KUALA LUMPUR, 9 Mac :
“Tolong tengok kelemahan parti sendiri dan jangan jadi bodoh gesa Datuk Seri
Najib Tun Razak letak jawatan Menteri Kewangan,” itulah peringatan yang
diberikan Ketua UMNO Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee kepada Naib Presiden
PAS, Datuk Husam Musa.
Peringatan Syed Ali
itu sebagai respon tindakan Naib Presiden PAS sepertimana dilapor oleh portal
berita malaysiakini dan themalaysiainsider membuat laporan polis berkenaan
1MDB. Dalam laporan tersebut Husam Musa menggesa Najib melepaskan jawatan
Menteri Kewangan agar proses siasatan berjalan lancar.
Kata Syed Ali, UMNO
mempunyai kaedah dalam menyelesaikan segala masalahnya dan tidak perlu sebarang
campurtangan PAS yang sedang berhadapan dengan krisis dalamannya menunjuk ajar
parti ini. Kini PAS adalah parti yang dianggap lemah dan sudah ditolak oleh
rakyat gara-gara pimpinan parti itu tidak mempunyai visi perjuangan yang jelas
dan sering tidak sehaluan dengan komponen parti Pakatan Rakyat, DAP dan PKR.
Menurut Syed Ali,
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan sudah memberikan jaminan semasa perjumpaan
bersama Ketua-Ketua Bahagian UMNO semalam bahawa Putrajaya tidak akan
melindungi mana-mana pihak terbabit dalam penyelewengan dan kemelut 1Malaysia
Development Berhad (1MDB).
Sebelum ini, 1MDB
sudah melalui audit forensik oleh firma perakaunannya Deloitte turut
mengesahkan bahawa syarikat berkenaan bebas daripada penipuan dan salahguna
kuasa. Putrajaya juga sudah mengarahkan Ketua Audit Negara mengaudit akaun 1MDB
bagi mempastikan tidak wujud sebarang penyelewengan dalam urusniaga syarikat
berkenaan.
Selepas Ketua Audit
membuat siasatan, laporan akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira–Kira Wang
Negara (PAC) pula. Semuanya dilakukan kerana kerajaan mengamalkan sikap telus
dan mahu membuktikan kepada rakyat tiada sebarang unsur penyelewengan dalam
syarikat terbabit.
“Saya berasa pelik kenapa
pemimpin PAS tidak sudah–sudah berasa busuk hati dan dengki dengan pemimpin
UMNO ini? Kerajaan sudahpun menjelaskan akan menyiasat akaun 1MDB kenapa pula
pemimpin PAS umpama cacing kepanasan yang membuat laporan polis dan
menasihatkan Najib meletakkan jawatan Menteri Kewangan?
“Apakah pemimpin PAS tak
ada kerja lain selain mencari salah UMNO? Sepatutnya PAS selesaikan masalah
dalaman parti itu yang membabitkan Presidennya dari mencampuri urusan UMNO.
Semua orang tahu wujud perpecahan dalaman kronik dalam PAS yang membabitkan
Timbalan dan Ketua Penerangan PAS Pusat didakwa mahu menjatuhkan Presiden parti
itu,” katanya.
Syed Ali tidak
menolak kemungkinan tindakan Husam Musa membuat laporan polis berkenaan 1MDB
kerana mahu mengalihkan kemelut dalaman parti itu menghadapi proses pemilihan
pada tahun ini. Tindakan Husam Musa itu jelas menunjukkan PAS kian tersepit
sehingga terpaksa menggunakan isu 1MDB untuk mengutip pengaruh.
“Bagi saya PAS sudah
hilang hala tuju selepas hubungan parti itu yang retak dengan DAP pasal hudud
dan retak menanti belah dengan PKR yang memberikan tumpuan pada kes Anwar. Itu
sebabnya PAS terpaksa mempergunakan isu 1MDB untuk menarik semula keyakinan rakyat
kepada parti itu.
“Di sini saya nak
tegaskan kepada Husam bahawa pimpinan UMNO tidak akan sesekali tunduk dengan
sebarang tekanan dan desakan dari PAS itu. Malah Datuk Seri Najib tidak akan
meletakkan jawatan sebagai Menteri Kewangan semata-mata desakan pemimpin PAS yang
sudah muflis idea seperti Husam,” katanya.

BalasPadamKPD HUSAM MUSA.....
BAIK KAU PELUK CIUM DAP, DARI MEMEKAK KAT UMNO.
pas hanyalah alat dan perkakas dap.. aka anjing dan barua dap
BalasPadam