Halaman

Khamis, 5 Februari 2015

Syed Ali kecam Tony Pua pertikai keputusan PM


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Ali Alhabshee berkata, Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengambil kesempatan menyemarakkan sentimen perkauman disebalik isu boikot peniaga Cina.

"Wakil Rakyat DAP itu cuba menangguk di air keruh, cuba tanamkan perasaan kebencian di kalangan kaum tertentu terhadap orang Melayu khususnya pemimpin UMNO," tegasnya.

Ini katanya, kerana Tony Pua secara terbuka mengecam dan memperlekehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelesaikan isu tersebut.

Tony Pua mempertikaikan penjelasan kabinet semalam berhubung kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sebelum ini mahu pengguna memboikot peniaga yang enggan menurunkan harga di pasaran.

Pejabat Perdana Menteri semalam dalam satu kenyataan menjelaskan kabinet bersetuju bahawa Ismail Sabri tidak bermaksud hanya kepada peniaga Cina tetapi dituju kepada semua peniaga.

Penjelasan tersebut telah menimbulkan kemarahan Tony Pua dan beliau menyifatkan Najib lebih suka kelihatan bodoh daripada melakukan usaha mengutuk dan mengecam Ismail Sabri.

Kenyataan biadab Tony Pua itu disiarkan menerusi portal berita DAP, Roketini.com hari ini (Khamis).

Tony Pua juga mendakwa pemimpin UMNO berbohong dalam isu tersebut.

Mengulas lanjut, Syed Ali berkata kenyataan Tony Pua itu terlalu angkuh dan sarat dengan rasa kebencian terhadap pemimpin UMNO.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu seperti tidak mahu mahu wujud tolenrasi antara kaum di negara ini.

"Wakil Rakyat DAP itu terlalu tebal dengan sikap rasis, tidak boleh terima penjelasan kabinet yang mengambil pendekatan secara rasional dalam isu berbangkit," tegasnya.

Beliau mempertahankan tindakan Najib dan menyifatkan Perdana Menteri telah membuat keputusan tepat demi kepentingan rakyat.

"Apakah bila Najib hentam dan kecam Ismail Sabri, maka isu kenaikan harga barang akan selesai,? soal beliau.

Sebaliknya kata Syed Ali, jika peniaga dan pemborong yang memonopoli perniagaan di negara ini jujur dan bertanggungjawab isu kenaikan harga barangan tidak berlaku.

"Kita kena jujur, secara purata perniagaan termasuk peruncitan dimonopoli oleh orang Cina, jadi mengapa mereka tak mahu turunkan harga sedangkan harga bahan api telah jatuh.

Tambah beliau lagi, ketika harga minyak naik mendadak mereka (peniaga) naikkan harga dengan alasan kos pengakutan dan bahan api.

Oleh sebab itu katanya, tidak adil untuk Tony Pua mengecam Perdana Menteri dan seolah-olah mahu Ismail Sabri disingkirkan daripada kabinet.

Menurutnya, Ismail Sabri membangkitkan perkara itu kerana prihatin terhadap masalah rakyat terutama golongan berpendapatan rendah berikutan kenaikan harga barang keperluan.

Syed Ali turut mempersoalkan sejauhmana peranan DAP untuk bersama rakyat menentang kenaikan harga barangan berikutan kejatuhan harga minyak.

"Kita tak tengok pun DAP kecam peniaga dan pemborong Cina yang sesuka hati naikkan harga, mengapa mereka diam ? soal beliau.

Ini katanya, bermakna DAP juga turut bersekongkol dengan peniaga dan pemborong Cina untuk menindas golongan berpendapatan rendah yang sebilangan besar adalah orang Melayu.

Sehubungan itu Syed Ali mendakwa desakkan pembangkang terutama DAP sebelum ini supaya Najib menyingkirkan Ismail Sabri daripada kabinet bermotifkan politik.

Beliau mengingatkan Tony Pua supaya lebih berhati-hati mengeluarkan kenyataan yang boleh membangkitkan kemarahan pihak lain.

Katanya, Tony Pua sepatutnya mengambil jalan tengah untuk melihat isu tersebut sebagai kepentingan bersama demi untuk manfaat rakyat pelbagai kaum.

Malangnya kata beliau, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu  pula bertindak seperti jaguh perkauman untuk membela peniaga Cina.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan