Halaman

Isnin, 8 Jun 2015

PAS ada maruah, tidak perlu orang tengah buat pusingan ‘U’ batalkan tahaluf siyasi dengan DAP: Syed Ali

KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berpendapat, PAS tidak memerlukan ‘orang tengah’ bagi membaiki semula hubungannya dengan DAP kerana parti itu masih ada maruah.

Lagipun kata beliau, barisan kepimpinan baru PAS pimpinan Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang dilihat mempunyai harga diri.

“Pada hemat saya, tidak perlu kepada orang tengah seperti yang ingin dilakukan PKR untuk memulihkan hubungan PAS-DAP kerana parti itu mempunyai maruahnya sendiri,” tegasnya.

Katanya, PKR hanyalah sebuah parti ‘sakit’ cuba menonjolkan diri berkutan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana bersalah melakukan liwat.

Menurut beliau, usaha PKR itu ternyata cuba mencalar maruah dan harga diri pemimpin PAS yang selama ini telah dipersendakan oleh DAP.

“PKR nampaknya tidak menghormati prinsip perjuangan PAS,” tambahnya sambil menegaskan tidak mustahil PKR menjadi perkakas DAP untuk memujuk semula PAS.

Beliau percaya pemimpin PAS tidak mahu diri mereka dianggap sebagai bacul jika membuat pusingan ‘U’ untuk menjalin semula kerjasama dengan DAP.

Menurutnya, isu PAS akan melakukan pusingan ‘U’ untuk kembali berrsama DAP hanya disensasikan oleh golongan yang kecewa dengan barsian kepimpinan baru parti itu.

"Difahamkan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP dibuat oleh Dewan Ulamak dan diterima oleh Majlis Syura, jadi saya tidak fikir PAS sanggup berpatah balik," katanya.

"Pada saya, pemimpin PAS masih ada maruah, tidak mungkin akan berlaku pusingan 'U' hanya kerana ingin membatalkan tahaluf siyasi dengan DAP.

DAP tambah beliau lagi, telah banyak kali menyinggung perasaan pemimpin PAS terutama bersabit dengan cadangan pelaksanaan hukum hudud.
Malah katanya, pemilhan barisan kepimpinan PAS pada muktamar parti itu baru-baru ini juga didakwa ada unsur-unsur campur tangan DAP untuk memenangkan golongan tertentu.

“Berdasarkan itu, PAS sepatutnya sedar betapa DAP, sebuah parti rasis yang sanggup melakukan apa sahaja untuk memecahbelahkan perpaduan orang Melayu dan umat Islam,” tegasnya.

Sebaliknya ujar Syed Ali, seeloknya PAS memikirkan bagaimana untuk menjalin kerjasama dengan UMNO demi kepentingan perpaduan umat di negara ini.

“Pemimpin UMNO sentiasa bersikap terbuka untuk mengalu-alukan sebarang usaha keraah perpaduan umat bersama PAS,” tegasnya.

Dalam hal ini, beliau menaruh keyakinan barisan kepimpinan baru PAS akan lebih bersikap realistik dan tidak terbawa-bawa dengan politik sempit.

“Saya yakin, apabila PAS tidak lagi bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR), pintu kearah kerjasama perpaduan boleh dirintis bersama UMNO,” katanya.

Beliau mengingatkann kedudukan orang Melayu dan umat Islam di negara ini semakin mencabar dan sentiasa digugat oleh pihak tertentu.

Oleh sebab itu katanya, sudah sampai masanya Haji Hadi selaku Presiden PAS memberi perhatian kearah pembentukan perpaduan di kalangan orang Melayu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan