KUALA LUMPUR : Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk
Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO
Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
(JAWI) bertindak dan menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain
badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Syed Ali yang mempertahankan tindakan Rosmah
menegaskan, apa yang dilakukan oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan
apa yang dilakukan tiga gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis
K-Pop berkenaan.
“Saya menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor
memeluk pemain bandminton nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang
ibu kepada anaknya kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama
sekali tidak boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan
bintang K-Pop.
“Bagi sesiapa pernah mengikuti program Datin
Seri Rosmah termasuk program yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras sering
mendengar ucapan yang sering dilafazkan oleh beliau merupakan ‘ibu’ kepada 28
juta rakyat Malaysia. Beliau juga selalu menyebut , sebagai isteri Perdana
Menteri sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini .
Beliau juga sentiasa menekankan soal perpaduan dalam ucapannya dan sering
menasihatkan rakyat agar jangan berpecah belah.
“Bagi saya tidak salah bagi isteri Perdana
Menteri yang menganggap dirinya ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan
amat menghargai kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya
mengharumkan nama negara,” katanya.
Syed Ali yang turut melahirkan rasa kesal
tindakan bekas Naib Ketua Pemuda Wangsa Maju yang juga penulis blog yang mendakwa
JAWI gagal bertindak ke atas Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain
badminton negara.
Apa yang dilakukan oleh Datin Seri Rosmah Mansor
terhadap Lee Chong Wei atas kapasiti beliau sebagai isteri pemimpin nombor satu
negara. Ianya tidak lebih seperti kasih sayang yang dinampakkan oleh seorang ibu
kepada anaknya.
Malah Shahbudin dalam tulisannya, turut mencabar
JAWI memanggil dan mengeluarkan waran tangkap kepada isteri Perdana Menteri
itu. Shahbudin turut mengecam JAWI yang disifatkannya ingin ‘tumpang semangkuk’
dalam isu K-Pop kerana mahu menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka
terhadap perbuatan maksiat.
Kata Syed Ali, tidak usahlah mana-mana pihak
mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.
Tegasnya, dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai
prosedur dalam mengatur tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam
membanteras kejadian maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut
peraturan dan undang-undang sedia ada.
“Tak perlulah mana-mana pihak mempersoalkan
tanggungjawab JAWI dalam menangani isu K-Pop akan dilakukan dengan bijak dan
sudah tentu penuh berhemah,” katanya.
Pada masa yang sama, Syed Ali turut membidas
tindakan sesetengah pihak yang terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri
Perdana Menteri dengan penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki
Bollywood.
Beliau menyifatkan tindakan tersebut jelas tidak
bertanggungjawab dan menghina intsitusi Perdana Menteri. Beliau tidak menolak
kemungkinan ianya dilakukan sebagai helah untuk menutup isu pokok sedang
dibangkitkan sekarang ini iaitu isu berpelukan dengan artis K-Pop.

ya btul, mmg berbeza. Mama Rosmah peluk krn terharu sbb Chong Wei berjaya. Pelukan yg tiada nafsu. Pelukan yg bnr2 ikhlas dr hati seorang ibu kpd ank. Berbanding dgn pelukan penghibur K-Pop. Tapi ketahuilah pakcik YB pelukan yg bagaimanapun, ttp BERDOSA. walau apa juapun alasan yg dberi. kecuali darurat. Peluk Chong Wei darurat kah? Saya tak kisah YB dari parti mana, yg ptg YB beragama Islam, perlu dahulukan kepentingan agama daripada kepentingan parti. Selamat berkhidmat YB .
BalasPadamblog baru diujudkan kerana blog lama telah kena 'hacked' .. http://puchongmeranti.blogspot.com RT/sebarkan Please.. semoga murah rezeki !!
BalasPadam