DATUK Seri Syed Ali
Alhabshee mengingatkan MCA jangan mencampuri ‘urusan UMNO’ kerana UMNO selama ini tidak pernah campur tangan
dalam urusan parti itu.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu menegaskan, UMNO selama ini mengambil sikap berdiam diri dan banyak
bersabar ketika pemimpin MCA secara terbuka mencetuskan isu sensitif membabitkan
orang Melayu.
“Saya minta pemimpin MCA
jangan celupar, jangan campur urusan persidangan UMNO kerana tidak ada kena
mengena dengan mereka,” ujarnya.
Katanya, daripada MCA cuba
‘mengatur’ perjalanan persidangan
UMNO lebih baik terlebih dahulu ‘membersihkan’ parti itu pada kacamata pengundi
Cina.
“Kita (UMNO) tahu kerja
kita, tak payah MCA nak tunjuk pandai, sepatutnya MCA berusaha kembalikan
sokongan masyarakat Cina kepada mereka,” tegasnya.
Beliau menambah,
perwakilan UMNO berhak bercakap dan melontar
apa jua pandangan mereka pada perhimpunan parti yang akan berlangsung 25
November ini.
“Persidangan itu merupakan
medium terbaik perwakilan UMNO memberikan pandangan, kritikan dan bersuara
menyatakan harapan serta pendirian parti demi masa depan orang Melayu,”
katanya.
Katanya, pemimpin UMNO
tahu batasnya apabila berhujah kerana sentiasa berpegang kepada semangat
permuafakatan dalam Barisan Nasional (BN) yang turut dianggotai MCA.
“Jangan nak ajar UMNO,
kita berhak bercakap demi kepentingan orang Melayu,” ujarnya sambil menegaskan
UMNO tidak pernah campur tangan setiap kali
MCA mengadakan persidangannya.
Syed Ali mendakwa pemimpin
MCA seperti takut kepada batang-bayang dan parti itu sama sekali tidak wajar
terlalu curiga terhadap UMNO.
Beliau menyifatkan Pengerusi Biro Keharmonian Agama MCA, Datuk
Seri Ti Lian Ker sebagai celupar apabila mengingatkan agar perwakilan UMNO
tidak beretorik dan menyinggung perasaan rakyat ketika perhimpunan agung akan
datang.
Ti Lian Ker dalam
kenyataannya baru-baru ini dipetik sebagai berkata perhimpunan agung UMNO
diikuti secara meluas bukan sahaja oleh orang Melayu.
Pemimpin MCA itu berkata,
kenyataan yang menyinggung persaan bukan hanya memberi kesan kepada UMNO tetapi
juga kepada komponen BN.
“Dia (Ti Lian Ker) tu
siapa, pandai-pandai nak beri amaran kepada UMNO, tak payah nak jadi jaguh,”
tegasnya.
"Mengapa MCA bimbang apa yang akan disuarakan perwakilan UMNO, sedangkan mereka sendiri pernah membangkitkan isu senstif yang meyinggung hati orang Melayu.
Tambah beliau, MCA sepatutnya
menerima apa sahaja pandangan yang diluahkan oleh perwakilan UMNO secara
berlapang dada demi kepentingan BN.
“Mengapa takut ditegur, mengapa
bimbang dikritik, jika MCA lemah dan gagal pikat hati orang Cina, itu salah
mereka,” ujarnya.
Beliau mempersoalkan apakah yang telah dilakukan MCA untuk menarik semula sokongan pengundi Cina kepada BN dengan mengambilkira keputusan PRU yang lalu.
Kata Syed Ali lagi,
perwakilan UMNO akan berhujah dan berbahas dalam konteks perjuangan dan masa
depan orang Melayu.
Menurut beliau, apa sahaja
isu yang menyentuh kedudukan dan masa depan orang Melayu dan agama Islam tetap
menjadi agenda utama UMNO.
“Kalau terkena batang
hidung MCA, terimalah hakikat dan perlu dijelaskan UMNO merupakan tulang belakang
kekuatan BN,” tegasnya.
Sehubungan itu katanya,
pemimpin MCA tidak sepatutnya berasa curiga dan bersangka buruk terhadap
keikhlasan pemimpin UMNO.
T'KASIH di atas KETEGASAN dan KEBERANIAN DS Syed Ali sekali lagi!
BalasPadamPatutnya diBUANGKAN saja MCAJAHANAM ni! Dahlah majoriti Cina pun tak peduli dia - tahu nak BISING dan MENGARAHkan UMNO mcm. TUAN PENJAJAH pula! PI BERAMBOS! dahlah baru fpt. BERJUTA utk. ENAM RATUS kpg-kpg baru Cina - yg. risaunya kalau mungkin kpg. kpg. ni ada PATI dari China dan atas Tanah Rizab Melayu yg. diROMPAK! Dan terlalu sedikit maklumat tentang kpg-kpg. baru Cina ni pula tu.
Makcik Sambal Belacan.
yes I agree Datuk. what you said is true. the problem is the delegates are all yes men, few will take the risk of saying what is to be said. you can criticize your leader i.e. presiden but will they do it. belum apa2 lagi, ada beberapa orang pemimpin dah tegur dengan ahli , cakap biar bersopan. Apa maksud bersopan? please define. Datuk, I have written a few times but it was not publish by you. be a spot Datuk just let it go. I am your ahli too.
BalasPadam