Halaman

Khamis, 30 Oktober 2014

Syed Ali : Generasi muda UMNO perlu diterapkan semangat nasionalis, pertahan syariat agama

GENERASI muda UMNO perlu diterapkan nilai-nilai murni bagi memastikan kesinambungan perjuagan parti kekal mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu dan umat Islam, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Beliau bimbang masa depan orang Melayu dan umat Islam di negara ini akan terpinggir jika semangat perjuangan asal UMNO sudah terhakis.

“Hari ini, kita sudah dapat melihat ada gerakan halus berselindung disebalik pembaharuan politik dan liberalisma cuba menghancurkan semangat nasionalis orang Melayu dan akidah umat Islam,” tegasnya.

Katanya, pihak tidak bertanggungjawab menyedari selagi orang Melayu berpegang teguh kepada kekuatan tersebut akan menyulitkan mereka untuk menguasai negara ini.

Oleh sebab itu tambah beliau,  generasi muda UMNO diingatkan tidak sentiasa berada dalam keadaan selesa dan perlu lebih pro-aktif meningkatkan ketahanan semangat juang untuk berdepan dengan ancaman tersebut.

Menurut Syed Ali lagi, nilai-nilai murni seperti penghayatan prinsip Rukun Negara, menghormati perlembagaan negara dan menjunjung syariat agama merupakan antara faktor penting perlu diberikan keutamaan dalam membina kepimpinan pelapis.

Katanya, UMNO yang sedang melalui kerangka transformasi amat memerlukan pemimpin daripada kalangan generasi muda yang memiliki ketahanan mental dan daya juang tinggi bagi berdepan cabaran semasa.

"Pertembungan perubahan budaya dan gaya hidup serta  asakan teknologi maklumat semakin canggih memerlukan pemimpin muda UMNO yang berdaya tahan dan pemikiran berkualiti lagi aggresif bagi memastikan parti bergerak seiring dengan perubahan tersebut," tegasnya.

Beliau menjelaskan, generasi muda merupakan pengundi majoriti yang bakal menentukan halatuju kerajaan dan masa depan negara.

"UMNO mahu tidak mahu perlu menerima realiti tersebut dan sebagai langkah penambahbaikkan parti perlu menyediakan barisan pemimpin pelapis berkualiti serta memiliki nilai-nilai agama yang tinggi," katanya.

Sehubungan itu tambah beliau, semua peringkat kepimpinan UMNO seperti cawangan, bahagian, negeri dan pusat disarankan memperhebatkan usaha memperkasakan generasi muda menerusi perlbagai kaedah ketahanan siasah diri.

"Banyak kaedah boleh dilakukan untuk membina keyakinan, semangat juang yang kental dan pembinaan jatidiri dengan penerapan nila-nilai nasionalisma dan keagamaan serta memahami fakta sejarah tanahair," katanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan