Halaman

Selasa, 13 Januari 2015

“Jika ISA masih ada, saya juga akan desak kerajaan tangkap Eric dibawah akta tersebut,” – Syed Ali


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mahu Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen yang menuduh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan ekstremisme dikenakan tindakan sewajarya kerana perbuatann tersebut jelas mencerca institusi agama Islam di negara ini.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menegaskan, kerajaan tidak perlu bertolak ansur jika tuduhan Eric ‘mempromosikan ekstremisme setiap Jumaat’ membawa maksud  kepada ‘Khutbah Jumaat’.

“Tuduhan Eric itu secara tidak langsung mencampuri urusan agama Islam dan amat menghiris hati umat Islam serta merupakan tuduhan berniat jahat,” tegasnya.

Sehubungan itu beliau berkata kerajaan tidak perlu melayan permohonan maaf jika Eric berbuat demikian setelah kenyataannya dikecam banyak pihak.

“Pihak berkuasa tidak perlu berlembut jika Eric memohon maaf, ini jelas satu penghinaan, pencabulan dan provokosi jahat untuk merosakkan nama baik umat dan kesucian agama Islam,” tegasnya lagi.

Sebagai pengamal undang-undang, Syed Ali menjelaskan Eric sepatutnya lebih sensitiviti terhadap perasaan umat Islam di Malaysia.

Syed Ali turut mengutuk Eric yang mendakwa ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dipengarughi oleh penyokong dan tentera siber pro-UMNO apabila mengeluarkan kenyataan di Twiter bahawa beliau patut disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

“Kenapa salahkan polis jika kamu secara terbuka menmbuat tuduhan jahat, cuba memberi gambaran seolah-olah Islam menggalakkan keganasan,” katanya.

Beliau menambah, jika tuduhan Eric itu membawa maksud kepada Khubah Jumaat maka memang patut dikenakan tindakan di bawah Akta Hasutan 1948.

“Jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih wujud, saya juga akan desak kerajaan supaya dakwa dan sumbat beliau dibawah akta berkenaan kerana perbuatannya terlau biadab,” tegasnya.

Dalam hal ini, beliau memuji pihak polis kerana bertindak tegas dan ‘tidak membuang masa’ untuk menangani perbuatan kurang ajar tersebut.

Khalid menyatakan semalam bahawa polis telah membuka kertas siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung kenyataan Eric dan kertas tersebut dibuka berdasarkan situasi yang dicetuskan oleh Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty itu sendiri.

Justeru ujar Syed Ali, kerajaan khususnya pihak berkuasa jangan berlembut jika Eric memohon maaf secara terbuka kononnya menyesal di atas keterlanjurannya itu.

Orang Islam di Malaysia tidak pernah ganggu agama mereka

“Kita tidak mahu kerajaan terima maaf, ini kerana rakyat sudah muak dengan mereka yang sengaja mencetuskan ketegangan dalam masyarakat tetapi dibiar bebas hanya dengan perkataan maaf,” katanya.

Beliau memberitahu sebelum ini banyak kes yang menyaksikan bukan Islam sengaja melakukan provokasi menghina dan mencerca kesucian agama Islam di negara ini.

“Saya hairan, orang Islam tidak pernah menggangu ibadat mereka, tidak pernah mempertikaikannya dan tidak pernah menghina agama mereka, tetapi mengapa mereka sangaja menyerang agama Islam,” soal beliau lagi.

Dalam hal ini, beliau tidak menolak kemungkinan ketidaketgasan pihak berkuasa menyebabkan orang bukan Islam berani mencerca kesucian agama Islam.

“Perbuatan ini jika dibiarkan boleh mencetuskan ketidaktenteraman dalam masyaerakat berbilang kaum dan berlaku perbalahan antara penganut pelbagai agama,” katanya.

“Oleh sebab  itu, dalam kes Eric ini beliau perlu dikenakan tindakan un dang-undang sewajarnya supaya menjadi pengajaran kepada bukan Islam bahawa kesucian agama Islam tidak boleh diperlekehkan,” tegasnya.

Lagipun kata beliau, ‘cubaan mengganggu’ agama Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan sebagai agama rasmi  oleh bukan Islam merupakan pelanggaran undang-undang yang boleh disabitkan dengan kesalahan serius.

Mengulas desakan Dewan Pemuda PAS yang mendesak Eric memohon maaf kepada seluruh umat Islam, Syed Ali menjelaskan meminta maaf bukan jalan penyelesaian untuk menjamin perkara seumpama itu tidak akan  berulang.

“PAS boleh desak Eric mohon maaf tetapi bagaimana pula dengan  perasaan umat Islam yang sudah terguris dan terhina dengan tuduhan tersebut,? soal beliau.



2 ulasan:

  1. Sekedar maaf tak guna. Kita mahu si bangsat ini di terajang dalam penjara.Tak payah lama2. satu atau dua tahu mencukupi.
    Itulah undang 2 sejati.

    BalasPadam
  2. Kalaulah sicina laknat tu seorang rakyat singapore dah lama jadi orang gila.

    BalasPadam