Halaman

Selasa, 22 Julai 2014

Syed Ali : Kecekapan Najib berunding dengan ketua pemberontak beri laluan bawa balik mayat mangsa MH17


PERSETUJUAN ketua pemberontok pro-Russia, Alexander Borodai membenarkan membawa balik mayat warga Malaysia yang terlibat dalam nahas MH17 di Ukraine khamis lalu membuktikan kebijaksanaan Datuk Seri Najib Tun Razak menangani konflik  tersebut.

Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, walaupun terlalu awal untuk akur dengan persetujuan pihak pemberontak, tetapi perkembangan terbaru itu menunjukkan kebijaksanaan dan kecekapan Perdana Menteri.

“Saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Najib kerana berjaya meleraikan kekusutan berhubung insiden tersebut terutama untuk membawa pulang jenazah rakyat negara kita sebelum 1 Syawal,” ujarnya.

Malah katanya, Najib sebelum ini pernah berjanji akan berusaha dengan apa cara sekalipun untuk membawa mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia ke tanahair sebelum perayaan Aidil Fitri.

“Kita bersyukur kerana Perdana Menteri telah melakukan yang terbaik, sekurang-kurangnya telah memberi kelegaaan kepada waris mangsa nahas,” katanya.

Beliau sekaligus menyelar pihak pembangkang yang sebelum ini menuduh kerajaan khususnya Perdana Menteri tidak bersungguh-sungguh menanagni isu persawat MH17 terhempas di Ukraine.

Katanya, pihak pembangkan memutarbelitkan kejadian tersebut dengan membuat andaian tidak berasas termasuk mendakwa MAS bertanggungjawab dalam insiden tersebut kerana menggunakan laluan berbahaya.

“Hakikatnya kerajaan telah melakukan yang terbaik, Najib tidak tidur malam dan hasilnya, beliau berjaya mengadakan perbincangan dengan ketua pemberontak, Dorodai,” katanya.

Kejayaan Najib itu tambah Syed Ali, sedikit-sebanyak dapat membuka ruang seterusnya dalam merungkai setiap persoalan disebalik tragedi pesawat MH17 ditembak jatuh di wilayah Ukraine.

Menyifatkan kejayaan ‘luar biasa’ Najib, beliau menegaskan perbincangan Borodai dengan Perdana Menteri lewat petang kelmarin juga menandakan masyarakat antarabangsa menghormati Malaysia.

Dalam sidang media khas jam 12.15 tengah malam di Seri Perdana, Najib memberitahu beliau berbincang menerusi telefon dengan Borodai lewat petang semalam dan mencapai persetujuan atas tiga perkara.

Pertama; 282 mayat yang dikumpulkan kumpulan pemberontak di dalam kereta api di sebuah stesen di Torez akan dihantar ke Kharkiv hari ini.

Enam anggota pasukan menyiasat Malaysia diberi kebenaran mengiringi mayat berkenaan yang akan dibawa ke Amsterdan dengan pesawat Hercules C-130 milik kerajaan Belanda.

Kedua; Borodai bakal menyerahkan dua kotak hitam pesawat MH17 kepada wakil pasukan penyiasat Malaysia di Donetsk pada jam 9 malam waktu Ukraine.


Ketiga; pasukan penyiasat antarabangsa diberi kebenaran memasuki ke lokasi nahas untuk menjalankan tugas tanpa gangguan.

1 ulasan:

  1. Usaha PM untuk berunding dengan ketua pembenrontak sangat membanggakan,walaupun Malaysia sebuah negara yang kecil dan keupayaan tentera yang tak sehebat kuasa besar,tetapi kita lebih berjaya melalui perundingan dan diplomasi.Kita terus berdoa semuga dipermudahkan lagi segala urusan.

    BalasPadam