Halaman

Rabu, 3 September 2014

Tarik Kerakyatan, Pihak Hina Dan Pertikai Sultan-Syed Ali



KUALA LUMPUR, 3 SEPTEMBER – UMNO Bahagian Cheras melahirkan rasa kebimbangan sesetengah pihak yang cuba bersikap biadap sehingga sanggup menghina dan mempertikaikan kuasa Sultan.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, pihak yang jelas menghina kuasa dan mempertikai Sultan wajar diheret ke muka pengadilan serta ditarik kerakyatan mereka.

Ini bagi memberikan pengajaran kepada yang lain agar menghormati institusi yang menjadi ‘payung’ kepada rakyat. Setiap warga negara kena menghormati institusi istana yang selama ini menjadi benteng kekuatan negara.

“UMNO Bahagian Cheras menyelar mana-mana pihak yang cuba menjadi hero mempersoalkan dan mempertikai kuasa Sultan, menghina Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan tidak menghormati Perlembagaan Negara.

“Bagi saya tiada ruang bagi mereka yang mempersoalkan perkara ini. Seharusnya mereka di heret ke muka pengadilan dan dikenakan tindakan paling tegas termasuk menarik kerakyatan mereka. Perbuatan ini memang tidak boleh dibiarkan kelak boleh mengundang rasa kebencian rakyat kepada golongan yang jelas tidak bertanggungjawab kepada perpaduan rakyat di negara ini,’’ katanya.

Beliau turut menyokong tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menghina dan mempertikai kuasa Sultan.

“Setiap rakyat di negara ini tanpa mengira jawatan kena menghormati Perlembagaan dan Undang-undang negara. Perbuatan menghina Sultan dan agama merupakan perbuatan yang terkeji tidak boleh dimaafkan. Ianya tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana boleh mencederakan keharmonian rakyat pelbagai kaum di negara ini,’’ katanya.

Syed Ali turut menegur segelintir pemimpin DAP termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kerap mengeluarkan sesetengah kenyataan yang menyentuh sensiviti agama dan kaum tanpa mengkaji kesan dan akibatnya kepada masa depan negara.

“Sebarang kenyataan mahu dikeluarkan kena mengambil kira kepentingan 28 juta rakyat Malaysia dan bukannya dilakukan kerana emosi atau mahu menunjukkan kita ini berkuasa? “Soalnya.

Walau siapa pun termasuk Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh lari daripada undang-undang. Mereka kena bertanggungjawab dengan segala kenyataan yang dikeluarkan.

Pada masa yang sama, Syed Ali tidak mahu Akta Hasutan 1948 dimansuhkan bagi mengekang pihak tidak bertanggungjawab melakukan perbuatan yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan dan undang-undang negara.

Beliau sebagai mengulas, tindakan PKR yang mahu Akta Hasutan dimansuhkan yang kononnya digunakan untuk mengekang pihak mengkritik pentadbiran kerajaan.

Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, berkata hanya dengan mobilisasi massa kerajaan akan tunduk kepada tuntutan memansuhkan akta tersebut. Ini termasuklah tindakan parti itu menjelajah seluruh negara bagi mendesak kerajaan memansuhkan akta tersebut.

“Saya berharap kerajaan dan Kementerian Dalam Negeri tidak akan tunduk dengan sebarang desakan mansuhkan Akta Hasutan 1948 selepas mengkaji perkembangan dan suasana politik dewasa ini. Sudah sampai masanya akta ini ditambah baik bagi mengekang segala salah laku sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat yang jelas bertentangan dengan norma dan perundangan negara,” katanya.

1 ulasan:

  1. Salam tuan blog.
    camna ni nk buat utk selamakat Malaysia dan UMNO ni.
    Risau sgt sy dgn perkembangan2 terkini.
    Rakyat yg lain mcm tak kisah je?

    Kenapa Najib buat kita macam ni?
    Plsss do something saya takut, saya risau dgn movement2 jahat ini. bagaimana dgn masa depan anak2 kita, Agama dan ketuanan mereka?

    Ini lah satu2 tanah utk kita org Melayu Islam. mana ada lg tempat lain untuk kita berlindung.

    Tolonglah lakukan sesuatu wahai tuan blog. Takkanlah setiap hari blogger Melayu hanya tulis blog dan ulang hal yang sama tapi tidak ada tindakan lain. Kami rakyat biasa tak tahu apa nk buat skrg ni!!

    Takkan lah blogger2 pro Melayu tidak sepakat dan tidak ada power langsung utk bergerak secara berjemaah.. kesatuan pemikiran.. takkan lah tuan blog dan kawan2 tuan tidak ada hubungan langsung dgn org2 kuat dlm UMNO atau pihak2 atasan MT UMNO?

    kenapa dibiarkan semua ini? Tak risau kah lihat Penang DAP recruite 9000 ahli samseng kongsi gelap berselindung nama PPS utk perangi kerajaan Melayu?

    Pleass do something. Sabah dh mula di ungkit usik oleh musuh2 Islam. Cina DAP mengetui semua subversif ini. Kenapa Najib biarkan semua ini utk rakyat tanggung??

    utk apa dia dipilih semasa PRU dan dibayar gaji besar dgn keistimewaan2 banyak bersama isterinya tp dia tidak membela keadaan majoriti rakyat yang GELISAH dan tidak terjamin ini??

    semakin pelik tindak tanduk PM kita. Dia cukup pantas tweet dan respon pasal piala Dunia atau sukan, tapi buat tidak kisah soal2 berat dalam negara. Teguran Tun M mantan PM.

    Pelik sgt bila dasar2 yg dibuatnya seperti 1Malaysia dgsbnya tak menguntungkan kita pun sebenarnya. Apa yg Najib mahu sebenarnya? Kenapa dia tidak tegas dan tidak kuatkuasakan undang2 utk memelihara keamaan dan institusi2 negara?

    Kenapa dia biarkan penghinaan pada Islam, Melayu dan Raja jika benar dia ikhlas pd sumpah setianya dlm UMNO? kenapa dia biarkan Cina kafir bermaharajalela tanpa tindakan keras, dan biarkan sekolah perosak SRJKC beroperasi. Itulah punca kerosakan kaum.

    YA ALLAH Selamatkan lah kami.
    Turunkanlah Dato Seri Najib sebagai Perdana Menteri dan naikkanlah Perdana Menteri Melayu Islam yang tulen perjuangannya untuk kami membela Agama, Bangsa dan Tanah Airi tercinta ini.

    BalasPadam