PAS tidak perlu bermain
tarik tali dengan DAP bersabit hukum hudud dan parti itu sewajarnya mengambil
langkah berani meninggalkan Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
“Sejak usul hukum hudud
diluluskan, DAP menyerang PAS habis-habisan tetapi malangnya PAS dilihat
seperti teragak-agak untuk bertindak balas,” katanya.
Menurut beliau, DAP secara
terbuka menyifatkan PAS sebagai pengkhianat kepada permuafakatan PR kerana
meluluskan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
"Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang hanya menzahirkan rasa kesal dan marah dengan tuduhan tersebut, tetapi masih juga teragak-agak untuk berpisah dengan DAP," tegasnya.
Lagipun kata beliau,
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Amar Abdullah juga telah menegaskan
PAS ‘boleh hidup’ tanpa PKR dan DAP.
“Berdasarkan itu, saya
minta PAS jangan main tarik talik dengan DAP, jangan nanti rakyat khususnya
umat Islam akan tuduh parti itu sekadar bersandiwara,” tegasnya.
Katanya, PAS perlu membuktikan
bahawa mereka tidak takut kepada ancaman DAP dan PKR.
PAS juga ujar beliau,
tidak perlu berasa gusar kerana orang Melayu khususnyua UMNO akan menyokong
pelaksanaan hukum hudud.
“Kita (UMNO) telah
buktikan di DUN Kelantan baru-baru ini, semua wakil rakyat BN menyokong usul yang dibawa oleh
PAS,” ujar beliau.
Oleh sebab itu katanya,
PAS tidak perlu menungu terlalu lama untuk membuat keputusan meninggalkan PR
jika benar PAS berjuang di jalan Allah.
“UMNO telah membuktikan
bahawa dalam soal syariat Islam, parti itu telah memberikan sokongan kepada PAS
menjayakan hukum hudud tanpa mengambilkira sentimen politik,” katanya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan menjelaskan, isu
perbalahan PAS dengan sekutunya, PKR dan DAP sudah berlarutan sekian lama bersabit
cadangan pelaksanaan hukum hudud.
Malah katanya, DAP secara
terbuka telah menyatakan penentangannya terhadap PAS jika cuba menguatkuasakan
undang-undang berdasarkan syariat Islam.
“PAS sepatutnya lebih bermaruah
menyahut serangan DAP dengan mengambil tindakan berani meninggalkan PR,”
katanya.
Dalam perkembangan berkaitan,
Syed Ali tidak menafikan sokongan UMNO terhadap PAS dalam soal hudud boleh
dijadikan perintis kearah kerjasama politik yang lebih menyeluruh.
Katanya, walaupun mungkin terlalu
awal untuk membentuk kerjasama antara PAS-UMNO tetapi usaha sedemikian boleh dilakukan
demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.
“Saya pernah tegaskan sebelum
ini, PAS-UMNO sepatutnya sudah boleh menjalinkan kerjasama berdasarkan kepada
senario politik masa kini,” ujarnya.


TUAN SYED! JANGAN LUPA BAHAWA BERAPA KALI PAS DAN BUAT U-TURUN SEBELUM NI DALAM BANYAK ISU.......SAYA KHUATIR PRESIDEN PAS DAN MULA NAMPAK "U-TURN" KITA PERHATIKAN...APA AKAN TERJADI. MAHU PAS BERPISAH DENGAN "TAMAN SEBANTAL" MEREKA WALAUPUN "MIMPI" LAIN....UUUUUU TURUN PUNYA....KALAU SILAP HARI BULOAN. SI MAT SABUN SENYAP SUNYI DAN MENYEPI JE! KHALID SAMAD, MELALAK SANA DAN SINI. SAMA-SAMA KITA "WATCH AND SEE"...
BalasPadam