Halaman

Selasa, 10 Mac 2015

Pakatan Rakyat gabungan haprak - Syed Ali


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mendakwa Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya Pakatan Rakyat (PR) sebagai haprak kerana berterusan mengekspolaitasikan isu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka putarbelitkan keputusan mahkamah, kononnya Anwar dizalimi, tetapi hakikatnya Ketua Pembangkang itu bersalah kerana didakwa meliwat," tegasnya.

Beliau mengingatkan penyokong PKR supaya sedar bahawa Anwar bukan 'Dewa' yang perlu dipuja atau disanjung.

Menurut beliau, PR merupakan gabungan parti-parti haprak yang tidak ada modal dan arah tuju untuk membela nasib rakyat.

"Apabila haprak dan tidak ada kualiti, mereka hanya tahu buat fitnah dan menghasut rakyat," ujarnya.

Sejarah pembentukkan gabungan PR kata beliau, tidak pernah memberi sebarang manfaat kepada rakyat sebaliknya hanya menganjurkan kepada perpecahan.

"Dulu mereka hasut rakyat supaya turun di jalanan kononnya PRU dan SPR tidak telus, sekarang buat lagi kerja bodoh kata Anwar tidak bersalah," ujarnya.

Tambah beliau lagi, PR sengaja mencetuskan ketegangan bagi menggugat ketenteraman dan kestabilan negara menerusi perhimpunan haram.

Tindakan itu katanya, jelas bercanggah dengan prinsip dan amalan demokrasi. 

"PR adalah gabungan haprak yang tidak ada matlamat membela nasib rakyat, hanya lakukan gerakan politik jalanan untuk kepentingan individu tertentu," katanya.

Golongan ini dakwa Syed Ali, sanggup menghalalkan cara asalkan impian mereka menjadi kenyataan biarpun pada hakikatnya membebankan rakyat.

Katanya lagi, modus operandi PR ialah menyerang kerajaan Barisan Nasional (BN) dan menanam persespsi negatif terhadap sistem kehakiman di negara ini.

"Oleh sebab itu katanya, pembangkang sengaja mengadakan perhimpunan haram #Kita Lawan di Kuala Lumpur baru-baru ini bagi menunjukkan Anwar tidak bersalah daripada pertuduhan meliwat," katanya.

Beliau berpendapat, perhimpunan itu ternyata mempertikai dan mencabar keputusan yang telah dibuat oleh mahkamah.

Tindakan tersebut jelas beliau merupakan satu penghinaan terhadap mahkamah dan sistem perundangan di negara ini.

Dalam hal ini tegas Syed Ali, kerajaan perlu bertindak balas seperti membuat laporan polis terhadap penganjur perhimpunan haram tersebut.

"Negara kita ada peraturan, saya harap mereka ini diajar menerusi penguatkuasaan undang-undang yang tegas.

UMNO juga katanya, wajar melawan balik gerakan #Kita Lawan yang dianjurkan pembangkang.

"Kalau mereka yang haprak itu (pembangkang) boleh buat, ,mengapa kita tidak boleh lakukan perkara yang sama tetapi bersandarkan kepada peraturan sedia ada," tegasnya.

Cercaan dan penghinaan secara halus terhadap kemuliaan Parlimen, Yang Di-Pertuan Agong

"Kita ada jutaan ahli-ahli UMNO termasuk komponen BN, mengapa kita biarkan mereka (pembangkang) mengganas sehingga menyusahkan rakyat.

Tambah beliau, UMNO dan komponen BN perlu berpadu tenaga untuk mematahkan kebangkitan pembangkang.

"Kita perlu respon dan mengambil tindakan segera kerana PR akan lakukan apa sahaja termasuk melanggar undang-undang menerusi politik jalanan untuk membersihkan Anwar kononnya tidak pernah bersalah," tambahnya.

Ujar Syed Ali lagi, pembangkang juga turut melanjutkan protes mereka di Parlimen dengan memakai pakaian serba hitam.

"Walaupun tidak dilarang berpakaian sedemikian, tetapi cara mereka bercanggah dengan amalan sebelum ini terutama pada waktu perasmian sidang Dewan Rakyat oleh Yang Di-Pertuan Agong," katanya.



"Cara itu (berpakain hitam) sepatutnya tidak dibolehkan pada waktu perasmian persidangan dewan, ini satu cercaan dan penghinaan secara halus terhadap kemuliaan Parlimen dan Yang Di-Pertuan Agong," tegasnya.

Beliau juga turut menyelar Menteri Besar Selangor, Azmin Ali yang mengambil keputusan mengejut membatalkan MOU berkaitan bekalan air bersih dengan kerajaan pusat.

"Saya nampak ini semua permainan jahat Anwar, Azmin mungkin mendapat arahan supaya batalkan perjanjian itu tanpa sebarang sebab," katanya.

Tindakan Azmin itu menyusahkan rakyat Selangor dan ini merupakan satu kezaliman yang tidak boleh dimaafkan.

"Azmin telah melakukan satu tindakan tidak bertanggungjawab hanya kerana ingin memuaskan nafsu politik Anwar," katanya.

"Itu baru jadi MB (Menteri Beasar), kalau mereka jadi Perdana Menteri, saya rasa negara kita akan lingkup dan rakyat hidup melarat.

Beliau menyifatkan tindak-tanduk Menteri Besar Selangor itu seperti kadok naik junjung.

"Inilah perangai pemimpin PKR dan gabungan haprak yang hanya pentingkan agenda politik mereka tanpa peduli nasib rakyat," ujarnya lagi. 


1 ulasan:

  1. Pakatan pembangkang memang haprak,memecah belahkan perpaduan kaum dinegara ini, langsung tidak membela Rakyat. Hanya Rakyat yang Haprak saja yang buat perangai gila Babi berhimpun menyokong kaki Liwat Negara.

    BalasPadam