DATUK
Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, pemimpin UMNO tahu menjaga
parti itu sendiri dan tidak ada sebab mengapa ‘orang luar’ sibuk membuat persepsi dan andaian berniat jahat.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu berkata, kajian dan pandangan orang
luar hanya berkisar kepada UMNO dan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri
Najib Tun Razak.
“Kita tahu urus parti kita
sendiri, kita tidak perlu pandangan, kajian dan campur tangan termasuk daripada yang bergelar profesor atau mereka yang kononnya tokoh akademik niatnya hanya untuk
merosakkan UMNO,” tegasnya.
“UMNO sudah hampir 70
tahun usianya, kita telah berjaya membina kekuatannya walaupun sering diganggu-gugat
oleh musuh-musuh politik.
Beliau turut menyelar portal berita tertentu yang sengaja
melaga-lagakan sesama pemimpin UMNO dan dalam masa yang sama menyerang Najib.
“Saya tahu ada portal berita
berniat jahat, suka buat andaian dan persepsi buruk untuk memecabelahkan UMNO,” katanya.
Portal berita berkenaan kata
beliau, sengaja memberi ruang kepada pihak tertentu melancarkan propaganda
memburukkan UMNO termasuk membuat kajian meragukan.
Syed Ali berkata, tindakan
pihak tertentu kononnya berdasakan kajian mendapati UMNO dan geraf kepimpinan Najib
telah merundun sebagai tidak berasas dan mempunyai agenda politik.
“Golongan ini dengan
bantuan portal berita tertentu sengaja menanam persepsi buruk terhadap parti
dan kerjaaan,” ujarnya.
Syed Ali mempersoalkan
kenapa kajian itu tidak juga dibuat terhadap parti pembangkang dalam Pakatan Rakyat
(PR) yang sedang bercakaran sesama sendiri.
Beliau menyebut bagaimana pihak
tertentu telah memutarbelitkan perjumpaan Ketua-Ketua UMNO Bahagian seluruh
negeri dengan Perdana Menteri pada 8 Mac ini dengan mendakwa bagi menyelamatkan kedudukan
Najib.
“Itu semua tohmohan liar,
tidak bertanggungjawab dan sengaja dibuat untuk memecahbelahkan UMNO,” tegasnya
lagi.
Beliau menjelaskan,
perjumpaan kepimpinan UMNO peringkat bahagian dengan presiden parti merupakan
perkara biasa dan diadakan dua kali dalam setahun.
"Kalau tak tahu hujung pangkal, tak payah nak buat andaian jahat, ini semua kerja mengarut mereka yang memihak kepada pembangkang," tegasnya.
Tambah beliau, perjumpaan
tersebut hanya membabitkan mereka yang memegang jawatan Ketua Bahagian tidak
termasuk menteri atau timbalan menteri.
Tetapi katanya, jika menteri
atau timbalan menteri secara kebetulan menyandang jawatan Ketua Bahagian mereka
juga akan hadir.
“Mengapa pertemuan itu sengaja diputarbelit dengan pelbagai andaian dan sangkaan buruk sedangkan ianya perkara
biasa dalam UMNO,” tegasnya.
Beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak kononnya
perjumpaan itu terpaksa diadakan bagi menunjukkan kepada umum bahawa Najib masih
mendapat sokongan padu dari kalangan pemimpin UMNO.
“Perkara itu tidak berbangkit
kerana pemimpin UMNO di semua peringkat tetap menyokong kepimpinan Najib selaku
presiden parti dan Perdana Menteri,” tegasnya.
Sehubungan itu, Syed Ali
mengingatkan mereka yang tiada kaitan dengan UMNO supaya tidak perlu ‘menyibuk’
dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.
“Saya berharap rakyat
tidak terpedaya dengan serangan provokasi, persepsi jahat dan tuduhan liar
pihak berkenaan,” katanya.
Beliau menjelaskan, sudah
menjadi perkara biasa bagi patu-parti pembangkang untuk mengada-ngadakan cerita
karut terhadap UMNO.
Tambah beliau, perbuatan
fitnah dan menjaja cerita palsu serta andaian merupakan amalan rutin dalam
agenda politik pembangkang di negara ini.
“Mereka ini tidak memberi
apa-apa sumbangan yang boleh dimanfaat oleh rakyat, hanya tahu memburukkan UMNO
dan mencari jalan untuk melemahkan Najib menerusi portal berita yang berkepentingan,”
tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan