Halaman

Isnin, 19 Januari 2015

Pembangkang perlu beretika, elak provokasi kaum & agama : Syed Ali


PEMIMPIN politik perlu lebih bertanggungjawab mengukuhkan hubungan rakyat pelbagai kaum dan agama bagi menjamin negara ini kekal aman, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau menegaskan,  Malaysia akan menjadi sebuah negara porak peranda jika perpaduan antara kaum diabaikan kerana masing-masing ingin menjaga kepentingan politik.

“Mengukuhkan idealogi politik berasaskan fahaman rasis dan sikap tidak peduli kepada kepentingan  rakyat pelbagai kaum tidak menjanjikan sebuah negara yang aman,” jelasnya.

Katanya, pemimpin politik sewajarnya mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan budaya, agama dan kaum untuk menjadikan negara lebih maju lagi produktif.

Tambah belau lagi, lazimnya pemimpin politik menjadi contoh kepimpinan yang sering diteladani oleh pengikut masing-masing.

Sehubungan itu tegas beliau, pemimpin politik terutama pihak pembangkang disaranakn supaya lebih beretika dan tidak memperalatkan sentimen kaum dan agama untuk mengekalkan populariti dan kuasa.

“Hari ini kita melihat ada pihak tertentu sengaja mencetuskan provokasi agama dan kaum bagi tujuan politik sehingga tercetus kesangsian dan perbalahan di kalangan rakyat negara ini.

Akibatnya kata beliau, hubungan baik sesama kaum yang  selama ini menjadin tonggak perpaduan dan pembangunan budaya bangsa mulai retak dan bergeseran.

“Wujud golongan pelampau yang berselindung disebalik kebebasan bersuara yang sengaja membangkitkan sentimen perkauman, mencetuskan ketegangan agama disamping propaganda fitnah memburukkan satu pihak lain,” tegasnya.

Beliau menyelar pihak pembangkang yang sejak akhir-akhir  ini sengaja mempolopori kegiatan politik jalanan dan penyebaran budaya fitnah menerusi media siber.

“Golongan ini menjadikan anak muda sebagai sasaran, memperlatkan sentimen agama dan kaum supaya wujud kebencian orang ramai terhadap kerajaan,” tegasnya.

Syed Ali mengingatkan, parti-parti pembangkang di negara ini perlu bersikap lebih matang dan berfikiran positif untuk bersama membangunkan negara.

“Walaupun mereka berada dipihak oposisi, tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin politik perlu lebih menjuruskan kepada kepentingan negara bangsa,” katanya.

Ujar beliau lagi, peranan dan tanggungjawab mengekalkan toleransi antara kaum di negara ini bukan sekadar menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah.

Beliau mengulas titah Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menzahirkan kebimbangan mengenai hubungan antara kaum dan agama dalam kalangan rakyat yang dilihat semakin rapuh.

Titah baginda, sikap toleransi dan hormat-menghormati antara kaum dan agama yang dipelopori sejak merdeka hingga kini seolah-olah tidak diutamakan.

‘‘Dengan izin Allah SWT, beta telah bersemayam di takhta selama 57 tahun. Walaupun pelbagai peristiwa beta saksi sepanjang pemerintahan, beta tidak pernah berasa begini bimbang dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin rapuh.

‘‘Jika rakyat cintakan keamanan dan kedamaian seperti beta, maka gunakanlah kebebasan dan hak bersama ini dengan berhemah,’’ titah Tuanku Abdul Halim dalam Istiadat Menyembah Tahniah dan Pengurniaan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-87 di Istana Anak Bukit di Alor Setar, semalam (Ahad).

1 ulasan: