Halaman

Khamis, 30 Oktober 2014

Syed Ali selar tindakan ganas penyokong Anwar


KETUA UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar tindakan ganas penyokong pembangkang yang berhimpun di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya semasa pendengaran rayuan kes liwat 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya,tindakan penyokong Anwar merempuh pagar penghadang yang dipasang bagi menghalang orang awam memasuki Istana Kehakiman dikhuatiri menggangu kelancaran prosiding kes tersebut.

“Amat dukacita apabila dilaporkan penyokong pembangkang dikatakan turut membaling telor kearah anggota polis, ini perbuatan bodoh dan jahat,” tegasnya.

Beliau berkata, tindakan merempuh penghadang dan melakukan kekecohan sengaja dilakukan bagi mencetuskan provokasi ketika  penyokong pengadu kes liwat, Saiful Bukhari Azlan turut berada di kawasan berkenaan.

Katanya, beliau amat kesal kerana Anwar gagal memberi jaminan terhadap para penyokong supaya tidak sengaja mencetuskan kekecohan dan bertindak ganas.

“Perkara seperti itu sudah lazim dilakukan oleh pembangkang, mereka suka buat onar dan cetuskan masalah baik kepada pasukan polis dan orang awam,” ujarnya.

Katanya, sepertimana perhimpunan parti pembangkang sebelum ini, anggota polis akan menjadi mangsa kecaman dan dilemparkan pelbagai kata-kata kesat oleh penyokong mereka.

Dalam hal ini, Syed Ali berkata polis perlu bertindak lebih aggresif terhadap penyokong pembangkang yang didapati sengaja mencetuskan kekacauan di luar mahkamah.

“Polis jangan teragak-agak untuk ambil tindakan, kalau perlu, tangkap mereka yang bertanggungjawab melakukan kekecohan dan provokasi serta mengganggu ketenteraman awam,” tegasnya.

Beliau memuji sikap anggota polis yang sentiasa tenang dan berjaya mengawal keadaan ketika berdepan dengan kerenah dan tindakan ganas penyokong Anwar sepanjang pendengaran kes rayaun tersebut yang bermula Sealasa lalu.

Tambah beliau, Anwar akan lakukan apa sahaja sepanjang prosiding kes rayuannya kerana jika sabit bersalah bermakna hayat politiknya akan berkubur.

“Orang yang terdesak untuk hidup, sanggup lakukan apa sahaja,” ujarnya.

Beliau sekali lagi mengingatkan bahawa kes liwat tersebut adalah kes peribadi Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, tidak ada kena mengena dengan negara dan rakyat.

“Itu soal peribadi beliau dengan Saiful, kes peribadi mereka berdua, tak ada kena mengena dengan rakyat,” tegasnya.


Justeru, beliau mahu penyokong pembangkang supaya ‘tidak membuang masa’ berada diluar perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya hanya kerana ingin menyatakan sokongan terhadap Anwar.

Katanya, penyokong hanya tahu menjerit dan memaki hamun tetapi yang membuat keputusan sama ada Anwar bersalah atau tidak ditentukan mahkamah.

“Terimalah apa jua keputusuan mahkamah, buruk baik Anwar akan ditentukan oleh mahkamah,” ujarnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan