Halaman

Jumaat, 30 Januari 2015

Najib rasmi sambutan ulang tahun ke-15 YPC, 12 Februari


DATUK Seri Mohd. Najib Tun Razak dijangka hadir merasmikan Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-15 Yayasan Pendidikan Cheras (YPC), 12 Februari ini.

Menurut Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, Perdana Menetri juga akan turut  meraikan warga pendidik yang menerima Anugerah Guru Bestari 2015.

Majlis yang bakal diadakan di Hotel Berjaya Times Square, Kuala Lumpur itu bermula pukul 8.30 malam akan turut dihadiri kira-kira 1,500 jemputan termasuk menteri-menteri kabinet, pemimpin masyarakat  guru sekitar Parlimen Cheras khusunya sekolah-sekolah angkat dibawah naungan YPC.

Beliau berkata, ulang tahun ke-15 YPC merupakan mercu tanda kegemilangan UMNO Bahagian Cheras memartabatkan pembangunan pendidikan di Cheras khususnya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur amnya menerusi yayasan berkenaan.

"Setelah melalui tempoh 15 tahun penubuhan YPC, kita telah melihat kejayaan yang amat membanggakan dalam usaha meningkatkanm tahap kecemerlangan pendidikan terutama membabitkan pelajar kurang berkemampuan," tegasnya.

Katanya, prestasi cemerlang yang ditunjukkan oleh sekolah-sekolah angkat menerusi pencapaian akademik dan kegiatan ko-kurikulum setiap tahun membuktikan YPC telah bergerak diatas landasan yang betul.

Menurut beliau, bermula dengan menjadikan sekolah-sekolah sekitar Parlimen Cheras sebagai sekolah angkat YPC telah menapak lebih mantap dalam pembangunan pendidikan setempat apabila berjaya menubuhkan kolej It-Web - YPC.

"Bermula daripada rumah kedai, kini kolej YPC berdiri gagah di Taman Maluri Cheras dengan kampus induknya yang serba moden dan canggih," katanya.

Tambah beliau, sambutan ulang tahun ke-15 penubuhan YPC juga sebagai manifestasi kejayaan semua pihak termasuk warga pendidik, ibu bapa dan komuniti setempat.

Sehubungan itu kata Syed Ali, penghargaan kepada warga pendidik menerusi Anugerah Guru Bestari sebagai pengharagaan YPC terhadap pengorbanan dan didikasi yang dilakukan oleh guru-guru selama ini.

"Anugerah Guru Bestari yang diadakan saban tahun sebagai tanda terima kasih YPC terhadap segala sumbangan dan pengorban para guru mendidik anak bangsa, " tegasnya.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Cheras menjelaskan, kehadiran Perdaan Menteri merasmikan sambutan ke-15 tahun YPC membuktikan kerajaan mengiktiraf peranan yang telah dimainkan oleh YPC.

"Bagi pihak warga YPC dan UMNO Bahagian Cheras, saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri yang sentiasa prihatin terhadap perkembangan YPC," katanya.

Untuk Anugerah Guru Bestari 2015 katanya,  45 orang telah terpilih menerima anugerah iaitu 37 orang penerima Anugerah Guru Bestari, 5 penerima anugerah Pembangunan Pendidikan, Anugerah Kepimpinjan (2) dan Anugerah Khas Pengerusi YPC (1).

Manakala 4 buah sekolah akan menerima Anugerah khas PIBG sebagai pengiktirafan peranan dan sumbangan warga pendidik dan PIBG dalam usaha menjana pembangunan modal insan.

1 ulasan:

  1. Guru ialah insan mulia yang mengajar dan mendidik tanpa mengira waktu, masa , tenaga serta wang ringgit. Mereka diibaratkan seperti lilin yang membakar diri demi memberikan didikan terbaik kepada pelajar-pelajar walau di mana jua tempat mereka bertugas. Tanpa usaha dan pengorbanan guru tidak mungkin pelajar mengecapi kejayaan yang cemerlang dan gemilang. Tahniah kepada Yayasan Pendidikan Cheras yang sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan para guru dengan mengadakan Majlis yang Gilang Gemilang ini.... SYABAS kepada Datuk Seri Syed Ali Alhabshee dan Keseluruhan Warga YPC yang terlibat menjayakan Majlis yang bakal dianjurkan ini.

    BalasPadam