KUALA LUMPUR, 5 OGOS : Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyangkal tuduhan Lim Kit Siang bahawa akhbar Utusan Malaysia sengaja menyiarkan artikel berbentuk provokatif dan menghasut kebencian kaum dan agama.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu menyifatkan Lim Kit Siang yang juga Ketua Parlimen DAP sengaja
menyamarakkan kebencian bukan Melayu terhadap akhbar berkenaan.
“Lim Kit Siang secara halus
cuba membangkitkan kegelisahan bukan Melayu dengan melemparkan tuduhan tidak
berasas terhadap Utusan Malaysia,” tegasnya.
Beliau mendakwa, tuduhan Ahli
Parlimen DAP Gelang Patah itu juga bertujuan mengalih perhatian rakyat
berikutan keberanian akhbar berkenaan membela beberapa kes membabitkan kepentingan
orang Melayu dan umat Islam di negara ini.
Katanya, Utusan Malaysia telah bertindak sebagai ‘suara rakyat’ apabila tampil degan
laporan tidak berat sebelah walaupun membabitkan institusi tertentu.
“Mengapa Lim Kit Siang
melenting apabila Utusan Malaysia berani
mempersoalkan mengapa pihak berkuasa lambat bertindak keatas bukan Melayu yang
didapati sengaja mencerca dan menghina orang Melayu dan penganut Islam,” soalnya.
Beliau mengingatkan
pemimpin DAP itu supaya jangan campur tangan terhadap kredibiliti akhbar Utusan Malaysia kerana pemimpin UMNO
tidak pernah mempersoalkan sejauhmana ‘kejujuran’
akhbar berbahasa Cina dalam membentuk intergriti nasional.
“Saya ingatkan Lim Kit
Siang, jangan cuba bertopeng disebalik api perkauman, tengok dulu sejauhmana peranan
akhbar berbahasa Cina dalam memulihara perpaduan kaum di negara ini,” tegasnya.
Beliau yang juga
Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan mengulas kenyataan Lim
kit Siang menerusi portal berita rasmi DAP, www.Roketkini.com
semalam yang menuduh akhbar Utusan Malaysia
setiap hari menyebarkan laporan kebencian dan bermuka-muka.
Veteran DAP itu turut
mendakwa tindakan akhbar Utusan Malaysia menyarankan
hukuman dikenakan terhadap bukan Melayu kerana menghasut adalah tidak masuk
akal.
Kenyataan Lim Kita Siang
itu berikutan tulisan editor Utusan Malaysia,
Zulkifli Jalil dalam artikelnya 2 ogos lalu, telah mempersoalkan tanggungjawab
pihak berkuasa kerana tidak mengambil tindakan terhadap Kelvin Yip.
Antara lain, Zulkifli
menulis : dalam kes Kiki yang mengherdik seorang warga tua Cina, yang meskipun
yang terkena tidak mahu melaporkan kepada pihak berkuasa, pihak berkuasa
sendiri pula tetap berkehendakkan gadis itu dihadapkan ke muka pengadilan.
“Kalau itu rumusannya,
mengapa apabila pelakunya daripada kaum Cina yang menghentam, mempersenda serta
melemparkan tohmohan terhadap agama Islam, Raja-Raja Melayu serta orang Melayu,
lambat atau tidak ada langsung tindakan dibuat,”.
Mengulas lanjut, Syed Ali
berkata adalah tidak wajar Lim Kit Siang melatah dengan artikel berkenaan kerana
pendedahan tersebut sememangnya berlaku dan kini menjadi isu yang diperkatakan
rakyat.
“Mengapa Lim Kit Siang
sakit hati kepada Utusan Malaysia,
pendedahan itu berasas kerana banyak kes yang berlaku, tetapi pihak berkuasa
seperti hanya mendakwa kes terpilih sahaja,” tegasnya.
Beliau mengingatkan Lim
Kit Siang tidak kemua isu hendak dipolitikkan bagi menunjukkan kononnya DAP prihatin
terhadap kepentingan awam.
“DAP merupakan parti rasis,
pemimpinnya pula adalah hipokrit, pelampau dan sentiasa sakit hati terhadap orang
Melayu di negara ini,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan