Halaman

Isnin, 23 Mac 2015

Hudud : Syed Ali ingatkan PAS jangan main tarik tali dengan DAP

PAS tidak perlu bermain tarik tali dengan DAP bersabit hukum hudud dan parti itu sewajarnya mengambil langkah berani meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

“Sejak usul hukum hudud diluluskan, DAP menyerang PAS habis-habisan tetapi malangnya PAS dilihat seperti teragak-agak untuk bertindak balas,” katanya.

Menurut beliau, DAP secara terbuka menyifatkan PAS sebagai pengkhianat kepada permuafakatan PR kerana meluluskan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.

"Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hanya menzahirkan rasa kesal dan marah dengan tuduhan tersebut, tetapi masih juga teragak-agak untuk berpisah dengan DAP," tegasnya.

Lagipun kata beliau, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Abdullah juga telah menegaskan PAS ‘boleh hidup’ tanpa PKR dan DAP.

“Berdasarkan itu, saya minta PAS jangan main tarik talik dengan DAP, jangan nanti rakyat khususnya umat Islam akan tuduh parti itu sekadar bersandiwara,” tegasnya.

Katanya, PAS perlu membuktikan bahawa mereka tidak takut kepada ancaman DAP dan PKR.

PAS juga ujar beliau, tidak perlu berasa gusar kerana orang Melayu khususnyua UMNO akan menyokong pelaksanaan hukum hudud.

“Kita (UMNO) telah buktikan di DUN Kelantan baru-baru ini, semua wakil rakyat BN menyokong usul yang dibawa oleh PAS,” ujar beliau.

Oleh sebab itu katanya, PAS tidak perlu menungu terlalu lama untuk membuat keputusan meninggalkan PR jika benar PAS  berjuang di jalan Allah.

“UMNO telah membuktikan bahawa dalam soal syariat Islam, parti itu telah memberikan sokongan kepada PAS menjayakan hukum hudud tanpa mengambilkira sentimen politik,” katanya.

Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan menjelaskan, isu perbalahan PAS dengan sekutunya, PKR dan DAP sudah berlarutan sekian lama bersabit cadangan pelaksanaan hukum hudud.

Malah katanya, DAP secara terbuka telah menyatakan penentangannya terhadap PAS jika cuba menguatkuasakan undang-undang berdasarkan syariat Islam.

“PAS sepatutnya lebih bermaruah menyahut serangan DAP dengan mengambil tindakan berani meninggalkan PR,” katanya.


Dalam perkembangan berkaitan, Syed Ali tidak menafikan sokongan UMNO terhadap PAS dalam soal hudud boleh dijadikan perintis kearah kerjasama politik yang lebih menyeluruh.

Katanya, walaupun mungkin terlalu awal untuk membentuk kerjasama antara PAS-UMNO tetapi usaha sedemikian boleh dilakukan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.


“Saya pernah tegaskan sebelum ini, PAS-UMNO sepatutnya sudah boleh menjalinkan kerjasama berdasarkan kepada senario politik masa kini,” ujarnya.

1 ulasan:

  1. TUAN SYED! JANGAN LUPA BAHAWA BERAPA KALI PAS DAN BUAT U-TURUN SEBELUM NI DALAM BANYAK ISU.......SAYA KHUATIR PRESIDEN PAS DAN MULA NAMPAK "U-TURN" KITA PERHATIKAN...APA AKAN TERJADI. MAHU PAS BERPISAH DENGAN "TAMAN SEBANTAL" MEREKA WALAUPUN "MIMPI" LAIN....UUUUUU TURUN PUNYA....KALAU SILAP HARI BULOAN. SI MAT SABUN SENYAP SUNYI DAN MENYEPI JE! KHALID SAMAD, MELALAK SANA DAN SINI. SAMA-SAMA KITA "WATCH AND SEE"...

    BalasPadam