Menurut Ketua UMNO
Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee,
keadaan itu berlaku kerana Wan Azizah tidak mempunyai pendirian dan sekadar
presiden boneka.
Oleh sebab itu katanya,
terdapat dua kelompok dalam PKR yang masing-masing bertegas supaya Khalid
kekal sebagai Menteri Besar dan satu lagi mahukan beliau disingkirkan.
Khalid pula kata beliau,
difahamkan tetap berdegil akan terus mengekalkan kedudukannya selaku Menteri
Besar walaupun beliau tewas dalam pemilihan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor
baru-baru ini.
“Tekanan dan kemelut
politik di Selangor jelas membuktikan pemimpin mereka hanya memikirkan jawatan masing-masing,”
ujarnya yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah Persekutuan.
Beliau menyifatkan
perpecahan dalam PKR khususnya di Selangor sebagai ‘retak menunggu belah’.
Malah katanya, kemelut itu
juga menunjukkan kerakusan pemimpin PKR berebut
kuasa walaupun agenda rakyat diketepikan.
“Inilah sebenarnya wajah
PKR, Khalid berdegil walaupun didesak supaya letak jawatan, Anwar pula ada
agenda manakala Wan Azizah juga turut teringin jawatan Menteri Besar,”
tegasnya.
Beliau berkata, situasi itu
telah memberi tekanan kepada Wan Azizah kerana Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim mahukan ‘budak suruhannya’ Azmin
Ali menggantikan Khalid.
Katanya, umum mengetahui
hubungan Khalid dengan Azmin kurang mesra dan faktor itu juga dikaitkan dengan
kekalahan Khalid sebagai Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.
“Tetapi kita juga tidak
boleh menolak kemungkinan Wan Azizah turut mengidam jawatan Menteri Besar Selangor
setelah memenangi kerusi DUN Kajang baru-baru ini,” tegasnya.
Untuk rekod, Pakatan Rakyat
(PR) menguasai Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dengan 44 kerusi dan Barisan
Nasional (BN) 12 kerusi. Daripada jumlah itu, DAP dan PAS mempunyai 15 kerusi
manakala PKR, 14 kerusi.
Sebelaum ini tersebar khabar
angin kononya Khalid dikatakan menghadap Sultan Selangor petang semalam berhubung kedudukannya
selaku Menteri Besar.
Beberapa akhbar tempatan
turut melaporkan Khalid dikatakan akan meletak jawatan petang semalam.
Dalam perkembangan
berkaitan, Syed Ali tidak menolak kemungkinan sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat (PR),
iaitu PAS juga turut mengidam jawatan Menteri Besar Selangor.
Oleh sebab itu katanya, mesyuarat
antara pemimpin PAS Pusat dan PAS Selangor yang difahamkan diadakan di Ibu Pejabat PAS
Pusat di Kuala Lumpur semalam gagal mencapai keputusan berhubung kemelut
politik di negeri berkenaan.
“PAS dikatakan tidak
membuat sebarang pendirian mengenai kedudukan Khalid selaku Menteri Besar, ini
menunjukkan kesepakatan antara mereka sudah retak,” tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan