DATUK Seri Syed Ali Alhabshee mempertahankan ketegasan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membasmi golongan gelandangan dan pengemis di ibu kota.
Ketua UMNO Bahagian Cheras itu berkata, walaupun tindakan tersebut tidak popular tetapi ianya amat baik untuk menjamin kebersihan ibu kota daripada dibanjiri golongan berkenaan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada sediket tertentu yang 'membekalkan' pengemis untuk meminta sedekah sekitar Kuala Lumpur.
Katanya, golongan gelandangan dan pengemis itu bukan sekadar rakyat tempatan malah dikesan turut membabitkan warganegara asing.
"Kita perlu melihat kepada kesan jangka panjang kerana jika dibiarkan tanpa pengawalan dikhuatiri akan mencetuskan pula penyakit sosial termasuk peningkatan gejala jenayah di ibu kota," tegasnya.
Oleh sebab itu jelas beliau, ketegasan Ku Nan (Tengku Adnan) merupakan usaha agresif kementerian tersebut untuk membersihkan sekitar ibu kota daripada golongan berkenaan.
Beliau berkata, dari sudut lain membantu orang susah merupakan satu kewajipan tetapi bantuan tersebut perlu juga dilihat kepada kewajarannya.
Katanya, kementerian berkenaan telah menetapkan syarat bahawa kegiatan mereka perlu sekitar 2km daripada pusat bandar.
"Masih ada ehsan dan kelonggaran kepada mereka kerana kerajaan memahami untuk membanteras kegiatan tersebut sesuatu yang sukar kerana membabitkan nilai kemanusiaan," tegasnya.
Oleh sebab itu kata beliau, golongan susah atau pengemis sentiasa diberikan perhatian dan pelbagai bentuk bantuan oleh kerajaan menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta agensi berkaitan.
Dalam hal ini tegas Syed tuduhan pihak tertentu khususnya pembangkang kononnya Ku Nan berlaku zalim sebagai tidak berasas dan berniat jahat.
"Mereka boleh tuduh apa sahaja, tetapi Ku Nan selaku menteri yang bertanggungjawab terpaksa melakukannya demi kepentingan masyarakat umum," tegasnya.
Beliau menyifatkan mereka yang menuduh tindakan Ku Nan seagai 'bodoh dan tidak masuk akal' sebagai kumpulan yang cetek pemikiran dan terlalu emosional.
"Mereka ini sengaja jadikannya sebagai isu politik untuk dlihat sebagai juara, tetapi sebenarnya tindakan mereka itu berniat jahat dan busuk hati," tegasnya.
Menurut beliau lagi, pengemis dan golongan gelandangan merupakan satu masalah imigrasi dan menjadikan premis tertentu sebagai tempat operasi mereka.
Suasana itu katanya, mencacatkan keindahan dan kebersihan ibu kota yang menjadi tumpuan pelancong.
Justeru kata beliau, tindakan Ku Nan tidak perlu ditafsir sebagai satu bentuk kezaliman terhadap golongan berkenaan.
"Ku Nan telah menunaikan tanggungjawabnya untuk menjamin keselesaan warga kota dan keindahan ibu negara daripada golongan gelandangan dan pengemis," tegasnya.
Tambah Syed Ali lagi, kerajaan menerusi pelbagai agensi telah menyediakan banyak kemudahan untuk membantu golongan berkenaan.
"Kadangkala timbul masalah apabila mereka memilih cara hidup untuk mengemis dan tidur di jalanan," ujarnya.
Syed Ali juga menjelaskan bahawa beliau yakin keraaan telah mengambil langkah tepat untuk membenteras apa jua 'penyakit masyarakat' secara berperingkat.
"Hari ini Ku Nan bertegas dalam soal pengemis dan golongan gelandangan, selepas ini tumpuan mungkin akan diberikan pula kepada kegiatan perjudian dan pelacuran yang beroperasi sekitar Kuala Lumpour," tegasnya.
Justrer itu, beliau mengingatkan pihak tertentu supaya tidak membuat tuduhan melulu dan mengecam Ku Nan secara membabi buta.
Beliau mengulas desakan Ketua Sayap Pemuda NGO pro-Melayu PERKASA, Irwan Fahmi Ideris dalam porta berita hari ini supaya kerajaan mengutamakan operasi membanteras kegiatan judi dan maksiat di ibu kota dan bukannya membasmi golongan miskin di bandar.

Kita kena ingat..bila kita ambil berat tentag gelandangan ini adakah mereka menghargai kita dan mereka akan berubah?adakah mereka akan mencari hidup yg sempurna dengan cara mereka berusaha untuk mencari kerja?ataupun mereka akan jadi makin malas?ataupun akan makin ramai lagi gelandangan yang akan muncul?atau pun suatu hari nanti semua gelandangan ini akan menubuhkan ngo atau persatuan pula untuk meminta pd kerajaan agar mereka diberi elaun sara hidup gelandangan?..rasanya orang asli kt malaysia ini lg baik dari mereka kerana tiada orang asli yg menjadi gelandangan..orang asli tau cara mencari rezeki walaupun mereka tinggal jauh di pendalaman.
BalasPadamOrang Malaysia tidak sukakan perubahan
BalasPadamperkara ini telah lama, dan tidak ada yang ambil peduli
Masing masing buat kenyataan bukan pihak mereka bertanggung jawab, pihak lain
Ada yang mengambil kesempatan dalam kes ini
orang asing berdoyong doyong masuk ke sini ,sebab pekerjaan ini halal dan orang malaysia sangat perihatin
Sebenarnya setalah tiada tindakan oleh pihak yang berwajib dan tidak menjalankan tugas, maka kenyataan sepeti ini dikeluarkan
dari pahi hingga tengah malam mereka mengemis dilaluan kedai dan gerai
esok mungkin mereka datang kerumah rumah hingga malam
Mudah cari wang dengan cara ini