Menurut Ketua UMNO
Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee, tindakan Anwar itu juga
seolah-olah sengaja membelakangkan istana Sultan Selangor.
Beliau turut mendakwa Ahli
Parlimen Permatang Pauh itu seperti sengaja menidakkan kuasa yang ada pada Sultan
Selangor dalam melantik seseorang Menteri Besar.
“Awal-awal lagi dia
namakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar, sepatutnya sebelum pengumuman dibuat
ianya perlu terlebih dahulu mendapat perkenan Sultan,” jelasnya.
Beliau menyifatkan langkah
Anwar itu merupakan satu muslihat licik untuk ‘menjerat’ pihak-pihak tertentu yang cuba menghalang perlantikan
Wan Azizah sebagai Menteri Besar.
“Sebenarnya Anwar yang mengidamkan kerusi Menteri Besar setelah kempunan bertanding pada PRK DUN Kajang
baru-baru ini ekoran keputusan kes liwat,” katanya.
Tingkah-laku politik Anwar
kata beliau, hanya akan memecahbelahkan perpaduan rakyat khususnya di Selangor.
“Apa yang berlaku itu memberi
kesedaran kepada rakyat untuk menilai sejauhmana keikhlasan pembangkang
mentadbir negeri berkenaan,” tegasnya.
Berdasarkan Perkara
53(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, baginda Sultan
boleh melantik seorang ADUN pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti
ADUN.
Manakala di bawah Perkara
55(2)(a) pula menyebut baginda boleh menggunakan budi bicara dalam perlantikan
seorang Menteri Besar.
Menurut Syed Ali lagi,
tindakan Anwar itu seolah-olah menunjukkan gabungan Pakatan Rakyat (PR) telah memberi
konsensus kepada beliau untuk menamakan Wan Azizah sebagai bakal Menteri Besar.
Sedangkan gabungan PR katanya, seperti PAS dan DAP setakat ini difahamkan belum lagi memberi persetujuan secara mutlak kepada Anwar memilih calon Menteri Besar termasuk menamakan isterinya, Wan Azizah.
“Jelas Anwar telah
berbohong mendapat persetujuan PR kerana
PAS Selangor juga difahamkan tidak bersetuju Khalid disingkirkan daripada jawatan
Menteri Besar,” tegasnya yang juga Setiausaha badan Perhubungan UMNO/BN Wilayah
Persekutuan.
“Ini bermakna PAS secara
terbuka menentang cadangan Anwar memilih Wan Azizah sebagai calon menggantikan
Khalid.
Beliau berkata, sikap diktator
dan gila kuasa Anwar sudah sampai ke kemuncaknya apabila tidak memperdulikan sekutunya
dalam PR.
Katanya, Ketua Pembangkang
itu sanggup menghalalkan cara semata-mata untuk memuaskan nafsu politik
peribadi.
Beliau berkata, cadangan
Anwar menamakan Wan Aziziah sebagai calon Menteri Besar hanya disokong kuat oleh
beberapa kerat pemimpin PKR seperti Saifuddin Nasution Ismail dan Mohd. Rafizi.
Tambah beliau lagi, kecelaruan
dalam pimpinan PR di Selangor menunjukkan pakatan tersebut tidak konsisten
untuk berkhidmat kepada rakyat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan