PENDIRIAN terbuka pemimpin
UMNO menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan perpaduan dan
semangat permuafakatan masih lagi menjadi keutamaan dalam parti itu, kata Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
“Sokongan tersebut adalah tindakan
rasional kerana perpaduan dan keutamkaan parti tidak perlu dicampur adukkan
dengan agenda peribadi,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras itu.
Beliau menegaskan,
pendirian tersebut dizahirkan ketika Perdana Menteri yang juga presiden parti berdepan
dengan pelbagai tekanan dan serangan politik khususnya daripada pihak
pembangkang.
“Ini menunjukkan pemimpin
UMNO di peringkat akar umbi masih mengutamakan perpaduan dalam parti dan tidak
terpengaruh dengan sentimen luaran,” ujarnya.
Ini kata beliau, secara
tidak langsung memberikan mesej jelas bahawa kepimpinan Najib sebagai Perdana
Menteri dan presiden parti masih lagi diperlukan.
Tambah Syed Ali lagi,
sokongan terbuka yang dibuat oleh pemimpin
UMNO di setiap negeri tidak bermakna segala pandangan dan teguran yang
dilontarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad diketepikan.
Kritikan dan pandangan
bekas Perdana Menetri itu kata beliau, diterima baik oleh pemimpin UMNO kearah
penambahbaikan parti dan pentadbiran kerajaan yang diterajui oleh Najib.
“Dengan kata lain, tiada
istilah kita menentang Dr. Mahathir apabila beliau menegur pentadbiran Najib,
kita terima teguran dan pandangan tersebut dengan positif,” jelasnya.
“Walaupun ada yang mendakwa
kritikan keras Dr. Mahathir itu bertujuan supaya Najib meletakkan jawatan,
tetapi bekas Perdana Menteri tidak pernah memaksa Najib berbuat demikian.
Sebaliknya jelas beliau,
teguran Dr. Mahathir itu telah diberikan perspekstif negatif oleh pihak berkepentingan
kononnya bekas Perdana Menteri itu mahu Najib melepaskan jawatan.
Jangan terjebak dengan isu yang sengaja diputarbelitkan pihak
oportunis, berkepentingan
“Ini semua tafsiran liar
pihak berkepentingan untuk merosakkan hubungan sesama pemimpin UMNO dan mahu
melihat parti itu hancur,” tegasnya.
Beliau mengingatkan,
adalah tidak wajar bagi mana-mana pemimpin UMNO cuba ‘menangguk di air keruh’ memburukkan lagi keadaan dengan turut
membuat desakan supaya Najib menjawab segala kritikan Dr. Mahathir.
“Pada pandangan saya,
kemelut hubungan Najib dengan Dr. Mahathir sepatutnya dijernihkan, bukan
dikusutkan dengan desakan-desakan yang boleh memburukkan lagi keadaan,”
tegasnya.
Beliau tidak menolak kemugkinan
ada sesetengah pihak mengambil kesempatan tersebut untuk menonjolkan diri supaya
dilihat popular dengan turut membuat kenyataan yang boleh mecalarkan reputasi
Najib selaku Perdana Menteri.
Sambil melahirkan sokongan
padu kepada Najib dan menghormati Tun Dr. Mahathir, Syed Ali berkata dalam situasi
politik masa kini sepatutnya barisan kepimpinan UMNO memantapkan lagi semangat
ukhwah dan perpaduan.
“Kita berdiri teguh
dibelakang kepimpinan Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri dan dalam
masa yang sama kita tetap menyanjungi Tun Dr. Mahathir sebagai negarawan,”
tegasnya lagi.
Beliau mengingatkan, musuh
sebenar UMNO ialah tentangan daripada gabungan parti-parti pembangkang dan
bukannya bertelagah sesama sendiri atas isu-isu yang dilihat bersangkut dengan
kepentingan peribadi.
“Keutamaan kita ialah memperkasaklan
perjuangan UMNO dan mengekalkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu, bukannya terjebak
dan terheret dengan isu-isu yang sengaja diputarbelitkan oleh pihak oportunis
dan berkepentingan,” katanya.
Tambah beliau, pihak
pembangkang sememangnya berusaha dengan pelbagai cara serta strategi untuk menghancurkan
kekuatan UMNO dari dalam.
Pembangkang kata beliau,
meniupkan sentimen kebencian malampau terhadap pemimpin UMNO terutanma Perdana
Menteri dengan pelbagai tohmohan dan tuduhan tidak berasas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan