Halaman

Selasa, 1 Julai 2014

Isu Umcedel : Apa hal Lim Kit Siang desak Muhyiddin letak jawatan ? – Syed Ali

LIM Kit Siang sewajarnya bersara daripada politik setelah sekian lama DAP hidup dengan memainkan sentimen perkauman dan terlalu prejudis terhadap pemimpin Melayu.


“Sepatutnya Lim Kit Siang berundur daripada dunia politik kerana ideologi rasisnya tidak memberi manfaat kepada rakyat,” tegas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.

Pemimpin  veteran DAP itu kata beliau, tidak sepatutnya mengambil kesempatan mempolitikan isu perletakan jawatan Pengarah Pusat Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel), Prof. Datuk Dr Redzuan Othman.

“Saya ingin mengingatkan Lim Kit Siang, jangan berlagak sang juara untuk mempolitkkan apa sahaja isu, ini tidak kena mengena dengan politik,” tegasnya.

Katanya, isu perletakan jawatan Prof. Dr Redzuan tidak ada kena mengena dengan politik dan kecaman Lim Kit Siang terhadap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin amat tidak berasas sama sekali.

“Mengapa Lim Kit Siang desak Muhyiddin letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan hanya disebabkan isu perletakan jawatan Prof. Redzuan selaku pengarah Umcedel,” soal beliau.

Katanya, tidak timbul kajian Umcedel sebelum ini dilihat banyak memberi kesan positif kepada parti politik pembangkang khususnya PKR yang menjadi punca 'tekanan' kepada perletakkan jawatan tersebut.


"Saya tidak fikir kerajaan bertindak hanya disebabkan kajian Umcedel menjuruskan kepada kepentingan pembangkang,” tegasnya.

Syed Ali mempersoalkan kenapa Lim kit Siang sengaja mengheret Muhyiddin dalam kemelut Umcedel dan pentadbiran di universiti berkenaan sedangkan mereka memiliki keredibiltinya tersendiri.

Beliau mengecam Lim Kit Siang kerana sengaja memutarbelitkan fakta dengan cuba memberi gambaran negatif terhadap pemimpin UMNO.

“Nampak sangat pemimpin DAP itu amat memusuhi pemimpin Melayu, apa sahaja yang berlaku akan dikaitkan dengan pemimpin UMNO,” tegasnya merujuk kepada tuduhan Lim Kit Siang bahawa Muhyiddin gagal mengangkat tahap pendidikan negara sejak setahun menjadi Menteri Pendidikan.


Menurut Syed Ali lagi, beliau yakin Muhyiddin tidak mencampuri sebarang urusan berkaitan perletakan jawatan Prof. Redzuan dalam isu Umcedel.

Mengulas perletakan jawatan bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah sebagai felo penyelidik kanan Universiti Malaya (UM) semalam, beliau berkata itu haknya untuk berbuat demikian.


“Itu hak dia, nak letak jawatan atau sebaliknya lagi pun jawatannya dibayar gaji” tegasnya.

3 ulasan:

  1. CINA TUA BANGSAT NI BAWAK PEMBANGUNAN NEGARA ATAU HURU HARA NEGARA..
    APA SUMBANGAN DIA UNTUK BANGUNKAN NEGARA. ??
    BLOODYFOOL Malays Sahaja SOKONG dia.

    BalasPadam
  2. Si tua lim kit siang ni dh nyanyuk dan.gila.

    BalasPadam
  3. He always bets around the bush and gets the facts all jumbled up. He meddles into every other's affairs without much knowledge and sincerity. To the ordinairres; his view might seem logical. But on closer scrutinisation, all his baseless allegations are unfounded.

    BalasPadam