PEMIMPIN politik perlu
lebih bertanggungjawab mengukuhkan hubungan rakyat pelbagai kaum dan agama bagi
menjamin negara ini kekal aman, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Beliau menegaskan, Malaysia akan menjadi sebuah
negara porak peranda jika perpaduan antara kaum diabaikan kerana masing-masing
ingin menjaga kepentingan politik.
“Mengukuhkan idealogi
politik berasaskan fahaman rasis dan sikap tidak peduli kepada kepentingan rakyat pelbagai kaum tidak menjanjikan sebuah
negara yang aman,” jelasnya.
Katanya, pemimpin politik
sewajarnya mendahulukan kepentingan rakyat tanpa mengira perbezaan budaya,
agama dan kaum untuk menjadikan negara lebih maju lagi produktif.
Tambah belau lagi, lazimnya
pemimpin politik menjadi contoh kepimpinan yang sering diteladani oleh pengikut
masing-masing.
Sehubungan itu tegas
beliau, pemimpin politik terutama pihak pembangkang disaranakn supaya lebih
beretika dan tidak memperalatkan sentimen kaum dan agama untuk mengekalkan populariti
dan kuasa.
“Hari ini kita melihat
ada pihak tertentu sengaja mencetuskan provokasi agama dan kaum bagi tujuan
politik sehingga tercetus kesangsian dan perbalahan di kalangan rakyat negara
ini.
Akibatnya kata beliau,
hubungan baik sesama kaum yang selama ini
menjadin tonggak perpaduan dan pembangunan budaya bangsa mulai retak dan
bergeseran.
“Wujud golongan pelampau
yang berselindung disebalik kebebasan bersuara yang sengaja membangkitkan
sentimen perkauman, mencetuskan ketegangan agama disamping propaganda fitnah
memburukkan satu pihak lain,” tegasnya.
Beliau menyelar pihak
pembangkang yang sejak akhir-akhir ini
sengaja mempolopori kegiatan politik jalanan dan penyebaran budaya fitnah
menerusi media siber.
“Golongan ini menjadikan
anak muda sebagai sasaran, memperlatkan sentimen agama dan kaum supaya wujud
kebencian orang ramai terhadap kerajaan,” tegasnya.
Syed Ali mengingatkan,
parti-parti pembangkang di negara ini perlu bersikap lebih matang dan
berfikiran positif untuk bersama membangunkan negara.
“Walaupun mereka berada
dipihak oposisi, tetapi tanggungjawab sebagai pemimpin politik perlu lebih
menjuruskan kepada kepentingan negara bangsa,” katanya.
Ujar beliau lagi, peranan
dan tanggungjawab mengekalkan toleransi antara kaum di negara ini bukan sekadar
menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah.
Beliau mengulas titah
Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah yang menzahirkan kebimbangan
mengenai hubungan antara kaum dan agama dalam kalangan rakyat yang dilihat
semakin rapuh.
Titah baginda, sikap
toleransi dan hormat-menghormati antara kaum dan agama yang dipelopori sejak
merdeka hingga kini seolah-olah tidak diutamakan.
‘‘Dengan izin Allah SWT,
beta telah bersemayam di takhta selama 57 tahun. Walaupun pelbagai peristiwa
beta saksi sepanjang pemerintahan, beta tidak pernah berasa begini bimbang
dengan hubungan antara kaum dan agama yang semakin rapuh.
‘‘Jika rakyat cintakan
keamanan dan kedamaian seperti beta, maka gunakanlah kebebasan dan hak bersama
ini dengan berhemah,’’ titah Tuanku Abdul Halim dalam Istiadat Menyembah
Tahniah dan Pengurniaan Darjah serta Bintang Kebesaran sempena Hari Keputeraan
Sultan Kedah Ke-87 di Istana Anak Bukit di Alor Setar, semalam (Ahad).

Tukar hukum beretika ke dato
BalasPadam