DATUK Seri Syed Ali
Alhabshee mahu Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang
menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme
dikenakan tindakan sewajarya kerana perbuatann tersebut jelas mencerca institusi
agama Islam di negara ini.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu menegaskan, kerajaan tidak perlu bertolak ansur jika tuduhan Eric ‘mempromosikan
ekstremisme setiap Jumaat’ membawa
maksud kepada ‘Khutbah Jumaat’.
“Tuduhan Eric itu secara
tidak langsung mencampuri urusan agama Islam dan amat menghiris hati umat Islam
serta merupakan tuduhan berniat jahat,” tegasnya.
Sehubungan itu beliau
berkata kerajaan tidak perlu melayan permohonan maaf jika Eric berbuat demikian
setelah kenyataannya dikecam banyak pihak.
“Pihak berkuasa tidak
perlu berlembut jika Eric memohon maaf, ini jelas satu penghinaan, pencabulan
dan provokosi jahat untuk merosakkan nama baik umat dan kesucian agama Islam,” tegasnya
lagi.
Sebagai pengamal
undang-undang, Syed Ali menjelaskan Eric sepatutnya lebih sensitiviti terhadap
perasaan umat Islam di Malaysia.
Syed Ali turut mengutuk
Eric yang mendakwa ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipengarughi
oleh penyokong dan tentera siber pro-UMNO apabila mengeluarkan kenyataan di Twiter
bahawa beliau patut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.
“Kenapa salahkan polis jika
kamu secara terbuka menmbuat tuduhan jahat, cuba memberi gambaran seolah-olah
Islam menggalakkan keganasan,” katanya.
Beliau menambah, jika
tuduhan Eric itu membawa maksud kepada Khubah Jumaat maka memang patut dikenakan
tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.
“Jika Akta Keselamatan
Dalam Negeri (ISA) masih wujud, saya juga akan desak kerajaan supaya dakwa dan sumbat beliau dibawah akta berkenaan kerana perbuatannya terlau biadab,” tegasnya.
Dalam hal ini, beliau
memuji pihak polis kerana bertindak tegas dan ‘tidak membuang masa’ untuk
menangani perbuatan kurang ajar tersebut.
Khalid menyatakan semalam
bahawa polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung
kenyataan Eric dan kertas tersebut dibuka berdasarkan situasi yang dicetuskan
oleh Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu sendiri.
Justeru ujar Syed Ali,
kerajaan khususnya pihak berkuasa jangan berlembut jika Eric memohon maaf
secara terbuka kononnya menyesal di atas keterlanjurannya itu.
Orang Islam di Malaysia tidak pernah ganggu agama mereka
“Kita tidak mahu kerajaan
terima maaf, ini kerana rakyat sudah muak dengan mereka yang sengaja mencetuskan
ketegangan dalam masyarakat tetapi dibiar bebas hanya dengan perkataan maaf,”
katanya.
Beliau memberitahu sebelum
ini banyak kes yang menyaksikan bukan Islam sengaja melakukan provokasi
menghina dan mencerca kesucian agama Islam di negara ini.
“Saya hairan, orang Islam
tidak pernah menggangu ibadat mereka, tidak pernah mempertikaikannya dan tidak
pernah menghina agama mereka, tetapi mengapa mereka sangaja menyerang agama Islam,”
soal beliau lagi.
Dalam hal ini, beliau
tidak menolak kemungkinan ketidaketgasan pihak berkuasa menyebabkan orang bukan
Islam berani mencerca kesucian agama Islam.
“Perbuatan ini jika
dibiarkan boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyaerakat berbilang kaum
dan berlaku perbalahan antara penganut pelbagai agama,” katanya.
“Oleh sebab itu, dalam kes Eric ini beliau perlu dikenakan
tindakan un dang-undang sewajarnya supaya menjadi pengajaran kepada bukan Islam
bahawa kesucian agama Islam tidak boleh diperlekehkan,” tegasnya.
Mengulas desakan Dewan Pemuda
PAS yang mendesak Eric memohon maaf kepada seluruh umat Islam, Syed Ali menjelaskan
meminta maaf bukan jalan penyelesaian untuk menjamin perkara seumpama itu tidak
akan berulang.
“PAS boleh desak Eric mohon
maaf tetapi bagaimana pula dengan
perasaan umat Islam yang sudah terguris dan terhina dengan tuduhan tersebut,? soal beliau.

Sekedar maaf tak guna. Kita mahu si bangsat ini di terajang dalam penjara.Tak payah lama2. satu atau dua tahu mencukupi.
BalasPadamItulah undang 2 sejati.
Kalaulah sicina laknat tu seorang rakyat singapore dah lama jadi orang gila.
BalasPadam