DATUK Seri Syed Ali Alhabshee berkata,
UMNO memerlukan barisan pemimpin berkualiti bagi menjamin kesinambungan
perjuangan politik orang Melayu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu menegaskan, senario masa kini memerlukan transformasi politik secara menyeluruh.
“UMNO perlu seiring dengan
perubahan masa demi survival orang Melayu dan umat Islam di negara ini,”
katanya.
Ini jelas beliau, UMNO
merupakan parti yang cukup sinonim dengan kehidupan orang Melayu sejak mula ditubuhkan
sehingga sekarang.
“Jika UMNO dikuasai oleh
mereka yang gila kuasa dan tidak boleh ditegur, lambat laun parti akan disisihkan
oleh orang Melayu,” tegasnya.
Beliau berkata, pemimpin
UMNO perlu menerima hakikat bahawa zaman sudah berubah dan pendekatannya juga
berbeza.
Lagipun kata beliau, rakyat
khususnya orang Melayu kini mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi.
Katanya, perubahan
sosia-budaya orang Melayu turut memberi kesan terhadap perkembangan politik
UMNO.
Orang Melayu tegas beliau,
tidak lagi menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik secara ‘suka-suka’.
“Mereka (orang Melayu) sudah
celik, mereka mampu melihat sejauhmana parti itu berkesan dan diyakini boleh
membela nasib mereka,” tegasnya.
Bagaimanapun beliau tidak
menafikan orang Melayu juga mudah tergoda dengan hasutan fitnah dan politik provokasi.
“Mereka yang terperangkap
dengan dakyah dan propaganda ini cenderung memihak kepada pembangkang,” ujarnya.
Dalam hal ini kata Syed
Ali, UMNO masih bertuah kerana sebilangan besar orang Melayu tetap yakin dan
percaya kepada UMNO.
Menurut beliau, walaupun
ada penurunan undi orang Melayu terhadap UMNO pada PRU ke-13 tetapi masih lagi
boleh diperbaiki.
“Ini menunjukkan UMNO
tetap kekal relevan, masih sebati dengan kehidupan orang Melayu,’ Katanya.
Tambah beliau, generasi baru
UMNO termasuk golongan muda semakin berilmu dan cukup matang membuat penilaian
serta perbandingan.
Menurut beliau lagi,
pemimpin berkualiti adalah pemimpin yang mengutamakan kepentingan rakyat, sedia
ditegur dan tidak gila kuasa.
“Sikap gila kuasa dan tidak
boleh ditegur akan mengakibatkan berlaku kecelaruan politik dan perpecaan di kalangan
ahli,” tegasnya.
Menurut beliau, pemimpin
yang baik adalah mereka yang sedia dikritik dan boleh menerima teguran.
Lagipun orang Melayu jelas
beliau, masih tebal dengan adat resam dan tetap berpegang kepada ajaran Islam.
“Oleh sebab itu, ada orang
Melayu mudah berkecil hati jika pemimpin berperangai sombong dan tidak
ikhlas, ini memberi kesan tidak baik kepada parti,” tegasnya.
“Apabila ada orang Melayu
berkecil hati terhadap pemimpin UMNO, maka akan berlaku penolakan terhadap
parti sepertimana berlaku pada PRU yang lalu.
Beliau mengingatkan,
setiap pemimpin perlu bersikap terbuka dan sentiasa berpegang kepada keyakinan
bahawa kuasa tidak kekal selama-lamanya.
Sehubungan itu katanya, pemimpin yang sepatutnya berundur seeloknya memberi laluan kepada
barisan pelapis untuk meneruskan perjuangan parti.
Katanya, adunan generasi
baru dan orang lama akan menjadikan UMNO bertambah kuat.
“Tidak perlu tamak kepada kuasa dan jawatan, UMNO memerlukan sokongan keseluruhan ahli-ahlinya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan