Halaman

Isnin, 7 Julai 2014

Guan Eng putarbelit kenyataan Muhyiddin, beri gambaran ancaman kepada bukan Melayu - Syed Ali


DATUK Seri Syed Ali Alhabshee menempelak Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang tidak faham maksud sebenar kenyataan ‘peristiwa berdarah’ dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin baru-baru ini.

“Lim Guan Eng sengaja putarbelit kenyataan Muhyddin, cuba beri gambaran seolah-olah kenyataan tersebut berupa ancaman kepada bukan Melayu,” tegasnya.

Beliau berkata, perbuatan Lim Guan Eng itu sebenarnya amat berbahaya kerana ia berbau hasutan.

"Dia sengaja mengeksploitasikan peringatan Muhyiddin untuk agenda DAP," ujarnya.

Ketua UMNO Bahagian Cheras itu menjelaskan, kenyataan ‘peristiwa berdarah’ dibuat Muhyiddin merujuk kepada tragedi 1969 merupakan  ingatan dan iktibar kepada rakyat supaya mengekalkan perpaduan sedia ada.

Muhyiddin kata beliau, hanya melahirkan kebimbangan mungkin tragedi seumpama itu akan berulang jika tiada usaha mengekalkan keharmonian antara kaum di negara ini.

Kerana tidak faham maksud itu kata Syed Ali, Lim Guan Eng secara angkuh menyerang Muhyiddin sebagai perkauman, pelampau dan tidak layak memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Mengapa Lum Guan Eng tiba-tiba melatah dan curiga dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri?, soal beliau.

Sebaliknya kata Syed Ali, jika Lim Guan Eng seorang pemimpin yang ikhlas dan bertanggungjawab beliau sepatutnya turut berkongsi pandangan dengan Muhyiddin berhubung masalah perpaduan kaum.

“Lim Guan Eng kena lihat kepada realiti bahawa tolenrasi antara kaum merupakan kunci perpaduan rakyat dan ianya perlu dikekalkan,” tegasnya.

Lagipun kata beliau, pemimin DAP sengaja cuba untuk memesongkan fakta sebenar yang membawa kepada tragedi berdarah 1969.

“Mereka cuba padamkan fakta sejarah, mengapa dan apa yang terjadi kepada orang Melayu disebalik peristiwa tersebut,” tegasnya.

“Kita mahu lupakan tragedi pahit itu, kita mahu ianya dijadikan teladan dan iktibar oleh generasi akan datang betapa isu perkauman perlu ditangani secara bijaksana.

Oleh sebab itu katanya, Muhyiddin memberi peringatan supaya perpaduan dan tolenrasi antara kaum perlu dikekalkan supaya perpadaun rakyat berkekalan.

Ini bermakna Lim Guan Eng kata beliau, amat bimbang amalan politik rasis yang manjadi pegangan DAP selama ini akhirnya akan dtolak rakyat.

Oleh sebab itu kata beliau, pemimpin DAP bersuaha untuk memecahkan tembok perpaduan rakyat bagi mencapai agenda dan kepentingan politik mereka.

Sebenarnya jelas beliau, Lim Guan Eng yang juga ketua Menteri Pulau Pinang lebih berbahaya kerana mengamalkan politik perkauman.

“DAP sebenarnya lebih suka rakyat berpecah belah kerana dengan cara itu akan memberi keuntungan politik kepada mereka,” tegasnya.

Menerusi portal berita themalaysianinsider semalam, Lim Guang Eng mencabar lapan menteri kabinet bukan Melayu termasuk MCA dan MIC mendesak Muhyiddin melatakkan jawatan ekoran kenyataan tesrebut.


Lim Guan Eng  membidas kenyataan Muhyiddidn sebagai tidak jauh bezanya dengan kumpulan ekstrimis Melayu yang menggunakan perkauman sebagai modal politik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan