UMNO perlu lebih
berperanan menyelami masalah rakyat terutama orang Melayu bagi memastikan parti
itu terus mendominasi keputusan PRU akan datang.
Ketua UMNO Bahagian
Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan, tidak ada jaminan mutlak memastikan
orang Melayu selama-lamanya menyokong perjuangan UMNO.
“Kita kena ingat UMNO
kekal relevan sehingga sekarang kerana mendapat sokongan sebilangan besar orang
Melayu,” katanya.
Tambah beliau, walaupun
peratusan orang Melayu memihak kepada UMNO pada PRU ke-13 ada peningkatan
tetapi sokongan itu boleh berubah
Beliau menjelaskan bahawa sokongan itu tidak akan bertahan jika pendekatan parti tidak berubah sejajar
dengan senario politik masa kini.
Bagaimanapun katanya, orang Melayu amat
mengharapkan UMNO mampu bertahan kerana kekuatan tersebut akan memberi jaminan
kepada masa depan mereka.
“Orang Melayu sebenarnya
amat bimbang jika UMNO hilang kuasa politik, mereka khuatir terhadap nasib generasi Melayu akan datang,” tegasnya.
Oleh sebab itu katanya,
UMNO perlu membuktikan bahawa parti itu berperanan besar untuk melindungi kepentingan orang Melayu.
Secara jujur beliau memberitahu
penguasaan orang Melayu dalam sektor ekonomi masih jauh ketinggalan berbanding kaum-kaum
lain di negara ini.
“Oleh sebab itu, mereka
mengharapkan UMNO kekal berkuasa kerana
dengan kuasa politik itu akan menjamin hak dan masa depan orang Melayu,”
tegasnya.
Justeru itu kata beliau,
pemimpin UMNO perlu mengambil
tanggungjawab tersebut sebagai satu amanah untuk perjuangan agama, bangsa dan
negara.
“UMNO hanya memerlukan
pemimpin komited, amanah dan ikhlas,” tegasnya sambil berkata pemimpin kemaruk
kuasa dan tidak mahu menerima teguran akan merosakkan kredibiliti parti.
Menurut beliau lagi,
mana-mana pemimpin UMNO yang menunjukkan ketidakupayaan meneruskan perkhidmatan
kepada rakyat sepatutnya memilih jalan untuk berundur.
Beliau bimbang sikap degil
pemimpin parti yang enggan berundur dengan alasan ‘hanya tunggu arahan’ akan
menimbulkan kebencian orang Melayu.
“Kalau prestasi sudah
merundum, rakyat juga mula berkata-kata, lebih baik undur dan memberi laluan
kepada mereka yang lebih berkemampuan, tak perlu nak tunggu arahan” katanya.
Apa yang penting menurut
beliau, UMNO perlu disegarkan dengan pemimpin berjiwa rakyat dan tidak menjadikan
parti sebagai platform meraih kepentingan peribadi.
Sehubungan itu tegas Syed
Ali lagi, menjadi tangungjawab setiap pemimpin UMNO menjiwai keluh kesah golongan
akar umbi disamping memberi keutamaan untuk mendengar pandangan golongan muda.
Jelas beliau, rakyat
dibawah terutama orang Melayu hanya mahu melihat pemimpin sentiasa mendampingi
mereka dan bersedia mendengar keluhan dan masalah yang dihadapi.
“Manakala golongan muda
pula mahu suara dan kegiatan mereka diiktiraf oleh pemimpin UMNO, mereka mahu dilibatkan
bersama,” ujarnya.
Dalam perkembangan
berkaitan, beliau mahu Perhimpunan Agung UMNO minggu depan akan menjadi
gelanggang pemerkasaan halatuju parti untuk berdepan PRU ke-14 akan datang.
Perwakilan katanya,
membawa suara rakyat akar umbi dan menjadi tanggungjawab mereka untuk
menyuarakannya secara terbuka dan berhemah.
datuk, di bahagian cheras ada ker muka2 baru yang nak menganti datuk? kalau dah ada datuk bolih serahkan jawatan datuk biar mereka bertanding sesame sendiri.
BalasPadamSyed ali muda lagi lah! Takade syed ali takut nanti longlai umno bah. Cheras
BalasPadam