KUALA LUMPUR, 2 FEBRUARI : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk
Seri Syed Ali Alhabshee dalam nada tegas menyokong penuh kenyataan Menteri
Pertanian Dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Ahmad Sabri Yaakob dalam facebooknya
pada Ahad yang mengajak orang Melayu memboikot peniaga Cina degil dan tidak
mahu menurunkan harga barangan walaupun harga minyak sudah turun.
Syed Ali turut sependapat dengan Ismail Sabri agar orang
Melayu menggunakan kuasa beli mereka memboikot dan jangan menyokong restoran-restoran
yang diragui status halalnya yang berlambak di negara ini. Beliau percaya hanya
tindakan memboikot ini sahaja mampu memberikan kesedaran kepada peniaga dan
pembekal yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan semasa harga minyak
turun.
Bagi Syed Ali apa yang dinyatakan oleh Ismail Sabri bukan
bersifat perkauman malah mahu memberi kesedaran kepada pembekal, pemborong dan
orang tengah agar jangan sesuka hati menaikkan harga barangan dan jangan cuba
menekan rakyat dalam keadaan harga minyak menunjukkan trend penurunan.
“Saya menyelar mana-mana pihak yang mendakwa kenyataan Ahli
Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri yang mengajak rakyat memboikot
peniaga menaikkan harga barangan dan restoran yang diragui status halalnya
sebagai bersifat perkauman.Sebaliknya ini dilakukan bagi memberi kesedaran
kepada golongan minoriti ini agar jangan sesekali memperkecilkan kuasa beli
orang Melayu.
“Baik pembekal,
pemborong, orang tengah dan peniaga kena faham bahawa selama ini orang
Melayulah yang banyak menyokong perniagaan mereka. Kalau majoriti orang Melayu
memboikot produk mereka sudah tentu ada syarikat atau peniaga ini akan gulung
tikar. UMNO Bahagian Cheras tidak akan teragak-agak untuk mengadakan kempen secara
besar-besaran kalau peniaga dan pembekal terus berdegil menaikkan harga
barangan,” kata Syed Ali.
Menurutnya, selepas kerajaan mengumumkan tentang penurunan
harga minyak maka pihak peniaga dan pemborong kena mengambil tanggungjawab
bersama meringankan bebanan rakyat. Jangan bertindak terus menaikkan harga
barangan walau rakyat sudah menunjukkan bantahan dalam facebook dan media
sosial terutamanya.
“Kalau peniaga dan pemborong terus berdegil menaikkan harga
barangan saya boleh menyifatkan mereka sengaja sabotaj sekaligus menanamkan rasa
kebencian rakyat kepada kerajaan. Selama ini sudah lama orang Melayu berdiam
diri dengan tindakan sesetengah peniaga tidak bertanggungjawab ini.
“UMNO Bahagian Cheras juga banyak menerima laporan dari
orang ramai tentang sikap sesetengah peniaga yang mula membayangkan kenaikan
harga barangan selepas berkuatkuasanya cukai barangan dan perkhidmatan (GST)
pada 1 April nanti. Perbuatan ini jelas tidak bertanggungjawab dan bermotif
jahat,” ujarnya.
Pada ketika yang sama Syed Ali turut mengingatkan Ketua Pemuda
MCA agar jangan menyalahkan Ismail Sabri tentang pemboikotan peniaga yang
menaikkan harga barangan dan status tanda halalnya kerana ini dilakukan atas
kepentingan rakyat semua kaum di negara ini. Ketegasan ini dilakukan bukan
untuk kepentingan orang Melayu semata-mata tetapi merangkumi kepentingan rakyat
semua kaum di negara ini. Kalau peniaga dan pembekal menaikkan harga barangan
bukan sahaja natijahnya dirasa oleh orang Melayu ini termasuk pengguna Cina,
India, Kadazan, Iban, Orang Asli dan lain-lain kaum di negara ini.
“Saya ingin menegaskan di sini isu pemboikotan ini tidak ada
kena mengena dengan isu perkauman sebaliknya mengajak peniaga bertolak ansur
dengan pengguna. Jika selama ini pengguna yang menyokong perniagaan kita dan
bila harga minyak turun maka peniaga kena bertolak ansur dengan pengguna
menurunkan harga barangan. Jangan sebelah pihak sahaja yang mahu untung dan
sebelah pihak lagi iaitu pengguna mengalami kerugian sikap peniaga dan pembekal
mahu mengejar untung semata-mata,” katanya.
Syed Ali menasihatkan Ketua Pemuda MCA agar jangan bertindak
seperti pemimpin DAP dalam mempertahankan sikap peniaga dan pembekal yang
sesuka hati menaikkan harga barangan. Ketua Pemuda MCA kena mengambil sikap
seperti kerajaan dalam memastikan rakyat semua kaum di negara ini diberikan
pembelaan yang sewajarnya.
“Dalam perkara ini sepatutnya Ketua Pemuda MCA
mengambil,tanggungjawab bersama-sama mengajak peniaga dan pembekal tidak
menyusahkan pengguna. Namun mereka bertindak sebaliknya menyokong peniaga dan
pembekal cekik darah pengguna,” tegas Syed Ali.
Syed Ali turut memberi amaran kepada DAP agar jangan
meniupkan sentimen perkauman di sebalik gesaan pemboikotan ini. PIhaknya tidak
menolak kemungkinan DAP akan mengambil kesempatan dari isu pemboikotan ini untuk
meraih perhatian dan sokongan rakyat.
“Tapi saya percaya kali ini rakyat tidak akan berdiam diri
dan akan menjadi pengguna yang bijak memboikot mana-mana peniaga dan pembekal
yang cuba mengambil keuntungan atas angin ini,” katanya.
Harga baru minyak pada 1 Februari RON95, RM1.70
seliter, RON97 RM 2 dan diesel RM 1.70.
Bagi mengekang kenaikan harga barangan ini, Syed Ali
menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan agar
membuat pemantauan dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana peniaga,
pemborong dan pembekal yang sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.
“Jangan beri muka kepada peniaga degil yang menyusahkan
rakyat,” katanya.

Berdiri teguh dan kita takan balik pembekal, perniaga yang Otak mereka cuma hendak untung, dan faham lah sendiri, siapa kah mereka, Ketua pemuda MCA, jgn jadi bodoh dan Ikut perangai Dapigs nanti lu pun sama jadi macam babi.
BalasPadamSaya mencadangkan agar org melayu menolak pemberian limau CNY untuk tahun ini..jangan sesekali kita terima dan minta limau dari mereka..limau yg diberi itu pun x ikhlas sbb ada yg rasa manis masam pahit dan busuk..itulah sikap dan hati mereka kpd org melayu..setiap kali CNY mereka memberi limau yg dh berapa lama disimpan dan kualitinya rendah..kita beri mereka makanan mewah bila kita sambut Hari Raya Aidilfitri..mulai skrg kita BOIKOT limau mereka..itu cara terbaik
BalasPadamMari kita boikot peniaga Cina yang ambik kesempatan dan cekik darah. Memang saya rasis. Ada masalah?
BalasPadamSOLIDARITI untuk Datuk Seri Ismail Sabri.
BalasPadamarjuna waspada
changkat lobak.
Melayu mamak bangsat yang tak mahu turunkan harga macam mana pula? Baru semalam tv3 siar pemborong melayu mamak cakap harga barang tak ada kaitan dengan bahan api tapi berkaitan dengan tukaran mata wang..
BalasPadam