KECALARUAN permuafakatan politik pembangkang perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh UMNO khusnya Barisan Nasional (BN), kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Sekarang ini kata beliau, permuafakatan antara PAS, DAP dan PKR berada dalam kecelaruan dan curiga-mencurigai sesama sendiri.
“Ini merupakan peluang terbuka untuk UMNO mengambil menafaat daripada keretakkan tersebut,” ujarnya.
Katanya, PAS masih berteka-teki terhadap kejujuran DAP bersabit masadepan Pakatan Rakyat (PR).
“Manakala PKR pula turut terumbang-ambing sehingga kedudukan Menteri Besar Selangor menjadi tidak menentu,” tegasnya.
Sehubungan itu, Ketua UMNO Bahagian Cheras itu
menegaskan, UMNO perlu kembali kepada kestabilan bagi mengukuhkan keyakinan
rakyat terutama orang Melayu kepada parti itu.
Dalam masa yang sama ujar
beliau, komponen BN juga perlu menunjukkan teladan yang baik dengan tidak
bersengketa sesama sendiri.
“Sebarang permasalahan atau
konflik dalaman perlu diselesaikan mengikut saluran, tidak perlu dicanangkan
keluar sehingga menjadi bertambah rumit untuk diselesaikan,” tegasnya.
Justeru tegas beliau, kecelaruan
dan sengketa ketiga-tiga parti pembangkang itu sepatutnya dieksploitasikan oleh
UMNO dan BN.
Katanya lagi, rakyat
terutaama orang Melayu semakin sedar betapa pakatan pembangkang tidak menjanjikan
sesuatu yang baik untuk masa depan mereka.
Kerana itu katanya,UMNO
perlu diperkukuhkan semula berteraskan sokongan akar umbi terhadap pucuk
pimpinan parti.
“Jika berlaku kesangsian
terhadap pemimpin tertinggi UMNO, ianya pasti akan memberi kesan negartif
terhadap parti dan rakyat secara keseluruhannya.
Dalam usaha mengukuhkan
keyakinan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang,Syed Ali mengakui
UMNO perlu melakukan sesuatu secara drastik.
Ini katanya,termasuk
menamatkan segera sebarang perselisihan antara sesama pemimpin UMNO.
Beliau berkata, serangan
dan kecaman terhadap pemimpin UMNO oleh mereka yang tidak berpuashati terhadap sesuatu
perkara hanya akan memudharatkan parti.
Beliau juga kesal dengan
pihak yang memperlalatkan media sosial menabur berita-berita fitnah dan sensasi
melagakan sesama pemimpin UMNO.
“Kadangkala isunya kecil
dan boleh diselesaikan, tetapi sengaja disensasikan seolah-olah berlaku
perpecahan besar,” ujarnya.
Keadaan menjadi bertambah
rumit katanya, apabila sebahagian rakyat secara bulat-bulat menerima hidangan
berita tersebut.
setuju dengan tajuk artikel...tapi dalam masa yg sama, BN kena kaji semula GST yg menjadi rungutan majoriti rakyat... jika rungutan rakyat dipandang lewa tak mustahil akan memberi kesan negatif kepada BN...jangan abaikan pandangan dan rungutan golongan akar umbi...
BalasPadam