“Sikap ini amat bahaya,
seperti juga api dalam sekam, membakar dari dalam ,”
tegasnya sambil mengingatkan Saifuddin supaya tidak berlagak sebagai pejuang pembaharuan.
tegasnya sambil mengingatkan Saifuddin supaya tidak berlagak sebagai pejuang pembaharuan.
Menurut beliau, tindakan
dan kenyataan Saifuddin yang juga bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi itu
dilihat memberi keuntungan politik kepada pihak pembangkang.
Malah beliau kesal
kenyataan Saifuddin berhubung perletakan jawatan sebagai felo penyelidik kanan
UM kononnya tanda protes terhadap perletakan jawatan Prof. Datuk Dr Redzuan
sebagai pengarah Umcedel.
Tindakan itu kata beliau,
seolah-olah cuba memberi persepsi buruk bahawa kerajaan khususnya UMNO telah
melakukan tekanan terhadap Prof. Dr Redzuan.
“Saifuddin nak tunjuk kononnya
kerajaan menyekat kebebasan akademik dan universiti di negara ini, ini satu
tanggapan tidak betul,” tegasnya.
Syed Ali mendakwa, bekas Ahli
Parlimen Temerloh itu seperti sengaja meletakkan kesalahan kepada kerajaan
khususnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran.
Beliau menegaskan,
Saifuddin tidak perlu untuk menayangkan kepada umum bahawa dirinya berprinsip berhubung
isu Umcedel.
“Tak perlu nak tunjuk
bahawa kononnya kerana prinsip, tetapi dalam masa yang sama bersikap orpotunis
dan menikam parti secara senyap,” tegasnya.
Katanya, kenyataan
Saifuddin sejak kebelakangan ini bersabit isu Umcedel turut mendapat sokongan
pembangkang dan mereka sepakat menyalahkan pemimpin UMNO.
Beliau menjelaskan, dakwaan
Saifuddin menerusi portal berita pro pembangkang sebelum ini bahawa Prof. Dr
Redzuan diminta meletakkan jawatan sebagai tidak tepat.
Tambah beliau, Saifuddin
sebagai bekas timbalan menteri dan pemimpin UMNO sepatutnya menilai implikasinya
terhadap parti ekoran kenyataannya yang seperti mencerca kerajaan.
Syed Ali berkata, kenyataan
Saifuddin yang dilihat sering bercanggah dengan aspirasi dan semangat UMNO
dikhuatiri akan memberi kesan negatif kepada parti.
“Ada pihak mendakwa beliau
seorang pengkhianat UMNO dan hanya menunggu masa untuk menyertai pembangkang
khususnya PKR yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tegasnya.
Bagaimanapun katanya, sama
ada dakwaan itu benar atau sebaliknya, tetapi semua orang tahu bahawa Saifuddin mempunyai hubungan yang akrab dengan
Anwar.
Saifuddin bolih berambus dari UMNO dan cepat2 join PKR atau PAS. DS Najib buat kesilapan besar menerima beliau jadi ahli UMNO dan lantik jadi T>Menteri.. Banyak telah DS Najib buat silap dan kena tegur tapi tak jadi kudis bagi dia. Mungkin dia beranggapan yang dia bolih jadi PM selama2nya.
BalasPadamAdanya saifudin dalam umno umpama seekor khinzir bersama sekandang lembu. Habis semuanya terpalit najis. New politics belum perlu waktu ini en pudin oii...
BalasPadam