DATUK
Seri Syed Ali Alhabshee mengingatkan Timbalan Ketua Menteri 11
Pulau Pinang, Dr. P Ramasamy (gambar bawah) jangan sengaja ‘mengundang
padah’ apabila mencabar kerajaan bersabit insiden 13 Mei.
Ketua UMNO Bahagian Cheras
itu menegaskan, Ramasamy jangan terlalu angkuh dan biadap mencabar supaya
insiden 13 Mei berlaku lagi kerana tahap kesabaran orang Melayu ada batasnya.
“Pemimpin DAP jangan
biadap, jangan sengaja mengundang padah kerana cabaran itu pastinya akan disambut jika sudah keterlaluan,” tegasnya.
Beliau berkata, P.
Ramasamy sengaja menyalakan api perkauman untuk kepentingan politik DAP.
Katanya, sejarah tidak
berbohong bagaimana pembabitan DAP dalam tragedi 13 Mei 1969 yang berlaku di
Kuala Lunmpur dan sekitarnya.
“ianya satu tragedi pahit kepada negara rakyat pada ketika itu,”
katanya.
Beliau berkata, orang
Melayu sudah melupai tragedi pahit 13 Mei 1969 dan menjadikannya sebagai teladan
dan iktibar untuk generasi akan datang.
Bagaimanapun kata beliau,
itu tidak bermakna orang Melayu khususnya pemimpin UMNO sanggup membiarkan
kepala mereka di pijak orang.
Syed Ali mengingatkan,
orang Melayu akan tetap bersabar selagi mereka masih mampu bersabar sehinggalah
kesabaran itu bertukar kepada tindak balas.
“Kenyataan Timbalan Ketua
Menteri 11 Pulau Pinang itu sudah keterlaluan, tidak boleh dimaafkan, hanya
undang-undang yang mampu mengajar beliau,” tegasnya kesal.
Syed Ali berkata, cabaran
Ramasamy yang juga ADUN Perai supaya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri
Muhyiddin Yassin mengulangi insiden 13 Mei merupakan provokasi amat berbahya.
"Ramasamy sengaja memutarbelit kenyataan Muhyiddin dan dijadikan bahan hasutan, ini merupakan perbuatan tidak bertanggungjawab," tegasnya.
Sehubungan itu, beliau
mahu pihak berkuasa menyiasat kenyataan Ramasamy kerana dikhuatiri boleh mencetuskan
keresahan antara kaum.
“Saya harap pihak polis segera ambil
tindakan terhadap Ramasamy yang cukup celupar dan biadap itu,” tegasnya.
Ramasamy dilaporkan telah
memutarbelitkan kenyataan Muhyiddin sebelum ini melahirkan kebimbangan terhadap
tahap perpaduan rakyat jika tidak dijaga boleh mengundang kejadian sepertimana
13 Mei.
Bagaimanapun pemimpin DAP
itu memberikan gambaran seolah-olah Muhyiddin mengugut rakyat negara ini dengan
cerita 13 Mei.
Ramasamy dilaporkan sebagai berkata :
“MIC
mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan
sekiranya kamu (Muhyiddin) mahu kembalikan insiden 13 Mei, bawalah…”
“Jangan
cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei..13 Mei..cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan
13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 mei,”.
Mengulas lanjut, Syed Ali
yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO /BN Wilayah Persekutuan bimbang
kenyataan biadap itu boleh mencetuskan ketegangan antara kaum khususnya di
Pulau Pinang.
DAP tambah beliau, perlu
bertanggungjawab di atas sikap biadap dan celupar Ramasamy yang tidak mengambilkira
sensitiviti rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Apabila beliau mencabar
supaya inisden berdarah itu berulang, bermakna ianya satu cabaran kepada
undang-undang sedia ada,” ujarnya.
Beliau berkata, DAP yang
menerajui Pulau Pinang tidak sepatutnya mengamalkan dasar perkauman yang
sengaja menakut-nakutkan orang Melayu.
Katanya, cabaran Ramasamy
itu merupakan satu perbuatan tidak boleh
dimaafkan dengan begitu mudah.
mengapa ghabrah sangat pendekar DAP tu.
BalasPadamAPA LAGI TIUPKAN SEMBOYAN
BalasPadamEX PAS MANJUNG SAID:
BalasPadamOrang Melayu jika air banjir setakat pinggang takpa lagi..air naik ke dada dia relek lagi..air naik ke leher dia Ckp belum nak mati...bila paras hidong.....batang Nibong ( berduri) dia pelok di panjat nya !!