“Sejak kebelakangan ini
media terutama portal berita pro-pembangkang mengeksploitasikan isu tersebut
untuk menjatuhkan Perdana Menteri,” tegasnya.
Katanya, pihak yang sengaja
menyerang kepimpinan Najib mengambil kesempatan memanipulasikan isu tersebut
supaya pentadbiran Najib dilihat sebagai lemah.
“Ini semua sebahagian
daripada taktik pembangkang, saya berharap ahli-ahli UMNO dan rakyat
keseluruhannya tidak terpedaya,” tegasnya.
“Asalnya Dr. Mahathir hanya
memberikan pandangan dan teguran membina terhadap pentadbiran Najib, tetapi
telah diputarbelitkan secara meluas oleh pihak media seolah-olah berlaku
pertelingkahan antara mereka.
Katanya, keadaan menjadi bertambah
kusut apabila media sosial terutama portal berita mengambil kesempatan membuat
laporan berunsur fitnah dan serangan peribadi terhadap Najib.
Beliau berkata, kecenderungan
pihak media sengaja mensensasikan isu tersebut dikhuatiri akan memberi persepsi
negatif rakyat terhadap kerajaan dan UMNO itu sendiri.
“Kedua-duanya (Dr. Mahathir-Najib) adalah pemimpin UMNO, mereka
telah menyumbang banyak jasa kepada parti dan negara,” tegasnya.
Beliau mengakui bahawa
peranan media masih relevan terhadap kesuburan berpolitik di negara ini tetapi
kaedah dan tatasusilanya hendaklah dikawal sejajar dengan peruntukan
undang-undang sedia ada.
Syed Ali berkata,
kebebasan media dan hak bersuara tidak pernah disekat oleh kerajaan tetapi kebebasan
dan hak tersebut ada batasnya.
“Pihak media boleh berikan
pandangan dan kritikan asalkan membina, tetapi apabila bertindak sebagai batu
api atau tukang hasut, kerajaan perlu mengambil tindakan,” tegasnya.
Dalam isu hubungan Dr.Mahathir
dan Najib ujar beliau, ada pihak sengaja membesar-besarkannya dengan cerita-cerita ‘rekaan’ untuk
memburukkan UMNO dan kerajaan.
“Kita sedar, ada pihak tertentu
cuba menangguk di air keruh dalam isu tersebut, ini semua bertujuan untuk
menghancurkan UMNO dan seterusnya meruntuhkan kerajaan yang dipilih oleh
rakyat,” tegasnya.
Sehubungan itu, beliau berharap
pengamal media termasuk pengendali portal
berita agar lebih beretika dan tidak menjuruskan kepada serangan peribadi dan
tohmohan liar terhadap mana-mana pemimpin termasuk Najib, yang juga Presiden
UMNO.
Beliau bagaimanapun menjelaskan
bahawa pentadbiran Najib tidak takut kepada kritikan dan teguran yang dibuat
oleh mana-mana pihak termasuk Dr. Mahathir jika ianya bermanfaat kepada
kepentingan rakyat dan negara.
“Kerajaan Barisan Nasional
(BN) dan UMNO khususnya bukan sehari dua
mentadbir negara ini, suduh puluhan tahun dan telah menempoh pelbagai halangan
dan dugaan,” ujarnya.
Pihak berkepentingan cuba menangguk di air keruh
UMNO tambah beliau, sudah
cukup matang dalam menangani pelbagai kerenah dan cabaran getir malah pernah
diharamkan pendaftarannya oleh pihak mahkamah sedikit masa dulu.
“UMNO terus bangkit dan
mampu bertahan sehingga kini kerana pemimpin dan ahli-ahlinya di akar umbi
sentiasa komited kepada perjuangan parti,” tegasnya.
Tetapi kata beliau, apabila
pihak berkempentingan menyasarkan serangan politik bersifat peribadi terhadap
Najib dan keluarganya merupakan satu
perbuatan keterlaluan.
Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali
bersetuju dengan penjelasan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional
(BNBBC), Tan Sri Shahril Abdul Samad bahawa tidak wujud sebarang gerakan untuk
menjatuhkan Najib.
Shahril menjelaskan tidak
ada sebarang gerakan di kalangan ahli-ahli
UMNO yang menunutut perubahan berlaku pada pucuk pimpinan tertinggi parti dan
tampuk keraajan.
“Ini satu lagi bentuk
khabar angin dan provokasi yang sengaja dicanangkan oleh pihak tertentu untuk
merosakkan UMNO,” tegas Syed Ali, yang juga Setiauisaha Badan Perhubungan
UMNO/BN Wilayah Persekutuan.
Katanya, tidak
ada sebab mengapa Najib perlu diturunkan sebagai Perdana Menteri hanya disebabkan
beberapa isu yang berbangkit sudah pun dijawab secara terbuka oleh beliau.
"Jutaaan rakyat Malaysia sudah dengar penjelasan Najib yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen, menjawab beberapa tuduhan dan fitnah terhadap beliau," tegasnya.
Lagipun tegas beliau, rakyat
dan ahli-ahli UMNO telah memberikan mandat kepada Najib selaku Presiden UMNO
dan Perdana Menteri secara sah berasaskan kepada prinsip demokrasi.
“Seluruh pemimpin UMNO di semua
peringkat menyokong kepimpinan Najib dan kita tetap mempertahankan beliau
selaku presiden parti dan Perdana Menteri,” tegasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan