KUALA
LUMPUR, 20 JUN – Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengulangi
gesaan agar stesen TV3 jangan jadi ‘batu api’ dalam ‘perang dingin’ Tun Dr
Mahathir Mohamed dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Njib Tun Razak.
Tegasnya,
‘perang dingin’ antara Dr Mahathir dengan Najib tidak akan ada kesudahannya selagi
ada ‘batu api’ dan oportunis yang mengambil kesempatan untuk melaga-lagakan
kedua pemimpin terbabit.
Syed
Ali melahirkan rasa kecewa apabila sejak kebelakangan ini stesen TV3 menyiarkan
kenyataan-kenyataan negatif bekas pemimpin pembangkang seperti DAP dan PKR berkenaan
Tun Dr Mahathir.
Ini
termasuk tindakan mengungkit-ungkit pentadbiran mantan Perdana Menteri itu yang
disifatkan boleh memecah-belahkan perpaduan orang Melayu di negara ini.
“Stop
it TV3, jangan jadi ‘batu api’ laga-lagakan Dr Mahathir Mohamed dengan Najib.
Tindakan stesen TV berkenaan menemubual bekas pemimpin DAP, PKR termasuk NGO untuk
mengkritik Dr Mahathir boleh merosakkan imej UMNO yang selama ini pemimpin dari
parti ini diangkat sebagai Perdana Menteri . Pada masa yang sama Dr Mahathir
pernah menyandang jawatan Presiden UMNO dan memimpin parti keramat ini.
“Terus
terang saya memang tidak bersetuju tindakan stesen TV3 menyiarkan kenyataan
bekas pemimpin pembangkang sudah tentu mempunyai agenda dan matlamat tersurat untuk
memporak perandakan perpaduan di kalangan pemimpin kita. Perbuatan mengungkit
dan mengkritik Tun Dr Mahathir akan membuatkan rakyat bertambah marah dan
menjauhkan diri daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN),” katanya.
Sekali
lagi Syed Ali menegaskan, walaupun Datuk Seri Najib dan pihak 1Malaysia
Development Berhad (1MDB) sudah menjawab kesemua dakwaan dibangkitkan Dr
Mahathir tetapi beliau percaya tidak akan mampu memuaskan hati golongan
berkepentingan atau sengaja mahu melihat perpecahan berlaku dalam UMNO.
“Golongan
oportunis dan batu api ini akan melakukan apa sahaja usaha termasuk mengapi-apikan
Dr Mahathir agar terus menyerang Najib dengan lain tujuan mahu menghancurkan
UMNO . Tak cukup satu usaha pihak berkepentingan akan merangka cara lain pula
dengan lain matlamat parti UMNO terkubur,” katanya.
Kata
Syed Ali, seharusnya stesen TV3 tidak harus memanjangkan lagi ‘perang dingin’
Dr Mahathir dengan Najib bukan sahaja memberi kesan kepada UMNO juga institusi
Perdana Menteri. Kebetulan kedua-dua pemimpin terbabit pernah menyandang jawatan
Perdana Menteri.
Menurutnya,
setiap Perdana Menteri mempunyai cara dan pendekatan tersendiri dalam mentadbir
negara. Sudah tentu Dr Mahathir dengan caranya dan Najib mempunyai kaedah
tersendiri. Begitu juga bekas-bekas Perdana Menteri lainnya ada pendekatan dan
caranya sendiri.
“Bagi
saya era pentadbiran Najib lebih mencabar dengan adanya media sosial dan
internet sampai ada di antara kita tidak dapat membezakan mana maklumat benar
atau palsu. Yang palsu inilah yang payah untuk kita bendung apabila terdapat
sesetengah pihak yang mengambil kesempatan tentang perkara ini,” katanya.
Pada
ketika yang sama, Syed Ali mengulangi pendirian bahawa Najib masih mendapat sokongan
padu daripada rakyat , pemimpin dan seluruh anggota UMNO. Malah ahli UMNO masih
menghormati Dr Mahathir sebagai bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa dan
berbakti kepada agama, bangsa dan negara.
“Nasihat
saya kepada golongan batu api dan oportunis ini kalau marahkan UMNO atau mahu
menguburkan parti ini jangan peralatkan Dr Mahathir. Kita hormat beliau sebagai
negarawan dan tidak sanggup melihat bekas pemimpin DAP dan PKR terutamanya berterusan
mengkritik beliau,” katanya.
Sekali
lagi beliau menggesa pihak TV3 agar lebih sensitif dengan isu perpaduan Melayu
dan kaum-kaum lain juga. Dalam keadaan sekarang tidak sesuai bagi stesen
berkenaan membakar kemarahan rakyat dengan mengeluarkan kenyataan bekas
pemimpin pembangkang yang tujuan utamanya mahu menjahanamkan perpaduan di
kalangan rakyat jelata.
Kata
Syed Ali, pihaknya menerima aduan dan rungutan banyak pihak membantah tindakan
stesen TV3 yang menyiarkan kritikan Che’GUBard SAMM dan bekas Naib Pengerusi DAP
Tunku Abdul Aziz Ibrahim terhadap Dr Mahathir yang disifatkan keterlaluan dan
biadap.
damage has been done, rakyat bukan bodoh, tv3 and the 'bangang' behind it hss proven itself...tunggu election...u people will go down the longkang....stupid
BalasPadamSatu lagi biol UMNO. Kenapa nak salahkan TV3, salahkan ketua kamu NAJIB. Semua masalah berpunca daripada 1MDB. Sebab 1MDB UMNO terpalit dan TV3 juga sudah terpalit.
BalasPadamTak ada harapanlah PRU14 nanti Parlimen Bandar Tun Razak BN akan menang dengan segala permasalahan 1MDB dan sekarang TV3 pun dah bermasalah.
BalasPadamSilap-silap BN pun akan tumbang pada PRU14 nanti. Bagi aku, umat Islam nampak hanya PAS sebagai alternative.