Ketua
UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, kemasukan ulama luar ke negara ini bagi
menjalankan kegiatan dakwah tidak kesemuanya bertentangan dengan ASWJ.
Lagipun
jelas belau, kemasukan pendakwah luar termasuk kumpulan terekat dan tasawuf
dipantau oleh Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dan majlis agama di setiap
negeri.
“Kita
tidak nafikan ada kumpulan tertentu yang ambil kesempatan menyusup masuk ke
negara ini dan mengaku sebagai habib atau ulama,” uajrnya.
Mempertahankan
kehadiran Habib Umar Bin Hafiz dan Habib Syech Bin Abdul Qodir Assegaf yang
menjadi sasaran terbaru Utusan Malaysia, Syed Ali menjelaskan pendakwah
tersebut sepanjang pengetahuan beliau tidak menyimpang daripada ajaran Islam
dalam gerakan dakwah.
Katanya,
mengaitkan kumpulan terekat atau tasawuf termasuk mereka yang digelar habib
dengan ajaran Terekat Naqsyabandiah Al-Aliyah yang diharamkan oleh Majlis Fatwa
Kebangsaan pada tahun 2000 sebagai tidak adil dan dibuat secara melulu.
“Sepatutnya
kegiatan kumpulan pendakwah tersebut terlebih dahulu dirujuk kepada Jakim atau
majlis agama, bukannya membuat tuduhan dengan mengambil pandangan mereka yang
kurang arif terhadap ilmu tersebut.
Utusan
Malaysia hari ini mendakwa Habib Umar mengaku sebagai ulama keturunan
Rasulullah SAW.
“Apakah
kerana disebabkan segelintir membawa ajaran bertentangan dengan ASWJ, maka
akhbar berkenaan menghukumkan kesemua kumpulan terekat dan habib tersebut
sebagai songsang dan sesat,? soal beliau lagi.
Katanya,
pendedahan akhbar tersebut jelas tidak adil dan cuba menanam persepsi negatif
masyarakat Islam terhadap peranan yang dimainkan oleh kumpulan pendakwah.
Menurut
beliau, tindakan akhbar berkenaan memainkan isu tarekat dalam laporan khasnya
yang sudah masuk hari keempat (Selasa) bertentagan dengan resolusi yang diputuskan
pada seminar ulama ASWJ baru-baru ini.
Malah
kata Syed Ali lagi, Jakim sendiri telah membicarakan secara terperinci bersabit
dengan amalan zikir dan terekat yang tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
“
Laporan Utusan Malaysia itu seolah-olah seperti dirancang oleh golongan
tertentu yang cuba menanamkan tanggapan negatif terhadap gerakan terekat dan
tasawuf,” tegasnya.
Beliau
tidak menolak kemungkinan gerakan untuk menghancurkan gerakan terekat dan
tasawuf di negara ini dilakukan oleh kumpulan tertentu dengan menjadikan Utusan
Malaysia sebagai medium menarik perhatian umat Islam.
“Akhbar
berkenaan sudah melampau, sengaja memainkan isu untuk merosakkan ukhwah dan menimbulkan
kekecohan dan kekeliruan di kalangan umat Islam di Malaysia,” tegasnya.
Malah
katanya, laporan tersebut seolah-olah seperti sengaja cuba meracuni pemikiran
umat Islam yang masih keliru terhadap pemahaman
ajaran Islam yang sebenar.
Beliau
amat kecewa dengan akhbar berkenaan seperti cuba melebelkan pendakwah-pendakwah
habib tersohor yang datang ke negara ini sebagai membawa ajaran sesat.
“Hari
ini pula, akhbar tersebut turut mengaitkan nama Habib Umar Bin Hafiz dan Habib
Syech Bin Abdul Qodir Assegaf sebagai membawa fahaman syiah, ini tuduhan
melampau dan tidak berasas,” ujarnya.
Sehubungan
itu, beliau mahu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir
Baharom menyatakan pendirian berhubung laporan-laporan negatif yang dibuat oleh
akhbar Utusan Malaysia yang mencela dan mengaibkan peranan golongan pendakwah termasuk mereka
yang digelar sebagai habib.

Boleh explain apa makna title "habib" dan "sheikh" dalam kontek orang agama yang datang dari Negara jiran? Ada yang kata mereka ini ada lineage dari Rasulallah? Kalau betul apa bukti nya?
BalasPadam