Halaman

Ahad, 23 November 2014

"Teresa Kok jadi batu api, cuba lagakan saya dengan Dr. Mahathir ' - Syed Ali



DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menyangkal dakwaan Naib Presiden DAP, Teresa Kok kononnya UMNO takut isu IMDB dibahaskan oleh para perwakilan pada perhimpunan agung parti itu minggu depan.

"Kenapa UMNO perlu takut ?, malah setiap ahli parti termasuk bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohamad boleh bercakap mengenai IMDB, kita bersikap terbuka," tegas beliau.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, kedudukan IMDB sudah pun diperjelaskan oleh kerajaan di Parlimen dan tidak ada lagi keperluan mengapa isu tersebut  untuk diperbahaskan.

"Saya cuma menentang sekeras-kerasnya tindakan Teresa Kok cuba mencampuri urusan UMNO, apa hak beliau untuk mendesak perwakilan UMNO membahaskan isu tersebut," ujarnya.

"Dia tak faham agaknya, saya kata mengapa dia yang sibuk menyalak menjelang perhimpunan agung UMNO, siapa dia ni," tegasnya lagi sambil menjelaskan DAP sengaja memainkan isu untuk menyalakan api perkauman.

Syed Ali menyifatkan Teresa Kok sebagai 'batu api' untuk melagakan beliau dengan Dr. Mahathir apabila Ahli Parlimen Seputeh itu berkata Dr. Mahathir juga turut mengulas IMDB.

"Teresa Kok ternyata berniat jahat, ambil kesempatan untuk lagakan saya dengan Dr. Mahathir," tegasnya.

Dr. Mahathir kata beliau, telah mengulas banyak isu termasuk 1MDB tetapi tidak berniat untuk menyerang UMNO.

"Sebagai bekas Perdana Menteri, Dr. Mahathir boleh bercakap, UMNO tak halang kerana kita mengambil saranan dan teguran itu secara positif," tegasnya.

Tetapi Teresa Kok dan parti pembangkang yang lain jelas beliau, sengaja mempolitik isu IMDB untuk memburukkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Syed Ali mempertahankan kenyataannya sebelum ini bahawa isu IMDB bukan isu yang perlu diberikan keutamaan untuk dibahaskan pada perhimpunan agung parti.

"Saya berpegang kepada prinsip, kalau tak ada isu, apa nak diperdebatkan ? sedangkan UMNO masih ada banyak lagi agenda rakyat untuk diberikan perhatian (perbahasan) pada perhimpunan tersebut, " jelasnya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Teresa Kok supaya tidak menjadi 'batu api' untuk melaga-lagakan pemimpin UMNO.

"Dalam isu IMDB, saya lihat ini hanya agenda DAP dan PKR untuk menjatuhkan kredibilti kerajaan BN dan prestasi Najib," tegasnya lagi.

Teresa Kok sepertimana dipetik sebagai berkata menerusi sebuah portal berita menyifatkan Syed Ali takut isu IMDB dibahaskan pada perhimpunan agung UMNO.

Malah wakil rakyat DAP itu juga turut mengaitkan Dr. Mahathir yang sebelum ini dikatakan turut mengulas isu IMDB.

"Kita tak sekat ahli UMNO termasuk Dr. Mahathir untuk bercakap isu tersebut, tetapi yang kita tentang ialah apa pula kaitan DAP (Teresa Kok) dalam hal ini," soal Syed Ali.

Beliau berkata, Teresa Kok tidak memahami secara mendalam berhubung peranan dan tanggungjawab ahli-ahli UMNO.

Katanya, ahli-ahli UMNO berpegang kepada prinsip demokarsi dan berdiri teguh di belakang kepimpinan parti khususnya Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

"Dia tak boleh nak samakan dengan ahli-ahli DAP, parti rasis yang hanya mementingkan kedudukan satu kaum dan pemimpinnya pula tidak demokratik," tegasnya.

1 ulasan:

  1. Teresa Kok mcm sengaja nak suruh perwakilan UMNO bercakap soal 1MDB.Dia gunak teknik reverse psychology.Lagi satu,statement Teresa keluar kat akhbar Cina.Macam strategi nak tarik pengundi Cina untuk terus sokong DAP dan membenci UMNO.

    BalasPadam