nanti Parlimen Bandar Tun Razak BN akan menang dengan segala permasalahan 1MDB dan sekarang TV3 pun dah bermasalah.

    Silap-silap BN pun akan tumbang pada PRU14 nanti. Bagi aku, umat Islam nampak hanya PAS sebagai alternative.

    BalasPadam