Negara itu kata beliau, tidak perlu untuk menjadi juara dalam memperkatakan perihal undang-undang dan keselamatan Malaysia.
"Saya ingatkan kerajaan Kanada agar jangan cuba mencampuri urusan negara ini, tak payah nak buat kenyataan yang double-standand," tegasnya.
Beliau menyelar kenyataan Menteri Luar Kanada, John Baird bahawa negara berkenaan risau dengan keputusan kerajaan Malaysia mengekalkan Akta Hasutan serta menambahbaikkannya.
Beliau berkata, Baird tidak perlu risau kerana Malaysia bijak mengurus hal ehwal perundangan dan keselamatan negaranya sendiri.
"Perbetulkan dulu negara sendiri, jangan campuri urusan negara ini kerana kepentingan pihak tertentu," tegasnya.
Syed Ali mendakwa Kanada pernah suatu ketika dilihat menyokong politk songsang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Malah katanya, Kanada juga pernah melahirkan rasa simpati terhadap Anwar yang terbabit dalam kes liwat.
Berdasarkan itu katanya, tidak mustahil kenyataan Baird itu juga dipengaruhi oleh sentimen parti pembangkang.
Malaysia ujar Syed Ali lagi, sudah cukup berpengalaman menangani pelbagai isu berkaitan keselamatan.
Sebaliknya kata beliau, Kanada sepatutnya mengkritik kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang masih lagi mengekalkan Akta Patriot yang menahan pesalah tanpa bicara.
"Akta Patriot di AS menyamai akta ISA yang kita telah mansuhkan, mengapa Kanada tidak berani mengecam negara berkenaan," soal beliau.
AS kata beliau, mendakwa memperjuangkan hak asasi manusia tetapi Akta Patriot masih juga dikekaklkan.
"Mengapa Kanada tidak berani menegur AS, ini menunjukkan mereka berkepentingan.
Dalam masa yang sama katanya, Kanada juga masih mengekalkan undang-undang seperti Akta Patriot.
Katanya, jika Baird seorang pegawai diplamatik yang berwibawa sepatutnya turut mengkritik kerajaan Singapura yang masih mengekalkan ISA.
"Mengapa Malaysia yang menjadi sasaran Kanada ? ini menunjukkan negara berkenaan mengamalkan sikap 'double standard'.
Syed Ali menyifatkan Baird sebagai sengaja mencampuri urusan dalaman negara ini.
"Mungkin mereka ada agenda politik yag menjurus kepada kepentingan pembangkang," tegasnya.
Tambah Syed Ali lagi, kenyataan Baird itu memberi gambaran seolah-olah Kanada sengaja mensasarkan campur tangannya di negara Islam.
"Oleh sebab itu Kanada berdiam diri dalam isu kekejaman Israel di Palestin," tegasnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan