Halaman

Jumaat, 5 September 2014

Anwar 'meliwat' prinsip demokrasi letak isteri sebagai MB



KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER : Politik gelojoh Anwar Ibrahim yang mahu meletakkan isteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar (MB) Selangor merugikan rakyat negeri itu.

Anwar sepatutnya bertaubat dan tidak mengamalkan politik nepotisme yang jelas meliwat prinsip demokrasi bila ‘mengguling’ Tan Sri Khalid Ibrahim dari kerusi MB dengan cara yang tidak bertamadun.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee turut mendakwa, Ketua Umum PKR itu sanggup berbuat apa sahaja demi melunasi kehendak dan nafsu serakah politik semata-mata mahu menawan Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

“Anwar kena ingat kerajaan negeri Selangor mempunyai undang-undang tubuh sendiri dalam soal pelantikan MB Selangor. Jangan pula beliau nak ikut undang –undang rimba mahu pejatuh dan menaikkan anggota keluaga mengikut hawa nafsu?” Katanya.

Mengulas tindakan PKR dan DAP yang berdegil hanya mencalonkan satu nama sebagai MB selepas diarahkan Sultan Sultan mengemukakan lebih tiga nama, Syed Ali menyifatkan kedua-dua parti itu tidak menghormati prinsip Rukun Negara yang dua iaitu “Kesetiaan kepada Raja dan Negara’’ yang menjadi asas pembentukan negara Malaysia yang aman dan sejahtera.

Katanya, tindakan PKR dan DAP yang terus berdegil menyenaraikan hanya satu nama (Dr Wan Azizah ) sebagai MB Selangor jelas mempunyai muslihat atau motif politik yang jahat.

Mereka bukan sahaja mahu menguasai negeri terkaya itu malah akan mempergunakan segala kekayaan negeri itu untuk memperkuatkan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

“Sejak dulu saya tegaskan, PKR dan DAP bukannya sebuah parti boleh menjadi contoh dan tauladan yang baik kepada rakyat. Tindakan kedua-dua parti yang hanya mencalonkan satu nama Dr Wan Azizah sebagai MB Selangor jelas mengingkari perintah Sultan Selangor.

“Wan Azizah tidak lebih akan menjadi alat Anwar dan DAP berkuasa di negara ini. DAP mengetahui banyak kelemahan Anwar sudah tentu akan digunakan bagi meluaskan pengaruh parti itu di negara ini,’’ katanya.

Syed Ali menegaskan, semenjak berlakunya kemelut MB Selangor rakyat semakin tidak yakin dengan kewibawaan Pakatan Rakyat. Rakyat juga sudah hilang kepercayaan kepada Presiden PKR, Wan Azizah seolah-olah menjadi ‘puppet’ dalam kemelut MB Selangor.

“Ternyata Wan Azizah tidak lebih sebagai alat suaminya Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar menjadi Perdana Menteri (PM). DAP beriya-iya mahukan Wan Azizah sebagai MB kerana mahu mempergunakan pasangan suami isteri ini untuk survival politik mereka semata-mata,’’ ujarnya.

Tambah Syed Ali, sejak berlakunya kemelut MB Selangor ahli perniagaan dan pelabur semakin bimbang dengan perkembangan politik di negeri itu. Mereka bimbang kalau Wan Azizah menjadi MB Selangor sudah tentu akan mengikut telunjuk Anwar dan DAP, mengenai polisi dan dasar pentadbirannya yang jelas untuk mendapatkan kuasa dan bukannya dilakukan kerana kepentingan rakyat.

“Rakyat sendiri dapat menilai bagaimana sikap pemuafakatan Pakatan Rakyat dalam isu MB Selangor. Sudah jelas ketiga-tiga parti itu, PKR, PAS dan DAP tidak sehaluan dalam membuat keputusan.

“Ini baru soal perlantikan MB Selangor sudah huru hara apatah lagi kalau Pakatan Rakyat menang dalam pilihan raya umum akan datang sudah tentu pemimpin parti sekutu PAS dan DAP mahu anggota parti mereka dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.

“Saya yakin dan percaya kalau Pakatan Rakyat berjaya memerintah negara sudah tentu ketiga-tiga parti ini akan bertelagah pasal menteri kabinet, Exco Kerajaan Negeri dan jawatan-jawatan lainnnya kerana masing-masing gelojoh untuk mendapatkan kuasa.

“Sudah tentu DAP mahukan jawatan paling kanan begitu juga PKR dan PAS, mahukan kedudukan yang sama. Akhirnya Pakatan Rakyat tidak perlu menperjuangkan kepentingan rakyat sebaliknya hanya berebutkan jawatan kerana itu kerja paling senang,’’ sindirnya.

Kemelut politik yang melanda negeri Selangor sudah tentu Anwar sebagai dalang utamanya. Ini termasuklah demonstrasi jalanan atau perhimpunan haram juga hasil idea Anwar yang mahu negara ini runtuh dengan cara mengikut pintu belakang.

Nasihat Syed Ali, rakyat negara ini harus patuh kepada undang-undang dan menghormati sistem beraja negara ini sudah diamalkan sejak bertahun-tahun lamanya. Jangan kerana kegelojohan kita mahu meletakkan ahli keluarga sebagai MB sehingga kita sanggup menidakkkan segala peraturan dan undang-undang sedia ada.

Katanya, amalan politik yang diamalkan oleh Anwar boleh membawa perpecahan kepada rakyat dan meruntuhkan negara. Tindak tanduk Anwar itu seolah-olah membuka ruang kepada segelintir pemimpin DAP dan individu tertentu bersikap biadap dan tidak menghormati undang-undang negara.

“Kalau Anwar boleh menampakkan sikap rakus dan gelojoh berpolitik maka apa kurangnya DAP? Contoh depan mata (Anwar) sudah ada maka tidak hairanlah terdapat pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng yang sanggup bersikap biadap dan kurang ajar kepada Ketua Polis Negara dan menghina institsi kepolisan tanpa mengkaji kesan dan akibatnya kepada rakyat,’’ katanya.

Syed Ali secara terbuka menasihatkan Wan Azizah agar merealisasikan janji-janji yang ditaburkan semasa Pilihan Raya Kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

“Presiden boneka PKR itu sewajarnya mengotakan segala janji kepada pengundi DUN Kajang dan bukannya bersubahat dengan suami ‘merampas’ kuasa MB Selangor,’’ujarnya.

Beliau turut mengulangi kenyataannya sebelum ini tiada jaminan bahawa nasib dan masa depan orang Melayu akan terbela di bawah PKR dan DAP. Sebaliknya orang Melayu akan menjadi alat oleh Anwar dan kuncu-kuncunya seperti DAP untuk berkuasa dengan cara menghasut rakyat.

“PKR dan DAP tidak ubah seperti parti politik jalanan yang sanggup mengorbankan kepentingan rakyat semata-mata sikap tamak kepada kuasa yang diraih dengan cara kotor,’’ ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan