Halaman

Isnin, 6 April 2015

Syed Ali ingatkan Rafizi jangan jadi batu api lagakan Najib-Dr. M


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli tidak perlu menjadi 'batu api' melaga-lagakan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

"Tidak perlu Rafizi nak jdi batu api, jangan mencampuri urusan UMNO kerana teguran Dr. Mahathir sebelum ini bukan bermakna satu desakan supaya Perdana Menteri berundur," tegasnya.

Beliau menjelaskan, setiap kali pandangan Dr. Mahathir terhadap UMNO dan pentadbiran Najib sengaja dieksploitasikan pihak tertentu dan sengaja diperbesar-besarkan.

"Sebenarnya tidak ada isu besar pun, tetapi sengaja disensasikan seolah-olah ianya seperti bom jangka, walhal Najib dan Dr. Mahathir tidak ada sebarang pertelingkahan," tegasnya.

Syed Ali berkata, Rafizi sepatutnya terlebih dahulu memperbetulkan kepincangan hubungan PKR dengan PAS yang kini berada dalam keadaan parah.

"Baikilah dulu rumah tangga yang tunggang-langgang, jangan nak buat cerita fitnah lagakan sesama pimimpin UMNO," tegasnya.

Beliau menjelaskan, kenyataan Dr. Mahathir sengaja diputarbeitkan oleh pihak berkepentingan bertujuan meruntuhkan kesatuan dan perpaduan di dalam UMNO.

Tambahnya, kritikan atau teguran bekas pemimpin terhadap kepimpinan UMNO merupakan perkara biasa dan parti itu sudah melalui beberapa fasa yang mencabar sebelum ini.

UMNO ujar beliau, telah 'cukup masak' dalam menempoh pelbagai ujian getir sehingga parti itu mampu menjadi teras kesinambungan kepada perjuangan orang Melayu di negara ini.

"Kini UMNO dibawah pimpinan Najib telah bergerak ke depan dengan membawa tranformasi dalam pelbagai bidang walaupun tidak dapat lari daripada kritikan," tegasnya.  

Beliau memberikan reaksi demikian berikutan kenyataan Rafizi, seperti disiarkan oleh portal berita pro-pembangkang, malaysiakini,com hari ini (Isnin) yang mencabar Najib supaya menyaman Dr. Mahathir yang mengaitkannya dengan isu pembunuhan Altantuya Sharibu.

Menurut Syed Ali lagi, Rafizi tidak ada kena mengena dengan Naib mahupun Dr. Mahathir dan sewajarnya tidak membuat kenyataan bertujuan melagakan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

"Pemimpin UMNO bukan seperti pembangkang, yang suka buat cerita karut dan fitnah serta gemar saman-menyaman," katanya.

Beliau menjelaskan ada pihak berkepentingan sengaja mensensasikan cerita fitnah kononnya hubungan Najib dengan Dr. Mahathir semakin renggang menerusi laman-laman sosial.

"Ini semua kerja provokasi talibarut pembangkang dan mereka yang berniat jahat terhadap UMNO dan pemimpinya.

Tambah beliau, pembangkang sedar mereka terlalu sukar untuk menumbangkan UMNO menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) kerana rakyat masih menaruh keyakinan terhadap UMNO.

"Oleh sebab itu, mereka (pembangkang) cari jalan yang nampak konsisten untuk hancurkan UMNO dari dalam termasuk laga-lagakan sesama pemimpin parti, inilah taktik jahat pembangkang," tegasnya.

Syed Ali turut menjelaskan bahawa perbezaan pendapat antara Najib dan Dr. Mahathir bukan bermakna mereka bermusuh.

"Pada hemat saya, kedua-dua mereka (Najib dan Dr. Mahathir) saling hormat-menghormati antara satu sama lain, tiada sengketa antara mereka," tegasnya.

Katanya lagi, kepimpinan Najib selaku Presiden UMNO juga mendapat sokongan padu daripada ahli-ahli parti di peringkat akar umbi.


Beliau berkata, ahli-ahli UMNO sentiasa teguh kepada pucuk pimpinan kerana sedar hanya perpaduan mampu menjadi benteng penyelamat orang Melayu.


2 ulasan:

  1. Mana komen tak siarkan pun?

    BalasPadam
  2. Rafizi patut lihat n repair masalah serius dalaman pr yg jelas bercelaru..

    BalasPadam